- Jangan tekan masa 60 minit untuk mengelakkan periuk terlalu panas.
- Biarkan periuk sejuk sehingga 30-40 minit sebelum orang seterusnya hendak bersauna.
- Pastikan air ditambah sebelum memulakan sauna.
- Kendalikan periuk dengan cermat (periuk bukan heavy duty)
- Wanita mengandung dilarang melakukan sauna.
- Pesakit yang menghidapi penyakit serius (jantung,darah tinggi) sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
- Sekiranya terasa pening ketika melakukan sauna, buka sedikit zip bahagian depan, kiri, kanan untuk mengurangkan rasa panas.
- Amalkan bersauna 3-4 kali untuk menurunkan berat badan.
- Buka zip dengan berhati-hati untuk mengelakkan zip rosak.
- Kanak-kanak yang ingin bersauna hendaklah dibawah pengawasan ibu bapa.
- Wanita selepas bersalin boleh memulakan sauna beberapa hari selepas bersalin ( sebaik sahaja luka sembuh).
- Jaminan akan ditolak sekiranya:
- Membaiki periuk/tabung sauna sendiri
- Meletak bahan-bahan lain selain herba/minyak yang kami bekalkan.
- Kecuaian pihak pelanggan.
>> Lakukan sauna selama 15-30 minit setiap sesi bergantung kepada individu.
>> Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesihatan lakukan sauna 3 kali seminggu.
>> Pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna untuk mengelakkan badan terhidrat.
>> Tidak digalakkan makan makanan yang berat sebelum bersauna memandangkan badan kita pada ketika yang sama menggunakan banyak tenaga untuk penghadaman.
Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan Dengan Bersauna
Lakukan sauna selama 15-30 minit bergantung kepada individu, kemudian rehat selama 30 minit dan sambung untuk selama 15-20 minit lagi. Pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna untuk memastikan badan tidak terhidrat.
Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.Badan anda akan bertambah langsing!
Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, anda boleh gunakan herba khas untuk bersauna.
perbezaan antara sauna biasa dan sauna herba
sauna biasa = kosong tanpa sebarang bahan.. air semata mata
sauna herba = ada bahan herba yg boleh membantu dari segi kesihatan
di antara kelebihan bersauna kosong berdasarkan pengalaman buat program selama sebulan (seminggu 2 kali dan sebulan 6 kali) di Pan Pac :-
- badan susut aka kurus ler tu - dibantu dgn latihan gym yg lengkap
- badan segar selepas penat bekerja
- boleh buang daki tebal
manakala kelebihan bersauna herba:
- boleh hilangkan sakit sendi akibat urat terseliuh dsb (minima 3 kali seminggu semasa tempoh sakit)
- berat badan boleh berkurangan tapi perlukan bantuan senaman (minima 3 kali seminggu)
- badan segar selepas penat bekerja
- boleh buang daki tebal
- boleh buang angin dalam badan (minima 3 kali seminggu)
- boleh mencerahkan kulit
No comments:
Post a Comment