Pesona Ghotic di Kanvas Wajah
Cetusan warna hangat menghiasi kanvas majahmu. Solekan mata ditegaskan
dengan rona gelap membingkai ruang mata memberikan ilusi berani dan
seksi.
TRUE COLOR LIPSTICK
Serlahkan godaan solekan gothic pada bibirmu dengan pilihan warna dari True Color Lipstick. Rona garang dan gelap menjadi pilihan agar penampilan menjadi lebih berani dan hebat. Teksturnya lembut dan berkirim apabila dioles ke bibir dan kekal lama. Memberi litupan yang menyeluruh pada bibir yang seksi.
TENDER BLUSH ON
Hiasi pipi gebumu dengan sapuan pemerah pipi ini yang bakal menyerlahkan pesona wajah yang memukau. Teksturnya lembut serta sehalus sutera saat dilayangkan pada tulang pipi. Membantu menaikkan tulang pipi saat rona pemerah pipi ini melekat di pipi. Pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk semua jenis ton warna kulit.
SOFT TOUCH MONO EYESHADOW
Kerdipan mata yang menawan mampu diserlahkan dengan sapuan pembayang mata yang hebat. FCC turut menyediakan beberapa pilihan warna untuk pembayang mata yang menarik hanya dengan satu sentuhan. Pesona matamu akan lebih bersinar dan menggoda. Solekan juga akan tahan lebih lama.
TWEEN EXTENSION MASCARA
Mata memukau dengan sapuan maskara yang hebat, Tween Extension Mascara terbaru dari FCC. Didatangkan dalam dua tube dengan dua berus yang berbeza warna. Berus putih ialah untuk memisahkan setiap helaian bulu mata agar nampak satu persatu. Manakala berus hitamnnya ialah bagi menaikkan volumn bulu mata yang maksimum. Mengandungi vitamin E dan melindungi bulu mata akan kekal lama.
TIP SOLEKAN

- Solekan smokey eyes memberikan ilusi besar kepada mata yang bersaiz kecil.
- Caranya, memulakan garisan dari penjuru mata membawa ke tengah mengikut bentuk mata supaya mata tampak lebih besar. Kemaskan dengan rona pembayang mata pilihan.
- Jangan lupa lentikkan bulu mata anda dengan maskara hitam untuk kesan yang lebih dramatik.
SENTUHAN KIRANA, Di Singgahsana Pernikahan
Debaran kini mulai terasa apabila detik-detik yang dinanti-nantikan
sudah tiba. Jantung berdegup kencang saat menantikan diri dinikahkan
dengan insan yang dicintai. Seri wajahmu terserlah dalam solekan ringkas
yang mempesonakan. Klasik namun tetap menawan!
1. RONASUTRA 5-COLOUR SET
Terbaharu daripada Ronasutra, lima warna dikombinasikan dalam satu bekas serta mudah untuk diaplikasikan. Berfungsi sebagai bedak muka dan bedak asas yang 100 peratus mineral serta dilengkapi dengan SPF 35. Produk ini bercirikan bebas talkum serta bebas minyak. Solekan anda mampu bertahan selama 16 jam dengan sapuan yang sempurna. Boleh digunakan dengan Ronasutra Kabuki Brush atau span atau kedua-dua sekali.
2. MY EYE PALETTE
Serlahkan matamu dengan mainan warnawarna lembut untuk penampilan yang lebih manis di hari bahagiamu. Pembayang mata berperanan penting untuk menyerlahkan solekan mata yang menawan. Redup renunganmu buat yang tersayang pasti membangkitkan rasa kasih yang mendalam. Bertekstur lembut serta tahan lebih lama pada kelopak mata. Disediakan dalam pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk semua warna kulit.
3. MAJOLICA MAJORCA LASH KING
Lenyapkan rupa bulu mata yang tidak indah dan kembalikan kecantikannya dengan maskara Majolica Majorca Lash King yang hebat ini. Maskara yang dilitupi oleh fiber jet-black berukuran 5mm menjadikan bulu mata panjang serta lebat secara semula jadi. Berusnya direka khas untuk memaksimumkan volum dan kepanjangan dengan setiap aplikasi. Juga memastikan setiap helaian bulu mata mendapat sapuan fiber yang menyeluruh.
4. TRES CHEEK POWERBLUSH
Pemerah pipi yang bertekstur lembut memberikan kesan kilauan yang mempesonakan pada wajah. Tulang pipi tampak lebih menegang dan pipi juga kelihatan gebu. Pilihan warna-warnanya yang menarik juga cukup serasi dengan warna semula jadi kulit. Penampilan anda akan lebih mempesonakan di hari perkahwinan kelak dengan pilihan warna yang tepat dan memikat. Solekan tahan lebih lama dengan sapuan yang sempurna. Serlahkan senyuman paling menawan di hari bahagiamu!

- Fokus solekan adalah pada bahagian mata supaya ia tampak lebih galak dan menyerlah.
- Untuk menyerlahkan bentuk mata yang galak, bulu mata palsu dua lapis digunakan diikuti dengan sapuan maskara hitam pekat agar bentuk mata lebih terserlah.
- Rona pink turut digunakan untuk pemerah pipi untuk menyerlahkan solekan seterusnya menaikkan seri wajah.
- Kebiasaannya, pilihan warna untuk solekan di majlis resepsi antaranya adalah pink, ungu dan maroon.
- Manakala untuk busana pula, kebanyakannya menggunakan rona-rona pastel. Maka, solekan akan mengikut warna busana.
No comments:
Post a Comment