nuffnang

LIKE ME

Monday, 18 February 2013

8 Makanan Peningkat Kesuburan Wanita

Ketika sepasang suami isteri memutuskan bahawa mereka bersedia untuk menjadi orang tua, mereka sering menggunakan perubahan dalam gaya hidup untuk meningkatkan kesihatan dan membantu mempersiapkan diri untuk menjadi orang tua.

Salah satu perubahan yang terbesar yang wanita lakukan untuk mempersiapkan kehamilan adalah beralih ke pola makan yang sihat. Makan sihat mungkin tidak cukup bagi pasangan yang mengalami kesukaran hamil. Ada beberapa jenis makanan yang sangat spesifik dan telah dikaitkan dengan kemungkinan peningkatan kesuburan. Di bawah ini adalah 8 jenis di antaranya:


1. Susu, keju, yogurt, dan ais krim Kalsium adalah nutrien penting bagi wanita dalam semua tahap kehidupan, termasuk kehamilan. Kebanyakan ibu hamil memahami pentingnya mendapatkan cukup kalsium untuk menyokong perkembangan tulang bayi, serta untuk menjaga bekalan kalsium tubuhnya sendiri. Kalsium pun penting ertinya selama fasa prakonsepsi untuk membantu meningkatkan kesuburan. Menambah pengambilan kalsium daripada sumber makanan kaya lemak susu, seperti susu, yogurt, ais krim dan keju, tidak hanya akan membantu mengukuhkan tulang. Tetapi sebenarnya juga membantu sistem pembiakan berfungsi lebih berkesan. Alasan hubungan antara susu dan peningkatan kesuburan belum difahami. Tetapi para saintis telah melakukan banyak penyelidikan pada subjek, yang semuanya mengarah ke manfaat pengambilan tinggi kalsium pada kesihatan reproduksi. Wanita yang cuba untuk hamil harus memenuhi sekitar 1,000 miligram kalsium per hari, setara dengan sekitar 8 ons gelas susu.Kajian terbaru menyimpulkan bahawa produk susu yang diambil harus yang tinggi lemak untuk meningkatkan kesuburan. Meski alasannya tidak diketahui, tapi menurut kajian terkini, produk susu rendah lemak tidak mempunyai kesan positif yang sama untuk meningkatkan kesuburan. Bahkan, kajian mendapati, wanita yang mengambil susu rendah lemak mempunyai penurunan kesuburan. Selama berat badan anda berada dalam julat normal, sebaiknya pilih susu tinggi lemak untuk sekurang-kurangnya satu hidangan harian kalsium anda.

2. Karbohidrat kompleks Dalam beberapa tahun terakhir, karbohidrat telah mendapat cap buruk. Banyak orang mengelakkan karbohidrat dengan alasan boleh membuat lingkar pinggang besar. Beberapa wanita yang sedang berusaha untuk hamil keliru jika mereka berfikir bahawa harus mengelakkan karbohidrat untuk mengekalkan berat badan mereka. Tidak semua karbohidrat dicipta sama. Karbohidrat kompleks, seperti biji-bijian, tidak hanya sihat, tetapi boleh membantu meningkatkan kesuburan, tidak seperti karbohidrat yang ditemui dalam roti olahan dan nasi putih. Ketika anda mengambil karbohidrat olahan, maka kadar gula darah dan insulin meningkat. Hal ini boleh mengganggu hormon yang bertanggung jawab untuk pembiakan, yang boleh menunda atau mencegah persenyawaan.
 3. Buah dan sayur-sayuran berwarna cerah Bukan rahsia lagi kalau buah dan sayur-sayuran adalah sumber nutrisi yang sangat penting bagi lelaki dan wanita.Selain kaya dengan vitamin, mineral dan nutrisi penting, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal bebas terkumpul di dalam tubuh, mereka boleh menyebabkan sejumlah besar masalah kesihatan, termasuk gangguan pada hormon pembiakan. Bahkan buah dan sayur-sayuran juga boleh menghilangkan racun yang boleh mengganggu persenyawaan. Saat memilih buah dan sayur-sayuran, isilah pinggan anda dengan pelbagai warna buah yang cerah sebanyak mungkin. Sebagai peraturan umum, semakin kuat warnanya, semakin lebih banyak kandungan nutrisi pada buah atau sayur-sayuran. Berries adalah buah yang sangat berkhasiat. Makanan ini membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan dan mencegah penuaan sel. Buah ini tidak hanya mempengaruhi tubuh anda, tetapi juga telur dalam saluran pembiakan. Jauhi segala macam buah-buahan dan sayur kalengan yang mempunyai nilai gizi yang sangat sedikit dan penuh dengan bahan pengawet dan pemanis buatan.

4. Daging ayam Konsumsi daging ayam sangat penting kerana makanan ini tinggi protein dan zat besi, yang sangat penting bagi wanita yang sedang berusaha untuk hamil. Besi dan protein sangat penting bagi wanita sebelum dan semasa kehamilan. Meskipun zat besi dan protein boleh didapati juga pada produk non-haiwan, tetapi ada hubungan yang signifikan antara protein haiwan dan peningkatan kesuburan. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi lebih mungkin untuk menderita kemandulan daripada mereka yang keperluan zat besinya tercukupi. Ini tidak bererti bahawa semua protein anda harus berasal dari daging haiwan tanpa lemak, tetapi bertujuan untuk sekurang-kurangnya satu hidangan per hari. Pastikan untuk memilih ayam yang diproses dengan teknik sihat seperti membakar, dan mengelakkan ayam yang digoreng atau tinggi lemak.

5. Telur Banyak orang yang terkejut mengetahui bahawa telur merupakan makanan super kuat yang secara dramatik dapat meningkatkan kesihatan pembiakan. Telur kaya akan vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin.Pengambilan kolin sangat diperlukan sebelum dan ketika kehamilan kerana meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap asid folik. Asam folat sangat penting selama tahap prakonsepsi dan awal kehamilan untuk mencegah bayi lahir cacat saraf seperti spina bifida. Mengambil hanya satu telur per hari dapat meningkatkan kadar Kolin yang cukup untuk meningkatkan penyerapan asid folik dua kali ganda.

6. Sayur-sayuran berdaun hijau Selain semua antioksida yang ditemui dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung, sayur-sayuran ini juga kaya dengan zat besi. Besi sangat penting untuk mengekalkan kitaran haid seimbang, kerana banyak wanita yang kekurangan zat besi cenderung mempunyai haid yang tidak teratur. Ketika wanita mengalami gangguan pada kitaran haid mereka, mereka cenderung untuk dapat hamil. Dengan memasukkan sayur-sayuran berdaun hijau ke dalam menu anda setiap hari, anda boleh meningkatkan kadar zat besi anda secara signifikan hanya dalam satu bulan.

7. Kacang-kacangan dan biji-bijian Kacang-kacangan dan biji-bijian dicerna lebih lambat di dalam tubuh, yang membantu mengatur tahap insulin dan meningkatkan ovulasi. Selain itu, kacang-kacangan dan biji-bijian juga mengandungi asid lemak Omega-3, asid lemak esensial yang mempunyai kesan langsung pada tahap hormon. Kacang dan biji-bijian juga sangat tinggi antioksidan. Selain menghilangkan radikal bebas, antioksida membantu untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan kemungkinan tubuh wanita dari menyerang sperma lelaki.

8. Minyak zaitun Sebagaimana disebutkan di atas, Omega-3 diyakini mempunyai kesan yang sangat besar pada peningkatan kesuburan. Omega-3 biasanya ditemui pada minyak zaitun. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 benar-benar dapat meningkatkan kualiti baik sperma atau pun sel telur, sehingga menjadi bahagian penting daripada diet kesuburan bagi lelaki dan wanita yang berusaha untuk hamil.

1 comment:

  1. ==================================
    ==================================
    ARTIKEL MAKANAN KESUBURAN YG BEST
    ==================================
    ==================================
    Terima kasih atas artikel yang bagus ni.

    Zaman sekarang ni nak makan dengan sihat pun susah. Sayur sayuran di pasaraya pun banyk racun serangga.

    Menakutkan bila baca. kesan pada kesihatan. Boleh sebabkan kanser dan kemandulan.

    Mazni nak tambah sikit point diatas ni, selain makanan banyak faktor lain menyumbang pada kesuburan.

    Selain keturunan, cara hidup tak sihat pun boleh sebabkan ketaksuburan. Makan banyak fast food. Berat badan obesiti.

    Faktor makanan memang banyak beri kesan susah dapat anak. Nak subur pun kena makan makanan berkhasiat juga

    lagi best Selain usaha cara fizikal, kita pun kena banyakkan doa pada Allah swt.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    CONTOH DOA DIDALAM AL QURAN UNTUK ZURIAT
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Doa untuk dapat zuriat, Doa Nabi Zakaria Surah Maryam ayat 4-5

    “Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku.

    Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”


    Elok amalkan bersama Doa dari Surah Al-Furqan : 74

    Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:

    “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami

    Perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

    ===================================
    3 RAHSIA MENGANDUNG DENGAN MUDAH
    ===================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-) RING3
    o__(")(") DARI MAZNI

    (\_/)
    (='.'=) HELLO3
    (")_(")

    ReplyDelete