Pengaruh
label-label fesyen terkemuka dunia memang tidak boleh disangkal. Setiap
musim pasti koleksi yang dipersembahkan memberi 1001 inspirasi buat
mereka yang gemar berfesyen. Menyusuri pentas peragaan setiap rumah
fesyen terkemuka pasti ada sahaja DNA terbaharu yang cuba diterapkan.
Walaupun musim fesyen kini telah beralih ke pentas musim luruh/ sejuk namun rekaan fesyen musim bunga boleh diterapkan sepanjang tahun bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Kepelbagaian yang terserlah pada pentas peragaan label-label terkemuka memberikan seribu satu garapan idea buat wanita fashionista.

PRETTY PRINTS
Tidak
ramai yang berani bergaya dengan busana yang memiliki cetakan-cetakan
yang jelas seperti corak abstrak dan juga corak bunga-bungaan, namun
kini gaya ini telah menjadi satu trend kegilaan pencinta-pencinta fesyen
seluruh dunia.
Pentas peragaan label terkemuka seperti Dolce & Gabanna, Roberto Cavalli, Nina Ricci & Mary Katrantzou antara yang mengetengahkan corak-corak beinspirasikan abstrak dan alam semula jadi. Rekaan busana adalah ringkas namun corak-corak yang dipersembahkan menjeritkan satu statement yang cukup gah dan menawan. Cara yang paling mudah untuk menggayakan busana seperti ini ialah keyakinan pada diri anda!
Jangan pernah takut anda akan dikatakan keterlaluan, yang penting anda selesa dengan apa yang disarungkan. Padankan baju atau skirt yang bercorak dengan padanan yang tidak bercorak. Contohnya skirt yang bercorak flora digandingkan dengan blaus daripada warna yang terang tetapi tidak bercorak. Daripada segi aksesori pula, disarankan jangan berlebihan dan pilih dandanan yang minima.

HOT COLOURS
Kehadiran
warna-warna hangat mewarnai dan merubah atmosfera dunia fesyen. Kini
warna-warna hangat diterapkan dalam setiap helaian yang dimiliki.
Mungkin jika di barat pemakaian warna-warna hangat popular pada musim
bunga dan luruh namun bagi kita di Malaysia, tiada batasan kerana cuaca
dan faktor musim yang sama sepanjang tahun. Pemakaian busana daripada
palet warna yang terang bukan sahaja memberikan satu statement fesyen
malah menjadikan anda lebih menyerlah dan berkeyakinan.
Pemakaian pakaian sebegini biasanya didatangi dengan rekaan yang ringkas dan tidak keterlaluan. Untuk meredakan kehangatan warna, gandingan seperti talipinggang ataupun aksesori daripada warna-warna seperti hitam dan nude adalah disarankan. Kini banyak label-label highstreet wear yang menjual pelbagai seluar dalam rona hangat. Tepuk dada tanya selera. Ubah penampilan buat ketrampilan menawan!

PLEATS-TASTIC
Antara
perincian yang popular daripada pentas fesyen musim bunga 2012 adalah
pleats. Perincian seperti kedutan senada pada busana mencipta satu
kelainan. Banyak label antarabangsa yang hadir dengan perincian seperti
ini antaranya Chloe, Calvin Klein dan juga Elie Tahari. Maxidress
daripada Chloe contohnya bermain dengan dua tona warna yang diberi
perincian pleats menjadikannya kelihatan lebih menarik dan mempunyai
volume yang cantik.
Kebiasaannya teknik pleats diterapkan pada helaian yang nipis dan ringan supaya tidak kelihatan besar, jadi bukan masalah jika anda berfikir anda akan kelihatan gemuk apabila menyarungkan fabrik seperti ini. Fokus utama kepada teknik ini adalah penghasilan pergerakan yang menarik apabila anda bergerak. Jangan pernah sesekali menggosok pakaian yang memiliki perincian pleats kerana ia akan merosakkannya.

BOLD PASTELS
Rona
pastel jelas menjadi satu entiti yang menguasai pentas fesyen musim
bunga, palet warna ini merupakan lawan kepada warna-warna terang.
Ronanya yang lembut dan kelihatan sweet jika digayakan menjadi pilihan
ramai mereka yang kurang berani untuk menyarungkan warna-warna garang.
Lihat sahaja pada koleksi dari 3.1 Philip Lim dan juga Nina Ricci,
warna-warna pastel kelihatan begitu romantis dan bold. Cukup sesuai buat
mereka yang ingin tampil feminin.
Cara terbaik untuk menyerlahkan busana yang berwarna pastel adalah dengan menggandingkannya dua warna pastel dalam satu pakaian. Sebagai contoh jaket berwarna hijau epal muda digandingkan dengan warna ungu lembut. Kemasan aksesori seperti kasut tumit tinggi berona nude menjadi pelengkap gaya.

No comments:
Post a Comment