ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan
pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga
10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan
kesihatan.
Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia
bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang,
terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau
gangguan.
Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu
jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan
setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari
adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.
Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan
boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air
kencing.
Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi
kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar
400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam
untuk buang air kecil.
Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses
semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari
badan.
Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan
risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan
kanser pundi kencing (50 peratus).
Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup
berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut
mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang
daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses
metabolisme di dalam sel (14 peratus).
FAKTA YANG BOLEH DIPERCAYAI kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang
boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan
risau tanpa sebab munasabah.
Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita
kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme
makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel
badan (termasuk darah).
Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen
dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses
pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita
berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja
selepas makan.
“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti
asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air
mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan
dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja
lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh
menyebabkan kerosakan organ penting ini.
“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi
dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari
boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.
“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan
kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien
kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini
dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke
seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini
bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang
sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel
menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain
dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.
Air untuk buang lemak
Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air
kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu
meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan
lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum
sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.
Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’.
Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu
daripada isyarat ini diterima otak.
Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih
ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang
sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan
air dalam badan.
Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik
ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air
kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita
baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga
berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.
Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum
setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan
ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak.
Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk
menjimatkan pembakaran tenaga.
Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia
kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali
seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan
disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.
Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis
mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila
disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku
kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan
perut berasa kembung.
FAKTA YANG BOLEH DIPERCAYAI satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap
berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita
tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara
automatik mengeluarkan air berlebihan.
Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai
orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara
contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas
satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan
mengalami masalah retensi atau tegasan air.
“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak
bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air.
Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam
galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya
iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat
perubahan positif secara perlahan-lahan.
“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari
badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah
kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua
peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek
menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara
cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak
duduk ketika bekerja.
“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu
setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan
saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan
fikiran,”
Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum
sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air
sehari.
sauna herba = ada bahan herba yg boleh membantu dari segi kesihatan
di antara kelebihan bersauna kosong berdasarkan pengalaman buat program
selama sebulan (seminggu 2 kali dan sebulan 6 kali) di Pan Pac :-
- badan susut aka kurus ler tu - dibantu dgn latihan gym yg lengkap
- badan segar selepas penat bekerja
- boleh buang daki tebal
manakala kelebihan bersauna herba:
- boleh hilangkan sakit sendi akibat urat terseliuh dsb (minima 3 kali seminggu semasa tempoh sakit)
- berat badan boleh berkurangan tapi perlukan bantuan senaman (minima 3 kali seminggu)
- badan segar selepas penat bekerja
- boleh buang daki tebal
- boleh buang angin dalam badan (minima 3 kali seminggu)
- boleh mencerahkan kulit
.....
No comments:
Post a Comment