nuffnang

LIKE ME

Wednesday 29 October 2014

CARA KEKALKAN KEYAKINAN DIRI

ALAMI PERUBAHAN DIRI HARI INI DENGAN HANYA BEBERAPA AKTIVITI YANG MUDAH

Bukan mudah untuk ke gym setiap hari, tetapi jika anda ingin melihat perubahan pada diri  anda sebelum pergi bercuti hujung tahun nanti,usah berlengah lagi. Apa yng menariknya,ada pelbagai cara yang mudah dan tidak memakan masa yang banyak untuk anda membakar kalori setiap hari.

TIPS MEMBAKAR KALORI DENGAN USAHA MINIMUM

1MEMBELI BELAH 
Situasi ini lebih berkesan dipasar raya  ketika anda membeli barang keperluan rumah. Menarik dan menolak troli selama sejam boleh membakar 243 kalori(kiraan kalori ini berdasarkan pada individu dengan berat 68kg). Jangan lupa untuk mengangkat sendiri barang-barang runcit dan meletakkan troli di tempat asal untuk membakar lebih kalori.

2MENGEMAS RUMAH
Rutin harian di rumah seperti mengemas rumah selama 26 minit boleh membakar 100 kalori. Menyapu lantai selama 30 minit boleh membakar 118 kalori manakala mengelap lantai pada tempoh yang sama juga membakar 129 kalori. Malah menyusun perabot selama 30 minit juga membakar 200 kalori. Rumah anda bukan sahaja lebih kemas dan cantik ,anda juga boleh membakar kalori tanpa perlu pergi ke gym.

3MENGGUNAKAN TANGGA SELAIN LIF 
Jika anda tinggal di pangsapuri atau kondominium,apa kata anda cuba menggunakan tangga selain lif? Menaiki anak tangga dengan langkah sederhana menggalakkan otot dibahagian badan bawah untuk bekerja keras dan juga meningkatkan kadar degupan jantung. Malah tahap kesihatan anda juga meningkat selain membakar kalori dalam badan.

4MAKAN SARAPAN SEBELUM MEMULAKAN KERJA
 Apabila anda makan sarapan ,ia memberi isyarat kepada tubuh anda bahawa anda tidak lapar dan badan mula membakar lemak ketika anda melakukan aktiviti harian. Malah,otak anda juga akan memilih makanan yang lebih sihat untuk sajian seterusnya. 

5MENARI KETIKA BERSIAP KE TEMPAT KERJA
Sediakan satu playlist lagu-lagu kegemaran anda sebagai motivasi untuk bersiap di waktu pagi. Pilih lagu-lagu yang rancak agar anda boleh menari ambil bersiap. Jika anda mempunyai maa yang lebih, ambil kelas tarian seperti jazz atau salsa. atau bersauna http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/2013/12/tatacara-bersauna.html..


Mengambil berat permakanan anda boleh tercapai dengan penyediaan yang mudah dengan menyediakan snek sebelum ke pejabat. Snek harus hadir dalam kuantiti kecil,tidak mengandungi lemak yang tinggi,berkalori rendah namun masih lagi mengenyangkan.. dibawah terdapat beberapa tip snek yang boleh anda cuba

MINUM AIR YANG BANYAK
Minuman berkarbonat dan kopi boleh menambah kalori dalam permakanan harian. Air merupakan pilihan terbaik untuk memastikan anda kekal segar sepanjang hari.

KURANGKAN GULA  
Cuba buah-buahan segar seperti epal dan pisang ataupun biskut gandum penuh dan elakkan snek yang manis seperti gula-gula dan kek.Makanan manis mengandungi gula dan kalori yang tinggi yang tidak elok untuk badan dan menyebabkan badan mudah lemah di penghujung hari

PENTINGKAN SAIZ
Semak saiz kiraan kalori snek agar diet anda kekal sihat. Buah-buahan segar merupakan pilihan terbaik sebagai snek kerana ia kaya dengan vitamin dan antioksidan yang bagus untuk kulit dan keseluruhan badan

RANCANG SNEK PILIHAN
Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang kalori dan seelok-eloknya,anda menyediakan snek malam sebelum anda ke pejabat. Dengan ini walaupun anda sibuk dan tergesa-gesa,sekurang-kurangnya anda sudah ada snek yang sihat di dalam beg.