nuffnang

LIKE ME

Wednesday 11 March 2015

RAHSIA TIDUR

Tanpa tidur yang mencukupi, ia bukan saja memberi kesan negatif kepada kesihatan badan,malah kecantikan wajah..

Sudah tiba masa untuk anda menghargai masa tidur. Ketahui rahsia disebalik tidur yang lena dan mencukupi..

MEMBAIKI DAYA INGATAN
Apa juga yang anda lakukan atau pelajari diwaktu jaga,akan diingati dengan lebih baik selepas tidur.Ketika tidur,otak menyimpan skil yang dilakukan dan kemudian disimpan dengan baik dalam memori.

HIDUP LEBIH LAMA
Terlalu lama atau singkat waktu tidur bisa mempengaruhi jangka hayat anda.Tidur juga mempengaruhi kualiti hidup kerana jika cukup masa rehat,anda akan jagi manusia yang gembira dan sihat,sekali gus membuatkan pengalaman hidup lebih ceria dan bermakna.



PENYAKIT
Penyakit radang berkait rapat dengan penyakit jantung,strok,diabetes,artritis dan juga kesan penuaan. Kajian mendapati mereka tidur kurang daripada 6 jam sehari mempunyai paras darah yang tinggi.

MENGURANGKAN STRESS
Tidur yang tidak mencukupi membuatkan tubuh anda penat dan sekali gus mempengaruhi hari yang anda lalui. Anda akan menjadi mudah marah,tidak bersemangat,hilang tumpuan dan tidak gembira.