Disini terdapat beberapa tips sebelum anda membeli :
- Gaya peplum lebih kepada smart kasual tetapi jika anda seorang yang kreatif dan bijak menyesuai padankan pakaian,anda juga boleh melakukannya mengikut situasi dan keadaan yang bakal tempuhi.Contohnya,ia boleh dipakai bersama legging,skirt atau skinny jeans.
- Kenalpasti bentuk tubuh anda berada di dalam kategori apa supaya anda tidak kelihatan pelik
- Seperti yang anda sedia maklum,peplum boleh dikategorikan sebagai pakaian yang mempunyai bentuk kembang atau seperti kelopak bunga di pinggang bertujuan untuk memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh lebih terbentuk..
Adakah anda bosan dengan gaya baju kurung moden,kebaya atau baju kurung pesak?
JAWAPAN
Kini kurung Peplum sedang hangat diperkatakan.Ia sesuai digayakan ke majlis-majlis rasmi dan keramaian.Namun ramai yang beranggapan,ia hanya sesuai digayakan oleh mereka yang mempunyai perut yang leper dan langsing sahaja. Tetapi tidak sebenarnya,jika anda pandai dengan memberi sedikit perhatian pada bahagian ropol supaya tidak terlalu kembang dan warna material yang digunakan tidak terlalu terang.
Kebiasaannya material untuk baju kurung peplum menggunakan kain licin seperti kain crepe yang lembut,sejuk dan tidak jarang.Di bahagian kolar baju akan disediakan zip dan cangkuk baju pada bahagian belakang.Kainnya pula sudah tentu direka dengan potongan duyung dan beralun.Si pemakai pasti akan kelihatan lebih tinggi dan langsing.
Turut menjadi pilihan di majlis pertunangan dan perkahwinan..
TIP MEMILIH
Tubuh ramping :
Bagi yang memiliki tubuh yang ramping dan menarik,gayakan peplum sesempurna citarasa anda.
Tubuh gempal :
Bagi yang bertubuh gempal, pilihan peplum berwarna gelap bagi menimbulkan ilusi ramping
Tubuh berisi :
Bagi yang agak 'berisi' pilihlah "kelopak bunga" yang tidak terlalu kembang bagi mengelakkan anda kelihatan sarat
Tubuh kurus :
Bagi yang bertubuh kurus ,gaya peplum ini merupakan gaya penyelamat bagi anda kerana memberi visual lebih berisi dan berbentuk.Pilihan warna yang terang seperti oren,merah atau biru terang dan dihiasi aksesori seperti rantai dan beg besar. Pasti terserlah aura dalaman dan keyakinan anda.
Berhijab:
Bagi yang berhijab,usah bimbang kerana terdapat juga peplum yang direka sedikit labuh dan menutupi punggung.Jika bukan skirt potongan duyung,anda juga boleh memadankannya dengan skirt kembang atau seluar berpotongan lurus.Pasti anda tampak lebih moden..
No comments:
Post a Comment