Kedatangan Ramadan Al-Mubarak disambut dengan sejuta keceriaan oleh
seluruh umat Islam. Tanggungjawab menunaikan rukun Islam ketiga ini
diwajibkan kepada setiap Muslim, melainkan beberapa kelonggaran kepada
individu yang mempunyai keuzuran. Antaranya pesakit gastrik yang perlu
patuh pada waktu makan tertentu bagi mengelakkan kepayahan, menambah
kesakitan atau melambatkan proses penyembuhan jika mereka terus
memaksa diri untuk berpuasa.
Sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid ini amat kuat sehingga mampu menghakis kulit jika tersentuhnya. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik tersebut. Jika seseorang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
PUNCA GASTRIK
Gastrik antara penyakit lazim dan secara umumnya ia boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa
yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel
yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Lazimnya,
keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H.
pylori) yang menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa
kerana boleh memudaratkan diri.
PENYEBAB
Sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid ini amat kuat sehingga mampu menghakis kulit jika tersentuhnya. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik tersebut. Jika seseorang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan
untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik akan berlaku apabila
tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu
banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan
pertahanan ini menjadi lemah, ulser akan berlaku kerana asid
hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
TANDA
- Sakit perut di bahagian atas perut atau abdomen.
- Senak, berangin atau pedih.
- Rasa tidak selesa.
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
- Mual, loya dan muntah.
- Hilang selera makan.
- Penurunan berat badan.
- Najis menjadi hitam seperti tar.
- Muntah berdarah atau berwarna gelap seperti kopi.
PUNCA GASTRIK
- Penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
- Pengambilan alkohol, kokain dan rokok yang berlebihan.
- Stres.
- Gangguan auto imun.
- Penyakit crohn.
- Radiasi dan kemoterapi.
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
- Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
Rahsia lemon, penyembuh semula jadi
Cahaya suria kian terbenam di ufuk barat. Tibanya waktu berbuka, acap
kali minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama untuk diteguk.
Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi... nah, ini antara pemuas dahaga
yang wajib ada di atas meja santapan. Bagaimana jika sesekali kita lari
daripada kebiasaan, rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan
tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Ia bebas kalori, malah turut
menyimpan seribu manfaat kesihatan pada bulan ibadat ini!
Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.
Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan
warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan
kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta
boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuihmuih yang enak.
Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya
menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.
KHASIAT
KHASIAT
Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.
Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon
boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba
resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut
mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet,
agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade
yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa
khasiat lemon:
- Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
- Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
- Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
- Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
- Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
- Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
- Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
- Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
- Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
- Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
- Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
- Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
25 PANDUAN SIHAT Langsing Di Hari Bahagia!
Usai saja tarikh perkahwinan ditetapkan, maka bermulalah segala
persiapan. Tidak dilupakan soal kecantikan diri. Sebolehnya, anda ingin
kelihatan lebih langsing dan cantik menjelang hari bahagia itu nanti.
Salah satu caranya ialah dengan berdiet! Walaupun bukan mudah untuk
dilakukan namun kebanyakan wanita rela menahan lapar dan berolahraga
berjam-jam. Diet yang baik bukanlah dengan hanya ‘berpuasa’ tetapi juga
perlu dilihat kepada tabiat pemakanan berdasarkan umur dan aktiviti.
Berikut beberapa panduan yang dapat membantu diet anda menjadi lebih baik dan sihat.
Berikut beberapa panduan yang dapat membantu diet anda menjadi lebih baik dan sihat.
- Mula memilih hidangan yang direbus, dipanggang, di stim atau dibakar. Kurangkan hidangan bergoreng.
- Ingatlah, berpuasa bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Makanlah secukupnya dan kawal kalori secara bijak.
- Pilihlah makanan yang dapat meningkatkan tenaga anda antaranya ialah pisang, kacang dan yogurt rendah lemak.
- Sentiasa membawa botol berisi air putih ke mana pun anda pergi bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi. Juga, mengelakkan anda mengambil minuman bersoda atau bergula secara berlebihan.
- Detoks membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh.
- Pilihlah salad yang menyihatkan kerana ada kalanya ia dikombinasikan dengan mayonis atau keju yang tinggi kandungan lemaknya.
- Carilah teman untuk berdiet bersama. Cara ini dapat membantu anda berdua saling bermotivasi.
- Elakkan makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10 peratus. Baca label informasi nutrisi terlebih dahulu sebelum membelinya.
- Hindari mengunyah makanan di saat-saat anda kebosanan atau tertekan.
- Berusaha untuk membuang tabiat buruk yang boleh merosakkan program diet anda.
- Belilah sebuah juicer dan mulalah membuat jus anda sendiri. Apa kata anda cuba jus sayuran pula kerana ia kaya vitamin dan lebih sedikit fruktosa.
- Snek baik untuk anda bagi mencegah makan tengah hari atau makan malam secara berlebihan.
- Tidur yang cukup itu penting! Rasa letih yang berpanjangan akan mempengaruhi anda untuk makan lebih banyak.
- Sebelum makan, amalkan makan satu mangkuk kecil salad.
- Sebaiknya, cuba bawa bekal makanan sendiri ke tempat kerja kerana ia lebih mudah untuk anda mengawal pengambilan gula dan kalori.
- Gigitlah makanan secara perlahan-lahan. Cara ini akan membantu program diet anda dengan lebih baik.
- Jika anda teringin untuk makan coklat, pilihlah coklat yang rendah lemak.
- Potong buah-buahan kegemaran anda dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
- Sebaiknya-baiknya elakkan mengambil makananmakanan ringan.
- Jika anda gemar makan roti, pilihlah yang bergandum penuh.
- Catatlah makanan yang anda ambil selama dua minggu. Percayalah, anda akan terkejut melihat hasilnya!
- Pilihlah mentega yang rendah lemak sahaja untuk mengawal kandungan lemak.
- Jangan masak sayur-sayuran terlalu lama agar kandungan zatnya tidak terjejas.
- Sekali sekala anda mungkin boleh memilih hidangan yang pedas bagi meningkatkan metabolisme tubuh.
- Pilihlah sayur-sayuran hijau dan teh hijau demi kesihatan anda.
Pilihan Sihat Pengganti Nasi
Demi mendapatkan tubuh langsing dan sihat, ramai wanita memilih untuk
mengurangkan pengambilan nasi. Malah, ramai juga yang tidak mengambil
nasi selama berbulan-bulan. Kekurangan karbohidrat di dalam tubuh
sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Tubuh masih
memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu,
makanan ganti atau substitute diperlukan untuk diet sihat.
Sagu
Sagu merupakan butiran atau tepung yang diperoleh dari batang pohon
sagu atau rumbia. Usah risau mengenai kandungan lemak kerana sagu rendah
kandungan lemaknya.
Cara sajian:
Sajian sagu yang paling mudah ialah bubur
sagu. Biasanya ia dimakan dengan ikan jika di Papua atau Maluku.
Umpamanya memakan nasi dengan lauk ayam.
Jagung
Sumber karbohidrat ini juga mengenyangkan dan amat sesuai untuk anda
yang mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, jagung juga mengandungi
serat dan asid folat yang membantu menjaga pembuluh darah.
Cara sajian:
Jagung boleh direbus begitu sahaja atau
dimasukkan di dalam masakan sebagai sayur tambahan. Mungkin aneh untuk
menikmati jagung rebus pada waktu pagi sewaktu sarapan tetapi dengan
rasanya yang enak, pastinya anda lupa keanehan itu. Anda juga boleh
menikmati jagung bakar sebagai alternatif.
Kentang
Selain nasi, kentang adalah pengganti yang paling digemari. Kentang
mudah dimasak dengan bahan-bahan lain. Ia mempunyai kalori rendah
berbandung tumbuhan ubi lain. Kentang banyak digunakan dalam program
penurunan berat badan. 200 gram kentang bersamaan 100 gram nasi.
Cara sajian:
Panggang kentang bersama kulitnya agar
khasiat kentang terpelihara. Atau, anda juga boleh merebus kentang dan
dimakan bersama sos atau gravy.
Pasta
Sesekali bertukar selera Itali apa salahnya. Pasta diperbuat dari
pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Pelbagai
jenis pasta boleh di dapati di pasaran contohnya spageti, makaroni,
lasagne dan fettucine.
Cara sajian:
Pasta boleh dimasak dengan pelbagai cara
sama ada panggang, rebus atau dijadikan salad. Jika menu masakan anda
memerlukan minyak, pilih minyak zaitun dalam kuantiti kecil. Daging
rendah lemak boleh digunakan dengan tambahan sayur-sayuran seperti
brokoli atau paprika.
Oat
Oat merupakan sejenis bijirin gandum dan kita sering menjumpainya dalam
bentuk oatmeal. Biasanya, oat dijadikan sebagai bubur atau menjadi
salah satu bahan dalam pembuatan kek. Oat boleh mengurangkan kadar
kolesterol dalam tubuh.
Cara sajian:
Mungkin dari semua sumber karbohidrat,
inilah yang banyak tersedia dalam bentuk segera atau instant. Hanya
campurkan air panas dan oat sudah tersedia untuk dihidangkan. Campurkan
buah strawberi, beri hitam atau kiwi untuk menambah selera.
Obesiti Virus Segala Penyakit Kronik
Seorang wanita akan sentiasa mengalami perubahan hormon dalam badan
mereka. Dua hormon yang penting bagi wanita ialah hormon estrogen dan
progesteron. Fungsi hormon estrogen ialah mengekalkan sifat kewanitaan
seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan
keanjalan kulit.
Fungsi hormon progesteron pula ialah mengekalkan ciri kewanitaan, kesuburan, ketenangan emosi, kesihatan tulang, antikanser dan menstabilkan air dalam badan. Perubahan hormon berlaku setiap kali berlakunya kitaran haid, mengandung, selepas bersalin serta menopaus. Kaedah perancangan keluarga yang berasaskan hormon juga menyebabkan hormon tidak stabil di dalam badan. Perubahan hormon ini menyebabkan seorang wanita itu kerap mengalami masalah mengawal berat badan.
OBESITI
Menurut Pakar Perubatan, Dr. Nurhalina Azly Minhat, obesiti ialah keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula Kiraan: BMI = berat (kg)/tinggi(m) x tinggi(m). Jika seorang ibu mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik akanmeningkat. Antara penyakit-penyakit kroniknya ialah serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi, penyakit gout, kolesterol tinggi, kerosakan hati serta penyakit metabolik seperti kencing manis.
Apabila berat bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral. Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.
Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat dan mula mengalami sakit lutut. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.
Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetes atau penyakit kencing manis.
CARA CEGAH OBESITI

-
Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji
seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras
perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging
tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal,
oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi
indeks glisemik rendah.
-
Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman
bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap
hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran.
-
Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.
-
Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.
-
Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.
-
Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.
-
Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur
secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan
hormon dan obesiti.
-
Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi
mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan
berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini
memerlukan pemantauan doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat
mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari
kelenjar pituitari.
- Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment