nuffnang

LIKE ME

Friday, 13 July 2012

Bahaya Diet Drastik


Bahaya Diet Drastik

 
AMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari. Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.

Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit. Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.

Ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan. Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga. Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.

Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari.

Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah. Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.

Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk.

Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat. Bagaimanapun, berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.

"Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996."

Secara purata kadar pengambilan tenaga (daripada makanan) penduduk dunia bertambah 25 peratus, tetapi aktiviti cergas pula berkurang 25 peratus. Senario ini menyebabkan masalah pertambahan berat badan dan obesiti menjadi masalah seluruh dunia.

Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi. Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.

Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut.

Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya.

Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.

Biar apapun program yang kita cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam.

Bukan Susah Nak Kurus
Bagaimana untuk mengatasi kesemua faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah kegemukan semalam? Di bawah ini saya senaraikan lagi sekali:

1) Mengambil Kalori Lebih daripada Keperluan Badan Setiap Hari
2) Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang
3) Diet Yang Tidak Sihat
4) Kurang Aktiviti Fizikal
5) Sistem Usus yang Tidak Sihat/ Tidak Bersih
6) Faktor Usia

Petua untuk mengurangkan berat badan hanya ada dua; kurangkan makan dan banyakkan bersenam. Dukacitanya ramai diantara kita tidak mampu melakukan dua perkara tersebut walaupun nampaknya mudah. Sebab itulah ada banyak produk-produk penurunan berat badan di pasaran.

Saya pun mengalami masalah berat yang berlebihan dan telah masuk dalam kategori obesiti. Banyak juga produk yang telah dicuba tetapi yang ini memang berkesan dan ianya selamat. Sukacitanya, kesemua faktor tersebut tadi dapat diselesaikan dengan serentak. Tak perlu bersusah payah menahan nafsu makan dan juga kalau tak nak bersenam pun tak apa.


Kenapa Berlaku Obesiti atau Terlebih Berat?

"Kajian yang dibuat oleh Reader's Digest Asia mendapati 40.7% rakyat Malaysia
adalah obesiti. Walaupun sebenarnya mereka menganggap keadaan mereka sihat, 40.7% daripadanya sebenarnya mengalami masalah berat badan berlebihan" - Laporan Utusan Malaysia, Sabtu 30 Jun 2007.

Faktor-faktor penyumbang penambahan berat badan:

1) Mengambil Kalori Lebih daripada Keperluan Badan Setiap Hari. Pada umumnya, keupayaan badan wanita membakar kalori adalah 1200 sehari manakala lelaki 1800 sehari ketika rehat. Jika sehari kita terlebih kalori 300 kalori, maka sebulan menjadi 9000 kalori. Bagi setiap 8000 kalori yang tidak digunakan, ianya akan tersimpan menjadi 1.0kg lemak. Maknanya setiap bulan akan ada penambahan berat dalam lemak sebanyak 1.0kg

2) Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang - Badan kita memerlukan 46 jenis nutrien sehari iaitu 8 jenis asid amino perlu (dari sumber protin); 18 jenis vitamin; 20 jenis mineral, selain dari lemak, karbohidrat dan 8 gelas air. Sekiranya badan kita tidak dibekalkan dengan kesemua nutrien yang diperlukan, maka badan akan memberi isyarat lapar. Perut yang lapar meminta makanan untuk diisi. Oleh itu kita akan sentiasa makan. Kadang-kadang kita makan 5 kali ke 6 kali sehari. Dan apa yang kita makan pula tidak memberikan apa yang diperlukan oleh badan. Kalau kenyang pun hanya sementara.

3) Diet Yang Tidak Sihat - Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

4) Kurang Aktiviti Fizikal - Tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Pengambilan kalori tinggi + Metabolisme Rendah = GEMUK

5) Sistem Usus yang Tidak Sihat/ Tidak Bersih - Walaupun kita telah mengambil nutrien yang lengkap dan mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi sekiranya sistem usus kita tidak dibersihkan, maka penyerapan nutrien di saluran usus menjadi lambat dan tidak efektif. Kebanyakan nutrien akan diabaikan dari diserap masuk ke dalam saluran darah. Maka apa yang kita makan hanyalah pembaziran.

6) Faktor Usia - Kadar metabolisme akan mula menurun apabila usia semakin meningkat.Wanita akan mula mengalaminya ketika usia 30an dan lelaki usia 40an. Sekiranya ketika usia ini kita masih mengamalkan pemakanan seperti umur muda, maka kita akan terlebih berat kerana keupayaan membakar kalori sudah menurun. Ditambah pula dengan pergerakan fizikal semakin terbatas

1 comment:

  1. Artikel yang sangat menarik, mohon share :)

    Diet sihat dengan shaklee. Sihat untuk jangkamasa panjang!
    http://kabinetvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete