Corak belang atau jalur mungkin menjadi ketakutan bagi sesetengah gadis. Kadang-kadang ia nampak terlalu menonjol, terlalu berani dan juga agak sukar untuk digayakan bukan? Tambahan pula ramai yang beranggapan corak jalur melebar boleh membuatkan kamu tampak semakin lebar (kebenarannya bukan seratus peratus ya!) Dan corak yang memanjang ke bawah akan menampakkan kamu si tinggi lampai makin melonjong seperti galah pula. Opsss!

Pun begitu, corak berbelang-belang ini sebenarnya amat menarik dan seronok andai digayakan dan disuntik dengan elemen ranggi dalam pemakaian kamu sehari-hari. Jadi untuk memudahkan kamu, REMAJA senaraikan lima tip dan trik pemakaian corak berbelang agar kamu semakin hebat bergaya selepas ini!

1. Abaikan mitos belang horizontal akan menampakkan kamu lebih besar.
Kajian terkini telah membuktikan bahawa andaian ini adalah salah. Kamu boleh menggayakan apa jua corak asalkan kamu sentiasa berkeyakinan mengenakannya. Harus diingat, fesyen kini semakin hilang peraturan. Jadi cubalah apa sahaja yang kamu inginkan. Sentiasa
yakin itulah kuncinya!

2. Semakin lebar belang, kamu nampak semakin menonjol.
Andai kamu masih gusar tentang corak belang, cubalah dengan cetakan yang kecil dahulu dan kemudian bimbing gaya dengan mengenakan corak jalur yang semakin lebar selepas itu. Belang dengan cetakan kecil sesuai digayakan untuk ke pejabat dan dipakai bersama seluar pendek atau celana panjang. Cetakan belang akan menambahkan esen pada helaian kosong yang lain