nuffnang

LIKE ME

Tuesday, 3 July 2012

Tips Makeup

Tampil Cantik Sepanjang Hari
Rutin harian yang cukup sibuk sebagai ibu berkerjaya tidak seharusnya membatasi seseorang wanita untuk tampil cantik dan menarik sepanjang hari. Apa yang penting, anda harus bijak membahagikan masa untuk menjaga penampilan diri.
Tidak perlu meluangkan sepanjang hari semata-mata untuk merawat wajah mahupun tubuh, sebaliknya anda boleh mencuri masa melakukannya ketika sedang bekerja ataupun melakukan tugas harian di rumah. Kulit yang segar dan ceria memberi tenaga yang luar biasa selain penampilan yang lebih menarik . Bagi anda yang berkerjaya, ada beberapa tip yang boleh diaplikasikan.
Sebelum Ke Pejabat
• Bersihkan wajah terlebih dahulu. Pilih pembersih yang tidak mengandungi alkohol kerana bahan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan bagi anda yang memiliki kulit jenis sensitif mahupun berjerawat, pilih produk yang sesuai seperti pembersih anti jerawat.
• Selepas itu, aplikasikan serum bagi membantu melindungi kulit wajah dari rosak disebabkan oleh pencemaran persekitaran dan sebagainya. Sebaiknya, pilih serum yang mengandungi vitamin dan jenis antioksida.
• Sapukan pelembap pada bahagian mata, wajah, bibir dan tubuh. Untuk pelembap bahagian wajah dan tubuh, sebaik nya pilih yang sesuai dengan jenis kulit atau pilih yang mempunyai anti penuaan yang membantu melambatkan masalah kedutan dan garis-garis halus.
• Pastikan anda tidak lupa memakai krim pelindung cahaya matahari SPF15 untuk wajah, bibir dan tubuh.
• Untuk solekan, memadai memilih warna dan tekstur yang lembut, segar dan semula jadi namun mengikut trend. Mulakan dengan memakai bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah, kemudian ''concealer''. Tumpukan pada bahagian mata dan juga bahagian bermasalah seperti bintik-bintik hitam. Setelah itu, barulah dikenakan bedak kompak bagi membolehkan solekan bertahan lebih lama selain membantu menyerap minyak di bahagian permukaan kulit wajah. Ini bagi membantu menjadikan kulit tampak segar untuk tempoh lebih lama.
• Semburkan wangian untuk memberikan kesegaran serta menampilkan keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai. Pastikan anda memilih wangian yang sesuai tidak terlalu kuat dan memberi keselesaan kepada orang di sekitar. Apa kata cuba aroma ''sporty'' ataupun citrus. Ini boleh membantu mem bangkitkan semangat kerja anda.
Sedang Bekerja
• Bagi anda yang sering meng alami masalah kulit ber minyak, pastikan di dalam beg anda sentiasa ada kertas minyak untuk mem bantu menyapu dan menyerap minyak di wajah. Kertas minyak ini mem bantu mengurangkan masalah wajah nampak berkilap akibat minyak.
• Jika anda bekerja dalam persekitaran yang berhawa dingin, kulit mudah mengalami kekeringan. Justeru, pastikan anda mempunyai semburan wajah ataupun facial mist bagi membantu mengembalikan kelembapan dan kesegaran wajah. Caranya mudah sahaja, semburkan ia pada wajah apabila anda terasa kulit kering.
• Selain semburan ini, satu lagi benda penting yang perlu ada di pejabat adalah pelembap. Sapukan pelembap di bahagian tangan bagi anda yang berada lama di kawasan berhawa dingin terutama selepas mencuci tangan.
• Selepas makan tengah hari, pastikan anda menyegar kan bau mulut dengan memberus gigi atau menggunakan pencuci mulut (mouthwash) bagi membantu membunuh kuman penyebab bau mulut.
• Jika solekan anda kurang dan ingin memakai semula, pastikan wajah dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu pembersih lembap. Ini lebih baik berbanding pembersih jenis susu, penyegar atau pembersih wajah. Bahkan, tisu ini juga membantu menyegarkan kembali wajah anda. Setelah kulit wajah bersih, baru aplikasikan kembali solekan pada wajah.
• Bagi anda yang menghadapi masalah debu mahupun kotoran pada kulit wajah sehingga menimbulkan masalah kegatalan mahupun ruam-ruam kecil, apa kata cuba aplikasikan beberapa titis Tea tree oil pada bahagian yang bermasalah. Minyak pati ini boleh membantu mengurangkan masalah
tersebut kerana fungsinya sebagai anti bakteria.
• Selain itu, anda juga boleh memakai semula wangian atau sekadar menyapu deodoran berbentuk semburan. Pastikan anda tidak memakai deodoran jenis ''roll on'' kerana ketika ini permukaan kulit ketiak anda tidak bersih dan berpeluh. Ini boleh menyebabkan bakteria berpindah pada bekas deodoran dan membiak di situ.
Selepas Kerja
• Selepas tamat masa bekerja, bagi anda yang mempunyai agenda lain atau ingin menghadiri mana-mana majlis, kenakan lipstik dengan warna yang lebih gelap dan tambahkan dengan pengilat bibir. Setelah itu, sapukan pembayang mata serta maskara lebih tebal berbanding sebelum ini. Untuk penampilan lebih berseri, sapukan pemerah pipi lebih berkilat.
• Bagi anda yang tidak memakai tudung, sikat rambut dan boleh juga menyapu gel atau wax atau sekadar menyembur hair spray sudah memadai untuk memberikan penampilan berbeza dari sebelumnya.
• Tukar kasut dengan memilih yang bertumit tinggi dan nampak lebih seksi dan menarik. Sesuaikan kasut dengan busana yang anda kenakan selain memilih aksesori untuk tampil lebih menarik.
• Bagi memudahkan anda bergaya, pastikan busana kerja yang dikenakan sesuai dan boleh di ubah suai untuk majlis pada malam hari. Selain kasut bertumit tinggi, anda juga boleh mengenakan tali pinggang, beg jenis clutch yang berkilap.
• Akhir sekali, pastikan pilihan wangian yang sesuai terutama aromanya yang lebih sensual atau mewah.

No comments:

Post a Comment