Pernahkah anda merasa malas? jika ada berusahalah untuk
menanganinya kerana malas adalah sikap negative yang wajib dihindari oleh setiap
orang islam. ada segelintir orang yang diuji dengan yang sedikit namun ada juga
yang keterlaluan. apa pun perasaan malas yang ada, hakikatnya ia bukan satu
ajaran dalam islam. malah di dalam firman allah ta’ala (al- nisa :140) malas
adalah sifat orang munafik. ia menjadikan kita pasif dan tidak bersemangat untuk
membuat kerja.
Tetapi bagaimanakah hendak membuat sikap malas, di antaranya
gunakanlah senjata utama orang mukmin iaitu doa. lebih-lebih lagi di bulan puasa
ini banyakkan berdoa, hindari lah sifat malas yang kadang-kala ‘menghambat’ umat
Islam bila sedang berpuasa. kaedah lain adalah :
1 Lawanlah Syaitan dan nafsu.
Malas sebenarnya berpunca daripada syaitan. Syaitan melatih
nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas bekerja
menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi. nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda , maksudnya, “ Syaitan mengikat atas belakang kepala seorang kamu
ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan.
Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan.’malam masih panjang
maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama
Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya
terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua
ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan cergas serta baik hatinya. Jika
ia tidak melakukan begitu nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya
sambil rasa malas.”
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas
dengan cara yang diajar oleh rasulullah. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba
untuk menipu daya hingga menyebabkan manusia lalai dari perintah allah ta’ala
dan hidup dalam keadaan bermalas-malasan hingga mengganggu perjalanan kerja kita
mencari rezeki kerana allah.
2 Timba dan banyakkan ilmu.
Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Melalui ilmu individu itu akan
menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Contohnya orang yang
mempunyai ilmu tentang fadilat dan kelebihan solat akan lebih rajin beribadat
dengan syarat ada keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Begitu juga
jika diaplikasikan dalam kehidupan berkerjaya kita, apabila kita mempunyai ilmu
apa yang dilakukan kerja kita akan semakin semangat dan tidak timbul masalah
malas untuk melakukannya.
Jadi ambillah keberkatan bulan ramadan ini untuk banyak
mengingati dan mendekatkan diri allah agar segala urusan kehidupan kita
bertambah gemilang baik di dalam urusan diri, keluarga mahupun pekerjaan.
|
No comments:
Post a Comment