nuffnang

LIKE ME

Sunday, 15 July 2012

Wanita : Cantik & Sihat

Cantik Dan Segar Persiapkan Diri Dengan Vitamin
Tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam menyambut bulan mulia yang penuh keberkatan. Pastinya ramai yang sibuk membuat persiapan malah tidak sabar menanti kedatangan bulan Ramadan.
Saat berpuasa, tubuh akan menjadi lemah dan tidak bermaya kerana kekurangan air. Tidak kurang juga, wajah tampak lesu dan tidak bermaya. Pun begitu, ia bukan penghalang untuk seseorang meneruskan rutin harian seperti biasa.
Oleh itu agar kesegaran dan kecantikan tubuh saat berpuasa ada baiknya anda mempersiapkan diri dengan beberapa vitamin yang diperlukan oleh tubuh.
Vitamin A
Ini bukan sahaja membantu untuk penglihatan yang baik tetapi juga untuk melindungi kulit. Malah, vitamin A juga turut membantu membebaskan kulit dan rambut daripada masalah kegatalan kulit kepala, jerawat dan kulit kering.
Vitamin E
Ia membantu mencegah berlakunya osidasi berlebihan dalam tubuh seseorang serta membantu melawan radikal bebas dan pencemaran yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit seseorang.
Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada vitamin E secara semula jadi terutama dari buah-buahan, sebaiknya makan ketika masih segar dan mentah.
Vitamin C
Vitamin C membantu untuk per tumbuhan yang sihat terutama dalam memperbaiki kerosakan akibat terdedah pada radikal bebas. Ia juga membantu meremajakan kulit dan melambatkan proses penuaan. Untuk mendapatkan kulit putih yang sihat, per banyakan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C ketika berbuka mahupun bersahur.
Buah Kaya Vitamin
Selain daripada mengambil terus suplemen vitamin ini, anda juga boleh menikmati buah-buahan yang kaya dengan nutrisi ini. Apa buah-buahan yang kaya vitamin A,C E?
1. Jambu Batu
Buah yang kaya dengan serat serta vitamin A,C dan E ini juga turut mengandungi mineral, kalium dan sebagainya. Sebiji buah yang tidak terasa masam atau sangat manis memiliki empat kali jumlah vitamin C berbanding dengan limau. Malah, ia turut mengandungi jumlah antioksida yang tertinggi di antara buah-buahan yang lain.
2. Kiwi
Ini antara buah yang memiliki sumber terbaik dalam menghasilkan vitamin C dan E. Pengambilan buah kiwi membantu melindungi tubuh untuk melawan radikal bebas. Selain itu, ia turut membantu menghilangkan bintik-bintik hitam, membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak pada kulit terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak serta membantu membuatkan wajah tampak lebih bersinar.
3. Betik
Ini merupakan buah yang cukup kaya dengan nutrisi seperti karotin, vitamin A, B, mineral makanan dan juga serat makanan. Selain itu, betik juga baik untuk penghadaman.
4. Strawberi
Selain kaya dengan vitamin A, buah strawberi juga turut mengandungi kandungan antioksidan. Selain itu, ia kaya dengan nutrisi dan menjadi pelengkap kepada pola makanan. Stawberi juga membantu membebaskan kulit daripada masalah jerawat serta menghilangkan lebihan minyak pada kulit seseorang.
5. Aprikot
Seperti yang diketahui, aprikot cukup kaya dengan antioksidan dan ia juga turut berperanan dalam memberi kesegaran pada mata. bahkan, sifatnya yang mengandungi vitamin A, juga membantu dalam mengekalkan keanjalan kulit.
6. Tomato
Buah ini cukup dalam membantu melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu yang berbahaya. Malah, ia turut membantu mencerahkan kulit. Untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan bebas daripada sebarang masalah seperti jerawat, anda disarankan mengambil buah tomato setiap hari.
7. Lemon
Pengambilan lemon membantu kulit seseorang untuk tampak lebih segar dan sihat. Bahkan ia juga membantu mencerahkan kulit selain menghilangkan bintik-bintik dan tanda-tanda hitam seperti bekas-bekas jerawat.
Cantik Di Hati
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini. Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

No comments:

Post a Comment