Rambut panjang nan indah sememangnya menjadi primadona bagi kebanyakan kaum hawa di seluruh penjuru dunia. Namun, masalah yang sering dihadapi ialah rambut yang tumbuh tidak sihat. Walau bagaimanapun jangan terkeliru masalah rambut tidak sihat bukan hanya kerana perawatan rambut yang salah tetapi juga disebabkan oleh cuaca, pemakaian produk perawatan rambut yang tidak tepat dan pola makan yang tidak seimbang. Faktor-faktor penghambat itulah yang membuatkan rambut kamu tumbuh menjadi tidak subur, mudah rapuh, patah dan kusam. Oleh itu, bagi memastikan rambut panjang yang sihat dan indah, berikut adalah tiptipnya.
1. Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut kamu. Jangan tertipu dengan produk syampu yang menawarkan pertumbuhan rambut secara pantas kerana bimbang bahan-bahan yang terkandung di dalamnya adalah bahan-bahan yang boleh merosakkan rambut.
2. Gunakanlah masker berkhasiat pada bahagian hujung rambut. Bagi memanjangkan rambut, khasiat yang cukup harus ada pada rambut.
3. Cubalah suplemen untuk rambut. Bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen rambut terdiri daripada kalsium, zat besi, magnesium dan mineral garam yang akan membantu pemeliharaan rambut dari dalam.
Rahsia Cantik Dengan Coklat!
Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi
makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki
banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat
yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan
kecantikan diri.
Antaranya:
1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.
Andai kamu ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu,jom baca!
Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.
Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.
Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.
Rambut Nipis Berubah Tebal!

Masalah rambut gugur dan akhirnya semakin menipis menjadi satu igauan
ngeri seandainya ia dibiarkan berterusan.Tambahan lagi apabila kulit
kepala mula nampak ‘lebih jelas’ atau rambut berterusan gugur sehingga
menjadi botak. Semestinya kamu harus menemui dermatologi untuk menemui
jalan penyelesaian.Namun jika rambut yang menipis tidak terlalu
parah, ada beberapa produk dan teknik gayaan yang
boleh membuatkan rambut kelihatan lebih tebal.
Mencuci
Cuci rambut kamu dengan produk syampu volumizing yang mengandungi
protein.Kemudian, gunakan perapi ringan yang pada labelnya
dikhaskan untuk rambut nipis. Aplikasikan perapi dari batas telinga
sehingga ke hujung rambut. Setelah dibasuh hingga bersih, keringkan
rambut dengan cara menekannya menggunakan tuala dan bukan
menggesek-geseknya.
Blow Dry
Aturkan suhu pengering rambut ke ukuran sederhana. Terbalikkan rambut
kamu dengan cara membongkokkan badan, lalu lakukan blow dry menggunakan
sikat rambut bergigi. Ketika rambut kamu hampir kering, tegakkan
kembali badan lalu selesaikannya dengan mengeringkan rambut
menggunakan sikat rambut berukuran sederhana.
Menata Rambut
Saat rambut masih lembap dan belum benar-benar kering, gunakan
leave-in yang bersifat memberikan volume.Kebiasaannya produk ini
mengandungi bahan panthenol. Semburkan juga cairan pelindung panas (heat
protecting spray)tetapi hindari daripada terkena akar rambut saat
melakukannya. Setelah itu,sikat rambut yang lembap dengan sikat bergigi
jarang.
Menambahkan Volum
Ambil sedikit rambut kamu, tegakkan dari kulit kepala dengan jemari,
lalu arahkan pengering rambut ke akar rambut. Ini boleh membantu
membuatkan kutikula rambut membentuk volum atau ketebalan. lakukan hal
ini ke seluruh bahagian rambut dan kemudian secara
perlahanperlahan rapikan rambut menggunakan sikat.
Syampu Protein
Syampu dengan kandungan protein yang bersifat memberikan volum
ialah pilihan terbaik untuk membuatkan rambut nampak lebih tebal. Selain
itu, perapi juga boleh bertindak meninggalkan kelembapan yang boleh
menebalkan setiap helaian rambut. bagi mengurangi rambut patah, gunakan
syampu dan perapi yang mengandungi pro Vitamin b5
yang bersifat menguatkan batang rambut.Trik Potongan Rambut
potongan rambut yang betul boleh membuatkan rambut kamu kelihatan lebih
tebal. Mintalah penata rambut memberikan layer yang lebih
sedikit kerana layer yang banyak akan membuatkan rambut tampak lebih
nipis. Cuba juga potongan ponny yang lebih tebal seperti gaya rambut
Kate Hudson dalam filem “bride Wars”.
No comments:
Post a Comment