Anda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid normal.
Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di rumah dalam keadaan privasi.
Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.
Sehubungan itu, kandungan hCG di dalam plasma darah meningkat 2 kali ganda setiap 2 hari. Ia akan mencapai tahap maksimum pada hari ke-60 atau ke-70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu, seterusnya berada di tahap tersebut sepanjang tempoh anda hamil.
Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan hasil ujian menjadi sangat jelas.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil ujian yang bakal diperoleh.
Ketepatan Ujian
Pemeriksaan kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan sangat digemari kerana ia bukan sahaja mudah didapati, malah senang dilakukan sendiri tanpa banyak prosedur menjengkelkan dan harganya turut murah. Paling penting ialah keputusan segera bakal diperoleh dalam tempoh beberapa minit selepas ujian selesai dilakukan. Alat penguji kehamilan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah sememangnya dicipta untuk mengesan hCG menerusi urin. Sekiranya kehadiran hormon itu dikenal pasti, bahan kimia yang terkandung di dalam alat berkenaan akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya, sama ada positif ataupun negatif.
Ketepatan ujian adalah sekitar 99%, sekiranya teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Jadi, ada baiknya, anda membaca arahan yang dinyatakan pada label produk sebelum melakukan ujian tersebut dan seelok-eloknya lakukan ujian ini pada awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian diyakini lebih tepat.
Walau bagaimanapun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi menyebabkan keputusan ujian anda menjadi negatif. Antaranya adalah seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, pendarahan rahim, penyakit radang pelvik (PID), penyakit ovari polikistik, kanser rahim dan menopaus. Jika anda khuatir dan ragu-ragu dengan keputusan ujian, dapatkan pemeriksaan susulan doktor sakit puan dengan kadar segera.
Garisan yang terbentuk di alat penguji adalah hasil tindak balas hCG terkandung di dalam urin dengan antibodi yang telah diletakkan di atas alat penguji kehamilan. Garisan yang paling hampir dengan tempat urin anda diserapkan berfungsi mengenalpasti kehadiran hCG. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat urin diserap pula bertindak sebagai pengawal untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.
Sekiranya 2 garisan muncul, anda disahkan hamil. Akan tetapi jika hanya 1 garisan yang timbul, iaitu di garisan pengawal, anda tidak hamil. Perlu diketahui juga, jika tiada langsung garisan yang timbul, alat penguji anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.
Adalah dinasihatkan agar sebaik sahaja mendapati alat penguji kehamilan menunjukkan anda hamil, segera rujuk kepada doktor sakit puan bagi mengesahkan kehamilan itu. Seterusnya jalani pemeriksaan antenatal bagi memastikan kesihatan diri berada di tahap yang baik demi kehamilan yang sihat tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai jenis komplikasi.
Langkah Demi Langkah
1. Baca Label Dan Arahan Dan Teliti Semua Arahan Dan Gambar Yang Mungkin Disertakan Untuk Memastikan Anda Memahami Dengan Betul Cara Melakukan Ujian Ini Secara Bersendirian. Arahan Tersebut Termasuklah :
- Panduan mengumpul dan menyimpan sampel urin. Bila dan bagaimana untuk menjalankan ujian.
- Bagaimana untuk mentafsir keputusan ujian.
- Faktor yang mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.
2. Ikuti Semua Arahan
Anda mesti menuruti semua arahan yang diberikan agar keputusan paling tepat boleh diperoleh. Dalam pada itu, jangan lupa menyemak tarikh tamat tempoh alat penguji kehamilan dan syarat-syarat penyimpanan sebelum melakukan ujian. Hal ini penting untuk memastikan alat berkenaan masih berupaya untuk berfungsi dengan baik.
3. Rujuk Doktor
Apabila ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini kerana sesetengah ujian boleh memberikan keputusan yang palsu. Ada hasil ujian menunjukkan anda hamil padahal anda tidak atau ujian menyatakan anda tidak hamil sedangkan janin sudah pun berada di dalam rahim. Langkah terbaik, berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan jika anda khuatir dengan keputusan ujian yang diperoleh

No comments:
Post a Comment