Petua - Mukadimah Perihal Sireh
Dalam
beberapa dekad yang lalu, zaman kegemilangan Kesultanan dan Raja-Raja
Melayu masih begitu akur dan taat kepada adat resam serta budaya yang
tidak boleh dipisah. Sirih Pinang berperanan penting dalam upacara, adat
resam dan budaya semasa, masyarakat Melayu ketika itu.
Sirih
Pinang merupakan perkakasan penting dan satu kemestian dalam
perkembangan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka.
Dari
aspek perkembangan budaya, sama ada Melayu ataupun India dimana sirih
diperlugunakan memanglah sejak dahulu lagi ia menjadi satu simbol
kebudayaan dan masih menjadi satu segmen di dalam adat istiadat budaya
hingga kini. Kegunaan sirih pinang menjulad dari aspek budaya seperti
memakan sirih, perkahwinan, adat resam dan adat istiadat sehinggalah
kepada penggunaan dalam perubatan tradisional.
Seiring
dengan pemasyarakatan ini, Tepak Sirih atau Puan dan komponan adalah
merupakan khazanah yang simbolik dalam budaya Melayu, yang perlu
diwarisi hingga kegenerasi mendatang.
Tradisi
makan sirih merupakan warisan budaya silam, melebihi 3,000 tahun yang
lampau atau zaman Neolitik dan diamalkan dengan meluas di rantau Asia
Tenggara, hingga keabad kini. Pengamalnya terdiri dari pelbagai
golongan termasuk masyarakat marhaen, pembesar negara, raja serta
kalangan istana dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak.
Tradisi
ini tidak dapat dipastikan dari mana asalnya. Ianya dikatakan berasal
dari India, berdasarkan cerita-cerita sastera. Manakala jika berdasarkan
bukti linguistik, kemungkinan besar tradisi ini berasal dari kepulauan
Indonesia. Pelayar terkenal Marco Polo diabad ketiga belas telah menulis
dalam catatannya bahawa terdapat segumpal sentil atau songel tembakau
dimulut kaum India. Kenyataan ini dijelaskan juga oleh penjelajah
terdahulu daripadanya seperti Ibn Batuta dan Vasco Da Gama yang
menyatakan terdapat masyarakat di sebelah Timur memakan sirih.
Sementara
di Malaysia, tradisi ini dikatakan mungkin bermula tanpa pengaruh luar.
Masyarakat India menyatakan bahawa sirih pada mulanya bukan untuk
dimakan, tetapi adalah sebagai bahan persembahan sewaktu sembahyang di
kuil-kuil sahaja. Beberapa daun sirih akan dihidangkan bersama-sama
sebelah kelapa yang telah dibelah dua berserta dua biji pisang emas
sebagai persembahan untuk dewa.
Kini
sirih menjadi popular dikalangan masyarakat Melayu, selain dimakan oleh
masyarakat marhaen, juga sebagai simbol adat resam dan adat istiadat
Melayu yang telah menjadi suatu kepastian di dalam beberapa upacara adat
kaum tersebut. Dalam urusan nikah kahwin, perubatan tradisional dan
banyak lagi adat adalah sebagai contoh dimana sirih itu digunakan secara
beradat sekali.
Sirih
junjung dihias cantik sebagai sebahagian barang hantaran pengantin dan
juga sirih penyeri kepada pengantin perempuan. Selain itu di dalam
upacara rasmi kebesaran istana dan kerajaan juga, sirih junjung
memainkan peranan penting, dimana ianya menjadi penyeri majlis dan
mengepalai sesuatu perarakan yang diadakan.
Penggunaan sirih pinang boleh dilihat di dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.
Bagi
para petani sambil berehat selepas penat mengerjakan bendang atau
menuai padi mereka memakan sirih sambil berbual-bual. Nelayan membawa
bekal sirih pinang semasa turun ke laut untuk menangkap ikan. Di dalam
sejarah, para raja di istana memakan sirih sebagai santapan waktu rehat.
Sirih
pinang memainkan peranan penting di dalam adat istiadat Melayu
terutamanya di dalam perkahwinan, bermula dari waktu merisik,
pertunangan, menikah, bersanding dan beradu. Bagi setiap peringkat sirih
diberi nama-nama yang khusus.
Orang
Melayu terutama di zaman dahulu sangat tertib dan halus di dalam
berkomunikasi. Diantara cara menyampaikan sesuatu hajat atau maksud
ialah menggunakan sirih.
Hadiah Ibu Bapa kepada guru Al-Quran, sebagai tanda menyatakan
keikhlasan hati menyerahkan anak-anak mereka mengaji dibimbing oleh guru
tersebut.
Sirih Perangsang menyemarak semangat dan menenang hati kepada perajurit ketika berperang.
Mengundang seseorang ke majlis, tepak sirih dihulur, jika sirih dimakan ia menandakan undangan tersebut diterima.
Petua Sireh
Ari-ari Pedih
- Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu
panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu
dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan
selama tiga hari berturut-turut.
Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.
- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.
Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.
Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Bau Badan
- Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah
diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa
ketika dan bilas dengan air bersih.
Bau Mayat
- Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju
setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun
sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum
dibilas dengan air bersih.
Bayi Selsema
- Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan
lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan
melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang
Demam
- Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas
bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali
sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas
bersalin.
Demam Panas
- Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama
buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala,
lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Gatal Vagina
- Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan
sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah
membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu
yang baru lepas bersalin.
Gegata
- Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang
ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Hidung Berdarah
- Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit
dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang
berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Kencing
- Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat,
daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan
pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan
- Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk
membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan
memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah
keputihan.
- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan
cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga
pagi.
Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.
Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya
Payu Dara
- Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah
disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau
menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu
tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.
Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Pedih Perut
- Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta
makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.
Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam
rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga
sembuh.
Ruam Peluh
- Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air
rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Sakit Hati
- Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan
sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan
bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil
segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke
dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.
Sakit Jantung
- Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu
urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan
selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.
Sakit Kepala
- Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam
jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit
kepala).
Sakit Mata
- Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air
serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk
dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta
kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
Zahir Batin
- Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air
bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat,
minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan
dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat
kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.
- Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja
digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama
tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan
kenikmatan bersetubuh.
- Sirih bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh
dengan perempuan selama memakannya. Sirih tersebut hendaklah dituliskan
rajah seperti berikut; | |. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh.
- Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan
untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.
- Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam
lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.
Batuk Selsema
- Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa, ke
atas leher bahagian kerongkong dan juga batang hidung semasa selsema.
Cara ini akan menambahkan keredaan, terutamanya untuk anak kecil.
Bengkak Gusi
- Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air bersih serta
masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih. Minum airnya
apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.
Bisul - Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Bulu Ketiak
- Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga
kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan
menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya.
Buntut Kawah
- Lumurkan kapur sirih di buntut kawah atau periuk sebelum digunakan
untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.
Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan selepas digunakan.
Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.
Dakwat
- Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih,
sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan
perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga
kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih
mudah.
Getah Pisang
- Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur sirih ke atasnya
dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Gigitan Serangga
- Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air,
buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang digigit serangga
dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan menghilangkan bengkak.
Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.
Hanyir Ikan
- Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam mangkuk yang berisi
air, rendamkan ikan selama sepuluh atau limabelas minit sebelum dibilas
bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.
Ketiak Hitam
- Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada
ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan
kehitaman akan pudar.
Kurap
- Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih.
Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.
Kutil
- Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit belerang
dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta tepekkan ke
atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan sendiri.
Kedut Rambut
- Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan 20 titik
minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan.
Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas
bersalin selama dua minggu berturut-turut.
Pancing Cicak
- Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan siling rumah.
Gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil, cacakkan di hujung
lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan perlahan-lahan ke arah
hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar biarkan beberapa ketika,
cicak akan jatuh dan mati.
Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.
Perut Gendut
- Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau
sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan
dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas
bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi
kempis.
Perut Lembu
- Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan
kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan
beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Selsema
- Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang
telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu
dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan
penyaring sebelum diminum.
Sengal Sendi - Daun kecubung dan kapur sirih digiling lumat. Pepeskan tempat bahagian anggota yang bengkak atau sendi yang sakit.
Tapal Perut
- Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat (minyak
digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin). Lumurkan
sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut akan menjadi
kecut.
Ulu Hati
- Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al-kauthar tiga atau tujuh
kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih pada keratannya.
Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah dada.
Zahir Batin
- Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati santan kelapa,
masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan minum tiga pagi.
Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki.
-
Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang
tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut;
|| dengan
tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut. Selama memakan
ubat tersebut jangan bersetubuh dengan lelaki. Menyempitkan alat
kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat.
Barah Rahim -
Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur
susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan
pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut
ke rahim memalui lubang faraj.
Bengkak Gusi
- Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan
yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak
akan pulih dengan segera.
Kurap -
Campurkan satu camca gambir dengan empat camca pati santan tua dan
sapukan pada kurap, untuk beberapa hari berturut-turut. Penyakit itu
akan sembuh.
Gatal Keladi - Untuk mengelakkan gatal keladi, masukkan beberapa kacipan pinang ke dalam rebusan atau masakan.
Gigi Kuat - Mengunyah secebis kacipan pinang akan menambah kuat lagi gigi, selain dari amalan mengosoknya sebelum masuk tidur.
Jeragat
- Buah pinang masak dikupas kulitnya dan dikacip isinya. Sapukan
kacipan pinang tersebut pada kulit muka yang bertompok-tompok hitam.
Lakukan dua kali sehari sehingga betul-betul pulih.
Karat Gigi
- Sebiji pinang tua dikeringkan dan kacip halus. Goreng sangan (tanpa
minyak) hingga hangus. Gunakan serbuk pinang tersebut untuk menggosok
gigi dengan jari telunjuk semasa menggosok, hasilnya karat akan hilang
dan gigi akan bertambah putih.
Kembung dan Senak Perut - Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan cucur atap dan bedakkan pada perut.
Kurus Badan - Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.
Kurus Badan - Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.
Mabuk - Pinang muda dikunyah bagi menghilangkan rasa mual dan mengelakkan muntah.
Minda - Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang.
Penyakit Kuning
- Ambil tujuh biji buah pinang masak yang telah luruh dari pohannya dan
kupas kulit. Kacipkan isinya nipis-nipis dan jemurkan hingga kering.
Gorangkan kacipan tersebut dengan minyak masak hingga kehitaman dan
tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil satu sudu teh dan
campurkan ke dalam air pansa, minum dua kali sehari hingga sembuh.
Sawan
- Daun pandan yang kering dipohonnya, bakar dan ambil abunya serta
campurkan dengan air pinang. Sapukan keseluruh badan sebagai bedak.
Zahir Batin
- Telur ayam tiga biji ambil kuningnya, lada sulah tujuh biji, bawang
merah sebiji, bawang putih seulas, mayang pinang sedikit, gaharu
dikikiskan sedikit, digiling halus dan dicampurkan ramuan tersebut
dengan kuning telur ke dalam mangkuk putih yang telah dituliskan rajah
ini ||di dalamnya sebelum diminum. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki.
-
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat
dan gaulkan dengan minyak lenga (minyak bijan) dan kukuskan. Ramuan
tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia mengurangkan air pada
alat kelamin wanita, nescaya bertambah nikmat.
Pacat Lintah
- Bawalah sedikit tembakau apabila saudara ke dalam hutan atau sawah.
Sekiranya anda digigit pacat atau lintah ambil sedikit tembakau dan
celupkan kedalam air, serta perah dan titikkan airnya ke atas gigitan
pacat atau lintah yang melekat itu. Untuk beberapa ketika pacat atau
lintah akan tanggal dengan sendirinya dari kulit.
Tahan Darah
- Lembabkan segumpal tembakau ke dalam air bersih, dan tepekkan ke atas
luka yang sederhana serta balutkan dengan kain bersih. Biarkan dan
jangan gerakkan bahagian yang mengalami luka. Darah akan terhenti dengan
sendirinya.
Bingung - Minum air rebusan limau nipis dan bunga cengkih setiap pagi.
Gigi Lubang
- Giling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke
dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja,
kesakitan akan reda.
Masalah Haid
- Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan
sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak
dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah
haid berhenti.
- Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih
dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah
dingin ketika tiba masa haid.
- Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam,
bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut
sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya.
Amalkan dua atau tiga kali seminggu.
Medu/Gastrik - Amalkan minum air rebusan yang dicampur dengan bunga cengkih.
Menguatkan Hati - Amalkan minum susu lembu asli yang telah dimasak dengan campuran bunga cengkih dan madu lebah asli.
Mual dan Pening - Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit kemenyan putih.
Muntah-muntah - Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula.
Nafas - Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum.
- Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tigahari sekali.
- Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.
kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tigahari sekali.
Peti Sejuk - Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.
Radang Hati
- Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli.
Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.
Sakit Gigi
- Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam
gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang
lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih.
Selsema
- Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah
dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalah 1liter air. Minum
air rebusan tersebut ketika masih suam.
Sembelit
- Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling
halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum
sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan
telur ayam.
Semut
- Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula
bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
Zahir Batin
- Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu
dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika
sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta
mempercepatkan inzal wanita.
-
Buah pala, bunga cengkih dan daun kertau ditumbuk lumat. Sapukan pada
alat kelamin lelaki sebelum bersetubuh, ia menjadi bertambah kuat.
No comments:
Post a Comment