nuffnang

LIKE ME

Tuesday 31 July 2012

6 Tabiat Buruk Merosakkan Kecantikan


merosakkan
“Sudah pelbagai jenis pencuci muka, krim dan macammacam lagi produk yang telah dibeli namun kulit tetap bermasalah. Bosan! Bosan! Bosan!” keluh Sofea setiap hari. Mungkin ramai yang senasib dengan gadis ini. Harus diingatkan menjaga kecantikan bukan hanya bergantung pada produk yang dipakai semata-mata. Malah sesetengah tabiat seharian kamu juga boleh memberi kesan buruk pada kulit termasuklah berjerawat, kusam dan kering serta tidak bermaya. Jadi jom semak tabiat buruk yang merosakkan kecantikan.

1. Tidur tidak tentu masa
Paling penting kamu harus memastikan masa tidur kamu teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur akan memberi kesan pada bawah mata. Secara tidak langsung membuatkan kulit kamu tidak bermaya dan kusam.

2. Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa kamu sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi pastikan kamu membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.

3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan. Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah kamu akan kekal sihat dan cergas.

4. Kerap mengerutkan mata
Ada di antara kamu yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kamu cepat berkerut dan kelihatan tua.

5. Malas menggantikan sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria.

6. Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen
Dari satu produk ke satu produk kamu telah gunakan. Malah kamu menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan temanteman ataupun iklan iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.

4 Tip Kecilkan Pori Wajah

Berikut adalah tip untuk mengecilkan pori-pori wajah secara efektif: 
pori-pori

1. Cari penyebab utama ukuran pori-pori semakin membesar. Genetik memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan ukuran pori-pori. Bukan itu sahaja, minyak pada kulit secara natural juga antara yang menentukan ukuran pori-pori. Tubuh menghasilkan sebum (minyak kulit) secara semula jadi untuk mencegah kulit daripada kekeringan.

Jika kamu memiliki kulit yang sangat berminyak, kotoran akan mudah menempel dan mengendap dalam pori-pori sehingga membuatkan pori-pori semakin membengkak dan meregang. Setelah tahu puncanya, lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

2. Gunakan topical retinoid solution untuk merawat kulit wajah. Ia akan membantu melarutkan bakteria pada kulit dan meminimumkan kerosakan akibat jerawat dan matahari.

3. Jaga pori-pori agar sentiasa bersih. Gunakan pembersih kulit wajah setiap hari dan setiap kali setelah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali untuk menghilangkan lapisan kulit mati. Produk pengelupasan harus digunakan sesekali sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit kering sehingga mengeluarkan lebih banyak minyak.

4. Gunakan pelembap wajah yang tidak menyumbatkan pori-pori. Hindari pelembap yang mengandungi minyak dan mulailah menggunakan pelembap non-comedogenic.

Monday 30 July 2012

TIPS SOLEKAN AIDILFITRI 2012

Semua wanita dilahirkan cantik.Bezanyacuma bagaimana wanita itu sendiri mencantikkan wajah dengan cara penggunaan kosmetik yang sesuai dengan warna dan bentuk wajah.Warna kulit adalah faktor penting dalam pemilihan warna dan jenis kosmetik yang sesuai.Jangan risau,disini saya ada meneyediakan sedikit asas solekan yang boleh membantu anda dia AIDILFITRI nanti..


KULIT WAJAH


BEDAK ASAS: ia merupakan asas kepada solekan wajah.Ramai yang telah melakukan kesilapan iaitu menyapu bedak asas menggunakan jari.Salah satu kesan buruk menggunakan jari ialah ia boleh menyebabkan bedak asas tercemar dan berubah warna.Jadi ,gunakan span khusus untuk solekan ketika menyapukannya keseluruh wajah termasuk leher anda.

MATA


Pastikan anda menggunakan gel alis. Ia sebenarnya membantu merapikan lagi gel alis anda.Selain bertujuan menutup kesan parut jerawat,gunakan penyamar noda untuk menyembunyikan kedutan dan garis-garis halus disekitar mata.Untuk mewujudkan kesan menarik pada mata,gunakan tiga jenis warna pada kelopak mata anda.Jika solekan waktu siang,gunakan warna yang cerah atau lembut manakala pilihlah warna yang lebih gelap dimalam hari.Pilih dua warna pembayang mata yang lebih gelap berbanding yang pertama.Oleskan pada lipatan tulang alis mata.Jangan lupa sapukan penggaris mata dan amskara bagi menjadikan mata kelihatan lebih sempurna.bagi kesan yang lebih dramatik,gunakanlah bulu mata palsu bagi yang arif.

BIBIR


Lipstik berfungsi memberikan warna pada bibir agar kelihatan lebih segar dan merona.Namun,ia harus disesuaikan dengan bentuk bibir masing-masing.Jika bibir agak tebal,gariskan pensil bibir didalam garisan bibir manakala jika bibir anda nipis,garikannya diluar garisan.Di sini ada beberapa tips bagi memastikan lipstik yang dipakai sempurna.
*sapukan bedak pada bibir
*gunakan pensil bibir yang warnanya lebih gelap dari lipstik.
*Gunakan berus khas bagi sapuan yang lebih rata.
*Kepitkan kedua-dua bibir anda pada tisu supaya warna lipstik yang dipakai tidak terlalu terang.
*Gunakan pengilat bibir untuk kesan yang lebih menyegarkan
*Cara terbaik mencari warna yang sesuai bukan lipstik kegemaran anda dioles pada pergelangan tangan tetapi gunakan hujung jari anda.

PIPI


Pemilihan pemerah pipi bergantung kepada jenis dan warna kulit.Bagi wanita berkulit putih,gunakan warna merah jambu atau senada untuk menjadikan wajah lebih segar.Bagi yang berkulit sawo matang,warna seperti coklat muda,oren atau perang sangat sesuai untuk anda kelihatan lebih eksotik.

KENAKAN PEMERAH PIPI MENGIKUT BENTUK WAJAH


**BUJUR:Sapukan pemerah pipi pada tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung.Tambahkan sedikit pemerah pipi diatas tulang hidung untuk tampak lebih glamour

**BULAT: Untuk wajah kelihatan lebih bujur,gunakan teknik shading pada bahagian rahang menggunakan pemerah pipi sedikit gelap darpada warna kulit.kemudian dengan menggunakan warna yang lebih terang,sapukan pemerah pipi pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.

**LONJONG: Menggunakan pemerah pipi berwarna lebih terang agar perhatian tertumpu pada pipi dan mampu menutup wajah yang memanjang.Gunakan tepat pada tulang pipi dengan gerakkan mendatar.

**BERSEGI: Sapukan pemerah pipi dengan warna lebih gelap dari dagu hingga telinga untuk menyamarkan potongan rahang.

**HATI: Menggunakan warna pemerah pipi yang lebih gelap,sapukan pada sekitar dagu dan bawaah rahang.Untuk kesan lebih cerah pula,sapukan pewarna sedikit gelap dan sapukan bahagian sekitar pewarna pipi warna perang dan tulang pipi ke arah telinga.

RAHSIA SI PEMERAH PIPI

* Jangan sapukan pemerah pipi terlalu rendah dari bahagian tulang pipi dan penghujung hidung.
*Penggunaan pemerah pipi secara berlebihan akan menyebabkan keaslian wajah hilang
* Jangan sapu melebihi atau terlalu dekat dengan bahagian tengah muka atau sudut sisi mata.
*Gunakan warna-warna lembut seperti merah jambu,oren muda pada siang hari.Warna pekat pula untuk solekan pada waktu malam.
*Sebaik-baiknya pilih dua warna berbeza(cerah dan gelap) untuk memberi bayang atau ton warna pada tulang pipi
*Teknik sapuan yang rata mampu menyerlahkan kecantikkan dan keanggunan anda


SELAMAT MENCUBA......

Saturday 28 July 2012

ANGGOTA BADAN-CARA PENJAGAAN

Setiap anggota badan mempunyai fungsinya tersendiri.Namun sejauh mana kita menjaga kebersihan dan kesihatan anggota badan anda? Bersih dan sihat adalah dua gabungan penting dalam kehidupan.Kebersihan diri perlu dijaga rapi bagi menghindari kuman yang boleh mendatangkan penyakit dan jangkitan berbahaya....

KULIT

Penampilan menarik sememangnya impian semua.Namun,perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah berkaitan kulit.Tidak kira kulit wajah ataupun badan.Penjagaan dan rawatan yang betul amat diperlukan.
** Oren mampu meningkatkan kekebalan sistem tubuh.Tetapi apakah anda tahu buah oren juga mampu memberi kesan positif pada kulit kerana ia kaya dengan vitamin C.Vitaamin C merupakan bahan asas dalam banyak krim penjagaan kulit yang mahal.ia juga merupakan "antioksidan kuat" atau zat yang membantu mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh ''radikal bebas''.

KUKU KAKI&TANGAN

Keadaan kuku anda memberi gambaran sejauh mana anda menjaga kebersihan.Ada beberapa panduan untuk mendapatkan kuku yang sihat.Antaranya ialah:
*Ambil makanan sihat
Makan makanan seperti mentimun,bawang putih,kekacang,bawang besar,asparagus,hati dan salmon.
*jangan gigit kuku
* Tabiat mengigit kuku boleh menyebabkan kuku rosak dan pecah.Ia akan bertambah buruk kepada mereka yang mempunyai masalah kencing manis yang boleh menyebabkan jangkitan paa kuku.
*Jangan gunakan kuku untuk mencungkil benda keras.
*Makan dan amalkan vitamin serti vitamin A,B,C,D dan E kerana ia baik untuk kuku.

MULUT

Mulut dan gigi yang bersih memberi dayaa penarik kepada aanda.Menjaga kebersihan mulut sekaligus menjadikan gigi anda sihat.Mulut dan gigi yang sihat turut membantu badan cergas dan sihat.
*Gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari
*Amalkan berkumur selepas makan
*Berkumur dengan cecair khas
*Kurangkan minuman sejuk yang melampau
Tukar berus gigi setiap 3 hingga empat bulan.Semakin lama ia digunakan semakin banyak bakteria yang melekat.
Berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan.

RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita.Namun ia juga mahkota bagi kaum lelaki.Ikuti beberapa kaedah ringkas yang boleh diamalkan bagi mendapatkan hasil yang maksimum
*Gunakan perapi selepas bersyampu untuk kelembapan rambut
*Pilih perapi yang mengandungi (marine@hydrolyzedwheat), keratin dan sutera
*Jangan keringkan rambut dengan mengosok-gosok pada tuala kerana ia akan menjaddikan kutikel rambut kasar
*Rambut kurang menyerap klorin dan air masin jika rambut dibasahkan dengan air biasa terlebih dahulu sebelum berenang
*Jangan ikat rambut terlalu kuat
kurangkan pemakaian mousse

MATA

Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar,bakteria,udara kering,angin dan alat solek,Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan alahan dan kecederaan.Anda perlu:
*Membaca pada jarak 33 hingga 40cm
*jangan memandang skrin secara berterusan.Alihkan pandangan ke objek lain 10 saat bagi 10 minit.
*Tukar posisi bekerja sekurang-kurangnya dua jam sekali untuk merehatkan mata anda
*Cahaya mencukupi ketika membaca
*Jangan memandang tepat ke arah matahari
*Gunakan pelindung sekiranya panas terik.

TELINGA

Tidak perlu terlalu kerap membersihkan telinga,kerana ia boleh menimbulkan iritasi telinga di bahagian dalam yang menyebabkan gangguan pendengaran seseorang.Ia bergantung dengan kotoran,jika kotoronnya padat sebaiknya dibersihkan dibahagian luar sahaja.Namun usah bersihkan bahagian dalamnya terlalu kerap.Ini kerna kotoran tersebut akan keluar dengan sendiri

HIDUNG

Bersihkan hidung anda setiap kali anda mandi.Anda tentu tidak mahu adaa yang terlihat 'khazanah' anda yang mampu meloyakan sesiapa yang memandang bukan? bagi yang mempunyai bulu hidung yang panjang,passtikan ia dipotong rapi.





Ayuh Kenali Diri dengan RAMBUT anda

Kita dilahirkan dengan berbagai latar keturunan dan gaya kehidupan...jom kita lihat dan kenali gaya anda melalui rekabentuk rambut anda..

*RAMBUT LURUS: Jika anda memiliki rambut jenis ini,maka anda seorang yang bebas dan selalu mengikut keinginan sendiri.Anda sukar untuk berkompromi.Cerewet dalam soal memilih apa saja.

*RAMBUT HALUS ala baby: Seseorang yang produktif dan banyak idea-idea kreatif.Yang tidak baiknya,anda mudah berputus asa.

*RAMBUT SISIR TEPI:Mempunyai peribadi yang rasional.mudah terpengaruh,harus berhati-hati

*RAMBUT KEMAS(DIDANDAN RAPI): Berfikiran positif dalam segenap hal.Bertanggungjawab tetapi agak konservatif.

*RAMBUT KERINTING: Keras kepala tetapi tegas ketika membuat keputusan.Walaupun begitu,anda mudah terpengaruh dengan emosi yang tidak stabil.

*RAMBUT HITAM BERKILAU:Suka belajar perkara baru dan memiliki wawsan yang luas.Tetapi agak posetif dalam soal percintaan.

*RAMBUT SISIR BELAKANG: Keras kepala tetapi setia.Kuat mengeluh terutamanya jika berlaku sesuatu diluar keinginannya.

*RAMBUT JARANG(PADA BAHAGIAN DAHI): Suka mementingkan diri sendiri tetapi mtang dalam membuat keputusan

*RAMBUT IKAL: Seseorang yang bijak tetapi ada masanya mudah dipengaruhi.Lebih senang bersendirian.

*RAMBUT JAGUNG(TIPIS DAN JARANG): Keras kepala dan boros.Mudah merasa bosan tetapi bijak mengawal emosi.

*RAMBUT SEDIKIT KERAS: Keperibadian yang tegas,berani dan pantang menyerah.Agak kolot.

*RAMBUT PANJANG: Menghargai perhubungan yang dijalinkan dengan sesiapa sahaja,baik keluarga mahupun teman-teman.Nampak lembut,tetapi keras hati.Sensitif dan mudah didekati.

*RAMBUT PERANG:Memiliki bakat unik dalam bidang tertentu.Sangat kreatif tetapi agak sombong.

*RAMBUT LEBAT DAN SUBUR:Bijak berkomunikasi dan pantas berfikir

*RAMBUT HITAM PEKAT: Mudah disenangi orang.Mempunyai daya penarik tetapi sukar membuat penilaian mengenai orang lain.

* RAMBUT HITAM PUDAR(BERCAMPUR RAMBUT PERANG): Peribadi tulus tetapi pemikiran mudah berubah.Terlalu mempercayai orang disekelilingnya sehingga ramai yang suka mengambil kesempatan.

*RAMBUT DIWARNAKAN(SERING BERUBAH WARNA): Suka mencuba perkara baru dan dinamik.Mempunyai ketegasan luar biasa..

Cantik selepas berpantang: Bagaimana caranya?

Fitrah setiap wanita ,mereka sukakan kecantikan.Penting untuk setiap wanita menjaga kecantikan mereka terutama slepas bersalin.Bagaimana cara terbaik untuk melakukannya?

PENJAGAAN DALAMAN
*Ketika dalam pantang,seorang wanita itu tidak boleh mengambil makanan yang sejuk dan berais
*Amalkan jamu atau herba(secara terkawal) untuk memperbaiki dan menyembuhkan luka-luka dalaman ketika melahirkan anak.

PENJAGAAN LUARAN
*Bertungku untuk memecahkan darah yang membeku.Kemudian,sapuan param adalah penting bagi melicinkan kulit dan mengembalikan tona kulit(yang gelap)semasa mengandung dahulu.Pemakaian pilis pula penting bagi mengelakkan sakit kepala dan angin masuk dalam badan.
*Mengurut adalah diharuskanuntuk memperbetulkan kembali urat-urat yang bersimpul.Rawatan ini harus disertakan bersama mandian herba untuk menyegarkan tubuh dan memperbaiki sistem dalaman tubuh.

PETUA LAMA JADI AMALAN
 Petua lama tidak wajar dipandang ringan.Sebenarnya ia adalah cara terbaik untuk mencapai kecantiakn alami. Berikut adalah antara petua menarik yang boleh anda cuba.

**bagi yang mengalami kulit berminyak: amalkan putih telur dan dicampurkan dengan jus limau purut(sekali dengan serat) bersama sedikit yogurt(susu masam),jadikan pupur muka.
**untuk rambut cantik dan kulit kepala sihat,gosokkan limau purut.Biarkan seketika sebelum dibersihkan.masalah kelemumur dapat diatasi.Rambut akan jadi sihat dan berbau harum.Jika anda mahukan rambut yang lembut ,sapu santan segar dan bilas dengan sempurna.

**untuk kulit badan,anda akan dapat banyak khasiatnya dengan campuran lulur ini.
Beras+kunyit hidup+yogurt=Lulur untuk khasiat 3 dalam 1
info: tugas beras adalah sebagai 'penyental'.Sel-sel mati dapat ditanggalkan.Penggunaan kunyit pula bertujuan untuk memudarkan parut yang ada pada kulit.Yogurt pula bertindak untuk menggebukan kulit .

Asam keping+sedikit garam bukit+maanjakani+daun sirih= Air basuhan untuk menghindarkan bau busuk.ia juga dapat mengatasi masalah keputihan jika wapnya dijadikan tangas.Jika diamalkan selepas bersalin,ia baik untuk kesihatan rahim.Untuk menghilangkan bekas lebam(kehitaman)pada bahagian ini,campurkan air basuhan ini bersama sedikit daun inai..

Cantik dengan mandi bunga dan berurut.

Mandi bunga adalah  baik buat wanita selepas berpantang ataupun wanita yang mahu berkahwin.Ia bertujuan mengembalikan kesegaran seseorang wanita.wanita baru melahirkan sebagai contohnya mudah berasa tertekan.

Dengan mengamalkan mandi bunga,ini dapat memperbaiki semula sistem dalam tubuh.Selepas melalui proses perawatan secara tradisional ketika pantang 44 hari,mandi bunga adalah pengakhirannya..ia bertujuan untuk membangkitkan seri seorang ibu.

Berurut pula bertujuan untuk memperbetulkan ketegangan urat.Ia juga dapat melancarkan aliran darah dan meredakan simpulan pada otot yang mengakibatkaan rasa lenguh.

Info~info cantik 2

Rahsia pemerah pipi

pemerah pipi atau blusher yang disapu rata pada tulang pipi mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang wanita.Jika memakai pemerah pipi,jangan terlalu terang sehingga wajah kelihatan seperti badut.Mengaplikasikan pemerah pipi yang betul akan lebih mencantikkan wajah dan anda akan kelihatan cantik semulajadi.Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan,beberapa tip berikut dapat membantu anda.

Semasa menyapu pemerah pipi,ia tidak boleh dioles terlalu rendah dari bahagian tulang pipi dan penghujung hidung.Sapuannya jangan melebihi bahagian pelipis hingga sekitar telinga dan sisi dahi.

Sapuan pemerah pipi berlebihan akan menyebabkan wajah anda hilang keasliannya.Sapuan hendaklah pada sekitar tulang pipi sahaja dan tidak melebihi atau terlalu dekat dengan bahagian tengah muka atau sudut sisi mata.

Warna-warna pekat adalah sesuai untuk solekan mala.Jangan gunakan ketika siaang hari.sebaliknya pilihlah warna-warna lembut  seperti merah jambu dan oren muda untuk ke majlis disiang hari.

Warna-warna merah hangat lebih sesuai untuk kulit jenis kuning langsat.bagi anda yang berkulit gelap,jangan cuba-cuba berani menggunakan warna ini.Oren muda dan merah ros lebih sesuai untuk yang berkulit pucat.

Eyeliner Serlahkan Solekan Mata
Penggunaan penggaris mata atau ' eyeliner'memang memainkan peranan penting untuk mendapatkan mata yang cantik daan bundar.Walaubagaimanapun,amat penting untuk mengetahui tentang beberapa tip atas sebelum memilih eyeliner yang sesuai.Tip berikut membantu anda mendapatkan solekan mata yang memukau.


Jenis /warna kulit: Cerah
Warna sesuai: semua jenis warna

jenis/warna kulit: sawo matang atau kuning langsat
warna sesuai:Coklat dan hitam

jenis/warna kulit:Gelap
warna sesuai : hitam

jenis/bentuk mata: bulat
Cara penggunaan: Sapuan eyeliner yang nipis termasuk dibawah mata

jenis/bentuk mata: Sepet dan sederhana
cara penggunaan: sapuan eyeliner hitam atau coklat dengan kadar agak tebal.

INFO~INFO CANTIK

Kuasa krim Malam

Ramai di antara kita yang tahu akan kepentingan mencuci wajah,memakai penyegar dan pelembap muka demi memastikan kulit wajah sentiasa sihat dan cantik.Tapi ,tahukah anda bahawa krim malam untuk wajah juga adalah antara produk wajib regim penjagaan wajah seharian anda? secara asasnya,krim malam berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat.krim malam yang bersesuaian dengan kulit perlu digunakan sekiranya anda mahu kulit wajah anda lebih daripada sekadat sihat dan cantik.semakin meningkat usia,kadar kelembapan kulit kian berkurangan,kulit menjadi semakin kering dengan garis-garis halus mulai kelihatan.pelembap wajah untuk kegunaan siang hari berbeza daripada pelembap wajah yang anda guna sebelum tidur.

Skrub Atasi Kulit Kusam

Wajah tidak cukup hanya dibersihkan dengan susu pembersih atau mencuci muka setiap pagi dan malam hari saja.secara rutin kita juga harus'mengangkat' sel-sel kulit mati dari wajah terutama didaerah zon T supaya liang-liang roma tersumbat sehingga akhirnya menyebabkan jerawat.Cuba lakukan skrub pada wajah sebulan sekali agar kulit wajah tidak kelihatan kusam.Elakkan daripada melakukan skrub pada wajah ketika wajah ditumbuhi jerawat kerana ia akan memburukkaan lagi keadaan.Skrub bukan hanya pada wajah sahaja tetapi juga dibahagian leher yang seringkali diabaikan.

Mengapa perlu pakai pupur muka?

Pupur atau masker wajah berguna untuk menegangkan kulit,mengelupaskan bekas jerawat dan mencegah garis-garis penuaan pada wajah.Pemakaian masker wajah seharusnya dilakukan seminggu sekal untuk mencerahkan dan menyihatkan kulit wajah.Oleh itu rajin-rajinlah melakukan skrub dan memaki masker pada wajah agar wajah kelihatan bersih dan mulus

Air Mineral Bantu Solekan Tahan Lama

Untuk mendapatkan solekan yang lebih tahan lama,pemilihan bedak asas yang tepat amat penting agar kemasan solekan yang diperolehi memuaskan hati.Walau bagaimanapun,untuk mendapatkaan kesan solekan yang lebih segar selain tahan lama,cucilah wajah anda dengan air mineral kemudian barulah mulakan dengan sapuan bedak asas dan langkah seterusnya..

KAWAL MAKAN UNTUK KESIHATAN LEBIH BAIK

Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan antara tahun 2000-2003 mendapati ramai golongan muda berusia di bawah 29 tahun dimasukkan ke hospital kerana penyakit jantung dan strok.Kajian itu juga mendapaati seramai 420,000 orang mengalami masalah obesiti,1.5 juta berlebihan berat badan dan 8.4 juta mengamalkan gaya hidup passif.Kemungkinan juga ada yang langsung tidak pernah bersenam!!

Masalah ini akan tambah meruncing jika kita masih meneruskan gaya kehidupan moden masa kini.Ada banyak penemuan lain dalam kajian berkenaan,tetapi intipati yang penting ialah semua masalah itu berpunca daripada makanan dan kegemukan.

Apabila gemuk,pergerakan dan aktiviti fizikal menjadi perlahan,menyebabkan banyak penyakit mudah bersarang.

Ramai pakar diet dan pengamal perubatan percaya,berpuasa secara umumnya cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengurangkan berat badan.

MAKANAN BERMINYAK MUSUH KESIHATAN.
Makanan berminyak mengandungi banyak lemak dan kolestrol.Ia sering menjadi penyebab kepada bermacam-macam penyakit,seperti penyakit jantung dan strok.Tabiat membeli makanan bergoreng yang lazimnya dijual dipinggir jalan memang sangat berisiko.Makanan gorengan umumnya dimasak dengan minyak goreng hasil pengulangan dalam suhu tinggi dan dalam jangka waktu lama(deep frying).Makanan jenis inilah yang sesungguhnya menyebabkan peratusan tertinggi terhadap penambahan asid lemak trans.Asid lemak jenis ini menjadi salah satu penyebab meningkatnya penyakit akibat penyumbatan pembuluh darah,iaitu salah satunya penyakit jantung koroner.


BERIKUT ADALAH CONTOH MAKANAN BERGORENG YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL BERLEBIHAN.

Burger Daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen.Ia membekalkan protein,zat besi,vitamin B12.Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam Goreng
Kaya dengan lemak(hampir 60% kalori diperoleh dari lemak).Banyak garam.Ia membekalkan protein,niasin dan vitamin B6.Bahan yang menyalutinya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang Goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C.Terlalu banyak lemak dan garam.Warna keemasannya adalah tiruan.

Kulat di Kuku Kaki

kulat kaki 

Wajah bukan main cantik lagi dan badan bukan main wangi lagi, namun yang menjadi masalahnya ialah kuku kaki berkulat. Jangan pandang remeh dengan masalah ini. Biarpun ia berada di bahagian kaki dan kurang menjadi perhatian orang untuk melihatnya, ia tetap perlu dijaga serta diberi perhatian secara total. Jadi, jom semak apakah punca dan tanda kuku berkulat agar kamu boleh mengelakkannya daripada berlaku.

Faktor Kuku Berkulat
1. Kulat memasuki kulit yang luka atau bukaan antara kuku dan lantai kuku. Ia akan menimbulkan masalah apabila kuku kaki sering terdedah pada keadaan panas dan lembap secara berterusan.
2. Memakai kasut dan stoking tanpa pengudaraan yang baik.
3. Keadaan kaki yang cepat berpeluh menggalakkan lagi pertumbuhan kulat berlaku.
4. Keadaan kaki yang sensitif.
5. Sejarah ahli keluarga yang pernah dijangkiti kulat pada kuku.
6. Tidak memberi perhatian terhadap penjagaan kuku kaki yang sempurna.

Tanda Kuku Berkulat
1. Kuku kaki mula menjadi rapuh dan kasar sehingga hilang bentuk asalnya.
2. Warna kuku bertukar menjadi kekuningan sehingga kehitaman (ini terjadi disebabkan pengumpulan sisa kotoran di bawah kuku).
3. Kulit di sekeliling kuku yang dijangkiti kulat akan terkopek dan mengelupas.
4. Mengeluarkan bau busuk (hanyir).
5. Berasa pedih dan sakit pada kawasan kulit yang merekah dan luka.

Thursday 26 July 2012

Jaga adab Ramadan tingkat takwa

LATIHAN dan pendidikan yang ada pada Ramadan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adabnya dijaga dan dipelihara. Antara adab itu ialah: 

Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya



Nabi SAW bersabda: “Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari) Zaid bin Thabit pula menceritakan, “Kami pernah bersahur bersama Nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Kemudian Zaid bin Thabit disoal: Berapa lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan sahur dan solat Subuh)? Berkata Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari) 



Bersikap dermawan. 

Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan: “Rasulullah orang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Bertadarus al-Quran secara konsisten. 
Abdullah Abbas melaporkan: “Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran dan Rasulullah lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada angin yang berhembus.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Melaksanakan solat Tarawih. 

Nabi Muhammad SAW berkata: “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT, maka diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Abu Salamah bin Abdur Rahman meriwayatkannya, sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: “Bagaimana solat malam Rasulullah pada Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah tidak pernah melakukan solat malam lebih daripada sebelas rakaat, baik pada bulan Ramadan atau pada bulan yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan. 

Aisyah berkata: “Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan sehinggalah Baginda wafat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Mengawal nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah. 

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah SWT tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum.” (Hadis riwayat Bukhari) 


INFO 
Adab Ramadan
 

  • Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya. 
  • Bersikap dermawan. 
  • Bertadarus al-Quran secara konsisten. 
  • Melaksanakan solat Tarawih. 
  • Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan. 
  • Mengawal nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah.

Tuesday 24 July 2012

5 jenis buah MUSUH pesakit diabetes

Ketika perut berasa lapar,ramai yang mengunyah kerepek,coklat ataupun kuih-muih yang manis.Jangan terlalu manjakan lidah ,sebaliknya perhatikan apa yang anda makan.Untuk kekal sihat,gantikanlah hidangan buah-buahan segar.

Meskipun buah-buahan kaya dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu mengekalkan kesihatan pada tubuh..sayangnya masih ada segelintir orang yang tidak boleh makan buah-buahan sesuka hati mereka.ini kerana,selain kaya dengan vitamin dan mineral,buah juga kaya dengan gula semula jadinya.

Ikuti beberapa jenis buah-buahan menjadi musuh ketat penghidap diabetes:

    +  
Melon dan tembikai
Kedua-dua jenis tembikai mengandungi air yang cukup banyak sehingga baik untuk mengatasi masaslah dedihidrasi.Sayangnya kandunagn gula didalam kedua-dua buah ini cukup tinggi.
Indeks glikemik mencapai antara 65-100 % ,sehingga ia menjadi buah yang paling perlu dihindari oleh penghidap diabetes,ataupun bagi mereka yang memiliki sejarah keluarga penghidap diabetes.

Nanas 
Buah ini cukup unik dan paling penting,ia kaya dengan vitamin dan mineral.Selain itu,buah nanas juga rendah lemak sehingga dikatakan baik untuk menurunkan kolesterol.Buah ini juga mengandungi bromelain,iaitu sejenis enzim yang dapat mengurangi peradangan dan pembengkakan.Namun buah nenas yang masak mengandungi gula yang cukup tinggi.Penghidap diabetes sebaiknya tidak mengambil buah ini secara berlebihan.

  +  

Mangga dan betik
tentunya buah ini antara kegemaran anda.meski rasanya tidak semanis nanas,namun buah mangga dan betik selamat jika dimakan sekali sahaja.untuk menggantikan kedua-duanya,anda boleh cuba makan pisang.Walaupun pisang juga mengandungi kandungan gula yang cukup tinggi(indeks glikemik mencapai 55 peratus)tetapi pisang merupakan sumber tenaga yang amat baik..

5 amalan permakanan sepanjang Ramadan

Namun ,apabila tiba waktunya untuk berpuasa,ramai yang mengeluh tidak berdaya,menderita sakit dan bermacam-macam alasan lagi.Justeru,bagi melancarkan lagi perjalanan ibadah yang wajib ini. Anda perlu sentiasa menjaga kesihatan diri supaya tubuh tetap cergas dan bermaya.Ikuti 5 tip  untuk kekal sihat dikala puasa:


  • Ketika bersahur ,banyakkan makan makanan berserat dan bergizi tinggi.Jangan lupa minum banyak air putih
  • setelah makan,usahakan agar tidak sambung tidur semula.ini kerana tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan yang telah masuk ke dalam tubuh
  • Tiba waktu berbuka ,sebaliknya elakkan daripada minum minuman sejuk atau berais.Hal ini boleh menyebabkan perut anda kembung. Pilihlah minuman yang panas dan makan beberapa biji kurma.Sebaliknya minumlah air putih.
  • Berehat seketika dahulu sebelum mula menikmati hidangan yang lebih berat.bagi memenuhi keperluan rehat ini,anda boleh terus bersolat Maghrib dahulu setelah berbuka dengan hidangan kecil
  • Sepanjang waktu berpuasa(ketika hari siang) cubalah usahakan memakan makanan yang tidak meninggalkan bau pada mulut.Berkumur-kumurlah dengan cairan antiseptik sejurus selepas memberus gigi dan amalkan setiap kali selepas bersahur dan berbuka puasa.Biasanya ketika berpuasa,metabolisme tubuh kita akan berubah.Jadi,anda perlu lebih peka untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang baik. Ini bagi memudahkan anda menjalani ibadah puasa,sekali gus dapat mengekalkan kesihatan. 

Makanan untuk kesihatan kulit


  

Bersauna bukan saja elok untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan tapi juga kesihatan kulit.Oleh itu jangan jadikan bulan puasa alasan untuk berhenti dari melakukan rutin yang baik ini. Tapi selain bersauna ,tubuh juga perlukan nutrisi dalam memastikan kesihatan kulit tetap terpelihara terutama ketika sedang berpuasa.

Berikut bebrapa makana yang perlu diambil untuk memastikan kesihatan kulit dalam keadaan baik .Dalam masa yang sama turut disenaraikan bebrapa perkara patut dihindari.

Perlu diambil

Air

Minum air putih secara rutin dengan kesesuaian keperluan tubuh anda.Selain membantu menghindari masalah kulit seperti jerawat,air juga akan meneutralkan racun dalam sistem tubuh dan menjaga fungsi serta kesihatan buah pinggang. Kulit yang kekeringan ay=tau kurang air akan kelihatan kering dan bersisik.Oleh itu pengambilan air putih  yang mencukupi dapat menghindari masalah tersebut..

Antioksidan

Tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah yang berwarna oren dan kuning.Sebagai contoh,pengambilan lobak,betik,limau,mangga,lemon,aprikot dan sebagainya. Makanan ini kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang berperanan sebagai antioksidan.

Vitamin A misalnya membantu dalam meneutralkan elemen-elemen asing yang berbahaya di dalam tubuh selain turut membantu melambatkan timbulnya garis-garis halus,kedutan,mencegah jangkitan dan memelihara keanjalan kulit.

Vitamin C pula membantu dalam meningkatkan dan mempertahankan kandungan kolagen dalam tubuh sekali gus berperanan dalam memelihara keanjalan kulit sekali gus melambatkan proses kedutan pada wajah.
Kumpulan buah beri seperti blueberry,blackberry,strawberry,bit,anggur merah dan sebagainya adalah antara buah-buahan yang memiliki kandungan antioksidan yang cukup tinggi dalam membantu melambatkan proses penuaan serta membuatkan kulit tampak lebih segar ,bersinar dan sihat.

Selain itu,pengambilan Vitamin E secara berterusan juga langkah yang diperlukan bagi anda yang inginkan kulit nampak bersinar secara semulajadi.Antara makanan yang mengandungi vitamin E termasuklah brokoli,bayam,kacang hazel,ikan,jagung,gandum dan banyak lagi.Ia membantu dalam mencegah kerosakan sel selain menghalang pembentukan radikal bebas.

Sumber antioksidan lain yang boleh anda peroleh adalah menerusi teh hijau.Pengambilan dua sudu teh hijau setiap hari dalam jangka masa yang panjang akan memberi kesan yang baik pada kesihatan tubuh dan kulit anda.


Sayur-sayuran hijau

Pengambilan sayuranhijau sekurang-kurangnya 50gm setiap hari seperti brokoli,tauge,kobis,kangkung,kiwi dan bayam.Sayuran ini amat kaya dengan zat besi dan antioksidan yang membantu dalam mencegah berlakunya kesan lebam dibawah mata selain baik untuk kesihatan serta melancarkan pencernaan memandangkan sayuran ini cukup kaya dengan serat.


HINDARI

Makanan manis

Pengambilan coklat mahupun makanan yang terlalu manis antara faktor yang membantu menyebabkan berlakunya jerawat.Justeru ,diet yang dilakukan dengan cara mengambil gula yang tinggi akan membuatkan tubuh lebih mudah diserang dan dijangkiti bakteria.Kesannya ,ia akan memburukkan lagi maalah kulit yang anda alami.Jadi daripada mengambil makanan yang banyak mengandungi gula,gantikan dengan makanan lain seperti roti gandum atau gula pasir dengan madu.


Makanan pedas dan bergoreng

Mengambil makanan bergoreng dan pedas dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan kandungan asid dalam tubuh meningkat sekali gus menambahkan masalah kulit.Sebaiknya,gantikan dengan pengambilan rempah ratus seperti halia yang baik untuk pencernaan dan juga kesihatan kulit.

Pengambilan kopi dan teh berlebihan

Seseorang yang mengambil terlalu banyak kafein terutama dalam minuman panas seperti teh,kopi,coklat dan apa jua minuman akan menjadikan kulit tampak penat dan juga muncul masalah-masalah pada kulit.Sebaiknya minuman berkafein ini disejukkan terlebih dahulu sebelum diminum. 

Paling bagus batasi pengambilan kafein dan memadai dengan mengambil sekurang-kurangnya dua kali sehari atau lebih baik tukar dengan minuman yang memberi kesihatan pada kulit seperti teh hijau.

Merokok

Kandungan nikotin di dalamnya tidak akan membantu menjaga kesihatan,sebaliknya merosakkan sistem tubuh seseorang.Ia turut menyebabkan kadar oksigen dalam tubuhberkurangan dan ini mempercepatkan proses penuaan kulit.


Saturday 21 July 2012

Puasa amalan Rasulullah kekal hingga kini

Umat terdahulu amalkan cara berbeza ikut nabi masing-masing

Ramadan terkenal di seluruh dunia kerana umat Islam di negara Islam dan bukan Islam berpuasa serentak pada siang hari selama 29 atau 30 hari mengikut piawaian ditetapkan Allah SWT. Tempoh puasa wajib yang panjang itu terus diamalkan umat Islam sejak 1430 tahun lalu hingga kini dengan mengekalkan syarat dan rukunnya tanpa mengalami perubahan. Disebutkan dalam al-Quran, puasa adalah amalan diwajibkan sejak kemunculan Islam lagi.
Persoalan besar timbul ialah umat nabi manakah yang berpuasa mengikut syariat dikuatkuasakan pada masa itu?

Ahli tafsir Imam Qurtubi memetik pendapat As-Syaabi dan Qatadah menerangkan maksud umat terdahulu merujuk syariat amalan puasa diamalkan umat Nabi Musa dan Nabi Isa. Menurut sejarah, Nabi Musa bersama kaumnya berpuasa selama 40 hari semasa berada di Bukit Tursina, Mesir.

Nabi Isa dan pengikut setianya juga berpuasa seperti mana diamalkan Nabi Musa. Dalam surah Mariam dinyatakan Nabi Zakaria dan Mariam sering mengamalkan puasa. Manakala Nabi Daud diriwayatkan berpuasa berselang seli iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka sepanjang tahun.

Demikianlah antara amalan puasa nabi terdahulu yang dapat dikesan ahli tafsir dan sejarah. Walaupun amalan puasa nabi lain tidak dapat dikesan tetapi kita yakin amalan puasa menjadi sebahagian syariat nabi lain.
Menurut sejarah, Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum dilantik menjadi rasul mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan selain mengamalkan puasa Asyura yang jatuh pada hari ke-10 Muharam. Puasa Asyura turut diamalkan masyarakat Quraisy dan Yahudi yang tinggal di Madinah.

Sebahagian 25 rasul yang wajib dipercayai dalam Islam dari keturunan Bani Israel. Bagaimanapun, ajaran Nabi Musa menjadi rujukan utama agama Yahudi.

Mengikut Encyclopedia of Religion, terdapat segolongan penganut Yahudi mengamalkan puasa mengikut syariat Nabi Musa, Nabi Yahya, Nabi Ilyas yang berpuasa 40 hari selain berpuasa hari Isnin dan Khamis secara sukarela.

Berdasarkan ensiklopedia itu juga, penganut Yahudi Ortodoks mengamalkan puasa wajib satu hari pada hari Yom Kipur (hari pembersihan dosa) seperti mana disuruh dalam Kitab Taurat Nabi Musa. Kemudian mereka menambah empat hari lagi satu hari pada bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tisri mengikut kalendar Yahudi sebagai hari berkabung atas bencana menimpa bangsa Yahudi.

Manakala syariat Nabi Isa yang berasal dari Bani Israel pula menjadi rujukan utama penganut agama Kristian. Secara tradisinya agama Kristian menghendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari Ash Wednesday hingga hari perayaan ‘Easter’ iaitu sebelum sambutan Krismas.

Puasa ini diamalkan sebagai menghormati kesengsaraan Nabi Isa selama 40 hari. Puasa tradisi lain ialah puasa pada hari ‘Rogestion Days,’ ‘Ember Day,’ puasa mingguan pada hari Rabu dan Jumaat, puasa sempena perlantikan paderi serta hari Baptis.

Bagaimanapun, kedudukan puasa tradisi masyarakat moden Kristian hari ini sudahmengalami perubahan besar.

Persidangan gereja Vatican pada 1965 di Rom memutuskan mereka hanya berpuasa sebahagian atau berpantang tidak makan daging pada hari ‘Ash Wednesday’ dan ‘Good Friday.’ Kelonggaran peraturan dibuat sebagai usaha menggalakkan masyarakat Kristian berpuasa.

Secara perbandingan, ternyata piawaian puasa disyariatkan kepada umat Islam di zaman Nabi Muhammad masih kekal hingga kini. Ulama yang menjadi pewaris perjuangan nabi dan disokong kuat umat Islam terus memantapkan serta mengukuhkan ajaran Islam.

Manakala amalan puasa yang disyariatkan kepada pengikut Nabi Musa dan Nabi Isa mengalami banyak perubahan dan hampir pupus ditelan zaman. Kita yakin ajaran syariat Nabi Musa dan Nabi Isa pupus kerana ajarannya sesuai untuk umat pada waktu itu saja.

Pengikutnya membuat pengubahasuaian ajaran mengikut pemikiran mereka.

Masyarakat Kristian Ortodoks Greek dan Roman Katholik suatu ketika dulu kuat mengamalkan puasa tradisi kini hanya mengamalkan puasa dengan berpantang makanan tertentu pada ‘Ash Wednesday’ dan ‘Good Friday.’

Sebahagian besar gereja mazhab Kristian Protestant menganggap puasa adalah hak individu untuk mengamalkannya. Puasa juga diamalkan agama lain. Puasa dalam agama Buddha bersifat berpantang dengan tidak memakan makanan tertentu.

Manakala dalam agama Hindu, Confusios, Tao dan ajaran animisma juga berpuasa untuk pemujaan roh. Puasa yang diamalkan dalam agama ini bersifat berpantang tidak makan makanan tertentu.

Islam agama membawa rahmat. Ibadah puasa yang diamalkan umat Islam di seluruh dunia tidak membebankan umatnya. Pakar perubatan mengakui puasa amat baik untuk pencegahan dan rawatan penyakit

Pelihara lima perkara ketika berpuasa

 Ramadan ini, dibuka pintu syurga dengan seluas-luasnya serta ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan daripada mengganggu dan menggoda umat manusia.

Sabda Nabi Muhammad SAW dari Abu Hurairah yang bermaksud : “Apabila tibanya Ramadan, dibuka pintu syurga dan dikunci pintu neraka serta dibelenggu makhluk syaitan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Namun, syaitan daripada kalangan manusia masih diberi peluang untuk mengganggu manusia dengan program melalaikan sehingga berlalunya Ramadan dengan menempah kerugian demi kerugian.
Mereka yang tidak melakukan ibadat puasa dianggap menyalahi fitrah keimanan kepada Allah dan hari Kiamat kerana keunikan ciptaan manusia adalah rangkuman antara genggaman tanah dan hembusan roh yang mesti dipelihara dan dibaja dengan ibadat khususnya di bulan Ramadan.

Ada yang mendefinisikan puasa sebagai menggempur musuh Allah SWT iaitu hawa nafsu yang juga satu jalan daripada cara syaitan menyesatkan umat manusia.

Ada yang menyebut ketika Allah menciptakan akal manusia, akal sentiasa tawaduk menurut perintah Allah SWT.

Sifat nafsu amat keras
Adapun nafsu ketika diciptakan, ia amat keras sehingga dibakar dalam api kepanasan selama seratus tahun dan ditambah dengan belenggu dalam penjara kelaparan sehingga menjadi lembut.

Oleh yang demikian, bagi mengekang hawa nafsu yang mengganas, maka Allah SWT menganjurkan manusia berpuasa selama sebulan.

Beberapa hari berpuasa yang ditentukan Allah SWT dalam surah Baqarah ayat 184 membawa maksud, antara 28 hingga 30 hari yang cukup untuk memberikan tarbiah berguna untuk jiwa yang keras dan rakus supaya menjadi lembut dan bertakwa.

Peristiwa Nabi Adam

Syeikh Ahmad Syakir menyebut, antara hikmah diwajibkan puasa selama beberapa hari yang disebutkan ialah kaitan peristiwa Nabi Adam yang makan buah terlarang sehingga kesannya berkekalan pada pencernaan Adam selama 30 hari.

Selepas diterima taubat Adam AS, maka Allah SWT memerintahkan Adam berpuasa selama 30 hari dan 30 malam supaya segala-galanya terhapus daripada pencernaan Adam AS.

Namun demikian, Nabi Muhammad SAW dan umatnya diwajibkan berpuasa siang hari saja kerana penghormatan Allah SWT.

Kelazatan dunia juga terbina di atas empat perkara iaitu makan, minum, tidur dan seks. Semuanya akan menghalang hubungan manusia dengan Allah SWT jika tidak diselenggarakan dengan baik dan bijaksana.

Jaga lima perkara

Lima perkara yang perlu dijaga bagi meningkatkan kualiti puasa iaitu pandangan, lidah dan hati. Sabda Baginda SAW daripada Anas bin Malik: “Lima perkara yang boleh merosakkan puasa iaitu bercakap dusta, mengeji, mengumpat, sumpah yang mengelirukan serta pandangan yang penuh dengan syahwat.” (Al-Hadith)

Baginda sentiasa memberi peringatan bagi mereka yang berpuasa dengan maksud: “Alangkah ramai umat yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga saja.”

Selain berpuasa, umat Islam mestilah menjaga tatasusila dan sikap mereka agar cenderung kepada melakukan kebaikan, bermurah hati serta memberi makan kepada mereka yang berpuasa ketika berbuka.

Doa yang baik dianjurkan kita membacanya oleh Baginda SAW ketika berbuka kerana ketika itulah dikatakan antara waktu di mana doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT.

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Baginda SAW bersabda:
“Terdapat tiga golongan yang tidak dihampakan doa mereka oleh Allah SWT. Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika berbuka dan orang yang dizalimi.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Baginda pernah menyebut bahawa ada di kalangan Malaikat yang sentiasa sujud kepada Allah SWT hingga hari kiamat dengan memandang Arasy Allah SWT seraya berkata “Wahai Tuhan, kasihanilah dan jangan Engkau sakiti umat Muhammad yang berpuasa pada Ramadan.”

Tingkat kualiti pada Ramadan

Rasulullah, sahabat harungi peperangan Badar ketika puasa
Alhamdulillah, bersyukur dan bertuah serta bergembiralah kita kerana hari ini kita berpeluang bertemu dengan Ramadan yang sarat dengan kemuliaan, keberkatan dan kerahmatan serta dijanjikan Allah SWT pelbagai limpahan ganjaran serta pengampunan dosa. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadan dengan beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT, nescaya diampunkan baginya dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Jika pada kebiasaannya kita bersarapan, boleh menjamah jamuan selepas mesyuarat, tetapi dalam bulan ini semua kebiasaan itu tidak dapat dikecapi.

Perubahan ini sedikit sebanyak boleh mengubah semangat, kesegaran dan jadual kerja seharian jika kita tidak mempersiapkan diri sehingga ada mengaitkan pekerja sebagai kurang produktif di bulan ini.

Perubahan masa
Bahkan, perubahan pada semua kebiasaan ini, jika tidak difahami, dihayati serta dilalui sepenuhnya dengan kesedaran, pengetahuan serta kesabaran boleh menjadikan amalan berpuasa hanya suatu adat dan kerja seharian pula menjadi berat.
Rasulullah SAW pernah berdoa: “Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada kelaparan, kerana itu adalah teman berbaring yang paling buruk dan aku berlindung kepada-Mu daripada khianat, kerana itu adalah pendamping yang sangat buruk.” (Hadis riwayat Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah)

Justeru, Allah SWT mengubah kebiasaan hamba-Nya dan memerintahkan kita menahan diri daripada makan dan minum serta perkara membatalkan puasa selama sebulan untuk menguji ketaatan dan kesabaran semata-mata kerana memenuhi perintah Allah SWT.

Sabda Rasulullah, Ramadan adalah bulan kesabaran. Sabdanya lagi Allah SWT berfirman: “Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya kecuali amalan puasa, maka ia adalah untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya).” (Hadis riwayat Muslim)

Bentuk insan taat diri

Selain memberikan pelbagai hikmah Ramadan dan orang yang berpuasa bagi membentuk diri menjadi insan yang taat dan bertakwa walaupun dengan mengubah kebiasaan dan mengurangkan keperluan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 216 bermaksud, “boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”.

Mengimbas sejarah Rasulullah dan sahabat serta salafussalih berpuasa dapat merangsang semangat dan kesabaran kita.

Harungi peperangan

Bagaimana Rasulullah SAW dan sahabat boleh mengharungi peperangan Badar dalam bulan ini? Semua ini kerana, ia dilakukan kerana Allah dan untuk merebut limpah kurniaan- Nya.

Justeru, marilah kita renungi dengan mendalam dan contohi seberapa mampu supaya Ramadan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.

Pepatah Arab menyebut, “tirulah kemuliaan kerana sesungguhnya ia boleh membawa kejayaan walaupun jika tidak dapat melakukan yang benar-benar serupa”.

Justeru, bagi mengelakkan puasa adat dan kerja menjadi berat, perlulah kita mempunyai kesedaran dan pengetahuan asas yang baik di awal Ramadan ini.

Pertama, dengan mengetahui kelebihan dan hikmah berpuasa. Antaranya bahawa setiap amalan kebajikan dalam bulan ini digandakan dengan berlipat kali ganda pahalanya, diberikan dengan malam lailatul qadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan, dimakbulkan doa, diampunkan dosa dan disediakan syurga yang dinamakan ar-Rayyan.

Peluang keemasan

Kedua, dengan mensyukuri kelebihan dan kemudahan dalam bekerja berbanding kerjaya individu lain yang lebih susah dan berat.

Dalam sebuah hadis sahih disebutkan, “Dalam hal dunia, hendaklah kamu melihat kepada orang yang di bawah”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Ramadan perlu menjadi peluang keemasan untuk direbut dengan melipat gandakan amal dan kerja supaya lebih baik serta berkualiti daripada kebiasaan.

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan

...Selamat Menyambut Bulan yg mulia ini..sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh keberkatan..khas  buat semua ....

 

.                                                                        oleh: Mya Qareena Amir
                                                                                20 Julai 2012
                                                                               1 ramadhan 1433h...
 
*******RAMADHAN AL MUBARAK*****