Solekan berkilau dan segar sering kali menjadi pilihan terutama ketika menghadiri sesebuah majlis. Salah satu solekan asas yang harus dititik beratkan ialah pemakaian pemerah pipi di samping bronzer dan shimmer sebagai pelengkap. Cara yang betul dapat menyerlahkan solekan yang sempurna. Berikut ialah langkah yang betul bagi pemakaian pemerah pipi, bronzer dan shimmer.
BRONZER
Bronzer atau bronzing powder ialah sejenis bedak berwarna tembaga
dengan kilauan keemasan. Jika anda berkulit cerah, gunakan bronzer yang
berwarna keemasan. Manakala bagi yang berkulit gelap, gunakan bronzer
berwarna tembaga supaya wajah anda kelihatan segar serta
bercahaya. Gunakan bronzer hanya untuk acara pada malam hari. Sapu di
bahagian pipi, dahi dan dagu, sekitar garisan anak rambut di samping
batang hidung untuk penampilan yang seksi.
SHIMMER
Shimmer amat sesuai untuk membuat penampilan ala glamor. Keunikan dari shimmer ini ialah tekstur serbuknya yang sangat lembut dan selesa pada kulit. Selain bahan-bahan asasnya yang dihasilkan daripada air menjadikan shimmer terasa ringan serta ‘kaya’ dengan warna.
Gunakan shimmer yang berwarna cerah untuk acara-acara di sebelah siang. Oles secara tipis sahaja pada tulang pipi serta tulang alis menggunakan bantuan berus supaya kulit kelihatan lebih bercahaya.
PEMERAH PIPI
Untuk rona pipi yang semula jadi, ambil sedikit pemerah pipi menggunakan hujung jari telunjuk setelah menyapu bedak. Oles pada tulang pipi mengikut bentuk wajah. Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih ketika melakukannya. Supaya pemerah pipi kelihatan lebih natural, sapukan lipstik berwarna senada atau sedikit terang.
Rambut Sihat Dalam Balutan Hijab
Berhijab bukanlah alasan untuk anda mengabaikan penjagaan rambut. Apatah
lagi jika rambut itu tertutup melebihi 6 ke 12 jam sehari.
Sesungguhnya, rambut ialah mahkota berharga bagi wanita. Rambut yang
sihat menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang wanita itu.
Jika diabaikan, rambut akan mudah rosak dan berkelemumur. Maka, apakah yang harus anda lakukan?
JENIS RAMBUT
Adakah rambut anda jenis normal, berminyak atau kering? Ketigatiganya mudah mengalami masalah kelemumur. Setelah anda mengenali jenis rambut, pilih syampu yang sesuai. Rambut yang berminyak perlu menggunakan syampu yang berasaskan oil control. Rambut kering boleh dilengkapi dengan perapi untuk melembutkan rambut. Sekiranya anda gemar mewarna, mengeriting atau rebonding, anda memerlukan perawatan yang khusus untuk rambut.
KENALI AKTIVITI
Adakah anda seorang yang aktif atau sering terdedah dengan persekitaran? Dengan mengenali dan menyedari aktiviti anda sehari-hari, anda boleh memilih jenis hijab yang sesuai serta mudah menyerap peluh dengan baik. Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada kesihatan rambut anda.
MENCUCI RAMBUT
Menurut pakar, rutin terbaik untuk mencuci rambut ialah sekali dalam 2-3 hari. Pilihlah syampu yang sesuai dengan rambut anda. Tidak seharusnya mahal, asalkan ia sesuai dengan anda seterusnya menjadikan kulit kepala terasa bersih, segar, lembut, lurus, lebat, bebas kelemumur serta terlindung daripada sinaran UV.
MANJAKAN RAMBUT
Sekali sekala berikan perawatan ekstra buat rambut anda. Contohnya menggunakan creambath di salun pilihan. Namun, jika anda seorang yang sibuk dan tiada masa untuk ke salun, usah bimbang. Kini, terdapat pelbagai syampu yang lengkap dengan rangkaian perawatannya, bermula dari syampu hinggalah ke perapi. Setelah mencuci rambut, sapukan perapi kemudian bersihkan dengan air bersih. Gunakan syampu dan perapi secara berasingan kerana fungsi syampu ialah membersihkan helaian rambut dan kulit kepala. Sementara perapi untuk melembutkan saja.
TERDEDAH KOTORAN
Rambut boleh menjadi punca kepada pelbagai kuman dan debu. Sekiranya rambut anda tidak bersih kerana kurang penjagaan, elakkan menyentuh bahagian tubuh yang lain seperti wajah terutama ketika basah. Kuman dari rambut yang anda sentuh akan mudah dipindahkan ke wajah. lebih parah jika kulit wajah anda jenis berminyak dan berjerawat. Maka, jagalah kebersihan rambut anda sebaik-baiknya. Cara lain ialah gantikan sarung bantal secara kerap kerana segala kotoran yang terlekat pada sarung bantal akan menyebabkan jerawat.
PILIH TUDUNG
Pastikan anda memilih tudung yang ‘mesra’ dengan rambut serta sesuai dengan keadaan. Contohnya ialah jika ke tempat kerja, pilihlah yang berfabrik lembut dan tipis bagi memudahkan peredaran udara keluar masuk.
GANTI TUDUNG SETIAP HARI
Pastikan anda tidak mengulangi tudung yang sama secara kerap. Ini kerana tudung tersebut pastinya sudah terserap peluh dan kotoran sewaktu anda memakainya. Disarankan supaya anda menganginkan terlebih dahulu tudung yang telah anda pakai sebelum mencucinya. Namun, jika anda memakainya dalam tempoh yang singkat contohnya ke kedai berhampiran, ia bolehlah digantung dan dipakai kembali. Namun, elakkan memakainya untuk ke tempat kerja.
DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Anda boleh mendapatkan nasihat pakar farmasi untuk syampu yang sesuai. Perlu diingat, masalah rambut kadangkala bukan disebabkan cara anda menjaga dan mengendalikanya. Mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendiri jika anda tidak mencari penyelesaiannya.
ELAK GOSOK RAMBUT TERLALU KASAR
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, lurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Jangan gosok rambut dengan kasar.
SIKAT RAMBUT APABILA PERLU SAHAJA
Namun, jangan biarkan sampai tidak terurus. Jika selalu sangat menyikat rambut, menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak berlebihan.
ELAK GUNA PENGERING RAMBUT
Supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih pengering rambut, gunakan pada suhu tinggi kerana suhu rendah akan mengambil masa lebih lama untuk mengeringkan rambut. Risikonya, rambut lebih mudah rosak.

Tampil Lebih Cerah Bak Puteri Salju
Tampil cerah dan segar bak puteri salju adalah impian setiap mempelai
khususnya wanita di hari bahagianya. Beberapa bahagian tubuh yang perlu
anda ambil perhatian agar kekal cerah iaitu gigi, bawah lengan, siku
serta lutut. Kebanyakan wanita akan mencuba cara cepat untuk mendapatkan
hasil yang sempurna. Namun berhati-hatilah jangan sampai memudaratkan.
Berikut adalah beberapa tip bagaimana untuk kelihatan cerah secara
semula jadi dengan hanya menggunakan buah-buahan.
EPAL
Mengunyah epal yang rangup membantu melunturkan plak pada permukaan gigi. Selain itu, ia turut dapat merangsang pengeluaran air liur di mana secara semula jadinya dapat melawan bakteria dalam mulut. Epal turut membantu melunturkan warna kekuningan atau hitam pada permukaan gigi.
KULIT LIMAU
Gosoklah gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut di mana dapat membantu menghilangkan tandatanda karat pada gigi tanpa memudaratkan lapisan permukaan gigi.
STRAWBERI
Dikatakan dapat membantu mengikis dan menghilangkan kesan hitam atau kekuningan pada permukaan gigi. Hancurkan strawberi kemudian tampalkan pada gigi lalu biarkan beberapa minit. Setelah itu gosok gigi anda. Amalkan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya dalam tempoh sebulan.
LIMAU NIPIS DAN KAPUR SIRIH
Limau nipis kaya dengan vitamin C yang dapat mencerahkan warna bahagian bawah lengan. Apatah lagi jika ia dicampurkan dengan kapur sirih yang bermanfaat menghilangkan kotoran serta lapisan kulit mati. Selain itu, kapur sirih juga dapat menghilangkan bulu pada bawah lengan secara semula jadi. Perah sebiji limau nipis kemudian tambahkan sesudu makan air kapur sirih. Gaul kemudian sapukan pada bawah lengan secara merata lalu biarkan selam 15 minit. Cuci sehingga bersih dengan menggunakan air sejuk. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
JUS LEMON BERSAMA SODA PENAIK
Kandungan vitamin C di dalam jus lemon adalah sama seper ti limau nipis. Ia bermanfaat untuk mencerahkan bahagian bawah lengan. Selain itu, soda penaik turut dapat membantu meneutralkan ketajaman rasa lemon yang boleh memedihkan kulit terutama selepas mencukur. Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Tambahkan satu sudu teh soda penaik dan kacau rata. Sapu di bahagian bawah lengan lalu biarkan selama 15 minit. Setelah separuh kering, gosok hingga butiran soda penaik dan lemon bersama kotoran pada bawah lengan luruh. Cuci sehingga bersih. Lakukan tiga kali seminggu.
BETIK DAN MADU
Kandungan enzim pada betik bermanfaat untuk membantu mencepatkan pengeluaran sel kulit mati. Selain itu, vitamin C dan polyphenol di dalam madu turut membantu untuk mencerahkan kulit di bawah lengan. Ambil satu perempat buah betik yang berukuran sederhana lalu hancurkan sehingga lumat.
Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Sapu di bahagian bawah lengan secara merata. Biarkan bahan tersebut meresap selama lebih kurang 20 minit. Bersihkan dengan air suam dan biarkan kotoran luruh. Lakukan dua kali seminggu.
GIGI
Memiliki gigi putih menyerlahkan keyakinan diri di hari bahagia. Untuk memiliki gigi yang putih anda digalakkan makan buah-buahan segar setiap hari. Gigi anda bukan sahaja menjadi lebih putih dan bersih malah akan lebih sihat.
SIKU DAN LUTUT
Tahukah anda bahawa bahagian tubuh yang paling mudah menjadi gelap ialah lutut dan siku. Tekanan yang terus menerus akan mudah menjadikan bahagian tersebut menjadi gelap, kering dan kasar. Untuk mengembalikan kecerahannya anda boleh mencuba petua semula jadi ini.

Seboleh-bolehnya berusaha untuk mengurangkan tekanan pada lutut dan siku anda.
- Mengamalkan rawatan skrub atau lulur sebanyak dua kali dalam seminggu. Gunakanlah produk skrub yang mengandungi bahan pencerah yang dapat membantu memutihkan bahagian lutut serta siku anda.
- Sekiranya kulit di bahagian lutut dan siku anda terasa agak mengeras, gosoklah dengan batu apung. Lakukan dengan lembut ketika anda mandi. Cara ini sangat bermanfaat untuk mengelakkan masalah kehitaman pada bahagian lutut serta siku.
- Untuk menghaluskan kulit di bahagian lutut ser ta siku seterusnya mencerahkannya kembali, anda boleh juga menggunakan limau nipis. Caranya ialah dengan membelahnya lalu gosoklah pada bahagian lutut serta siku anda dengan gerakan membulat. Lakukannya secara perlahan-lahan sehingga kotoran hilang.
5 Rahsia Penting Kulit Cantik
Hari perkahwinan kini sudah hampir tiba. Segala persiapan dilakukan
demi kelihatan sempurna. Begitu juga dengan soal penjagaan kecantikan
bagi mempelai wanita. Apa yang penting adalah menjaganya dari dalam agar
terserlah kecantikan sejatimu yang semulajadi.
1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.
2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buahbuahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.
4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.
5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.
Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

12 Muslihat Tampil Muda Remaja
Siapa yang tidak ingin kelihatan muda dan segar biarpun usia semakin
meningkat? Sekiranya anda juga begitu, usahlah bimbang kerana ada
caranya untuk tampil muda dan cantik sepanjang masa. Ingin tahu
muslihatnya?
-
Ketika anda bersolek, samarkan kedutan yang mulai muncul dengan
bantuan produk solekan jenis highlighter. Ia dapat membantu memantulkan
cahaya di samping menangkis bayangan. Penyamar cela kurang sesuai
digunakan kerana ia hanya akan menyebabkan kedutan serta garis-garis
halus yang berada pada wajah semakin jelas kelihatan.
-
Selain itu, anda turut digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya
ialah untuk menegangkan kulit wajah anda. Di samping itu juga, masker
turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah
seterusnya melembapkan kulit.
-
Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk alis mata secara
profesional. Alis mata yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang
hidup serta akan membingkai wajah dengan sempurna.
-
Sebolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
-
Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandanlah dengan ikatan
ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk
menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga
kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus
apat dilindungi.
-
Gunakan pelembap yang bagus kualitinya
-
Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak
menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
-
Rawatlah wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa
memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta
mengamalkan krim tabir suria.
-
Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari
University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit
kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk
melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali
minyak perlindungan ini.
-
Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika anda benar-benar ingin
kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul.
Jauhi sinaran matahari terus ke kulit, sentiasa gunakan krim tabir suria
dan krim pelembap serta berhenti merokok.
-
Makan secara seimbang dan minumlah air putih secukupnya. Kulit akan
kekal lembap serta anjal. Selain itu, garis-garis halus juga
berkurangan.
- Jauhi tekanan dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit anda. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
Bibir mengapa bergincu?
Bagi memenuhi gaya hidup wanita yang kian mencabar, terutama wanita yang
bergelar isteri dan ibu, sesetengah gincu kini dilengkapi dengan
pelbagai vitamin khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup wanita moden.
Berikut disenaraikan beberapa keistimewaan yang ada pada gincu secara
umum.
FUNGSI SEBATANG GINCU
Tahan Lebih Lama
Jenis ini mengandungi ceramides, phospholipids dan cyclodextrins yang membantu gincu bibir tahan lebih lama. Ia sesuai untuk wanita yang bekerja dalam keadaan lasak serta tidak mempunyai masa untuk menyapu semula gincu. Antara jenama yang bersifat tahan lama ialah Lancome Rough Sensation, Givenchy Rough Couture dan Revlon Colourstay Lipcolor.
Vitamin
Jenis ini bertindak sebagai bahan perawat dan istimewanya anda tidak memerlukan waktu-waktu lain untuk merawat bibir. Hanya dengan menyapukan gincu anda akan kelihatan lebih berseri. Pada waktu yang sama bibir anda akan mendapat khasiat vitamin yang diperlukan oleh kulit! Kebiasaannya, vitamin E digunakan untuk menjadikan kulit bibir sentiasa lembap dan juga diyakini dapat membantu melambatkan proses penuaan.
Antara vitamin lain yang digunakan secara meluas di dalam gincu ialah vitamin A dan C. Vitamin A dipercayai dapat membantu merangsang pembentukan semula sel-sel. Manakala vitamin C pula membantu merangsang kesihatan kulit bibir seterusnya menjadikannya ia lebih
lembut. Selain itu, protein turut digunakan agar kulit bibir sentiasa sihat dan segar.
Perlindungan UV
Jenis ini membantu memberikan perlindungan daripada sinaran UV yang berlebihan terhadap warna bibir. Kini terdapat pelbagai jenama gincu yang bersifat perlindungan seperti ini. Bibir akan kekal lembap seterusnya bebas daripada masalah dehidrasi serta lebam kehitaman. Ternyata ia bukan hanya untuk kelihatan cantik malah membantu merawat bibir secara keseluruhan.
Pelembap
Memudahkan sapuan dan menyihatkan bahagian epidermis bibir. Sesetengah jenama gincu ada yang menggunakan lecithin kacang soya yang bukan sahaja bersifat pelincir malah berkhasiat untuk menjadikan kulit bibir sentiasa kelihatan lembap. Kebanyakan jenama juga menghasilkan gincu yang berpelembap kecuali jenis pusam (matte) atau kering yang sememangnya bersifat nyah pelembap. Wanita yang menjangkau usia 25 tahun ke atas, anda dinasihatkan supaya menggunakan sedikit warna pada bibir untuk kelihatan lebih berseri.
Berkilat
Kata kunci iaitu ‘kilat’ sebagai penggerak ilham dunia fesyen masa kini, solekan juga terpicu ke arah yang sama di mana bibir lebih berkilat dan berwarna cerah. Kini terdapat pelbagai jenama gincu di pasaran yang menawarkan berbagai pilihan warna yang hangat dan mempesonakan yang merupakan satu gelombang baru dalam dunia kecantikan.
Bertahan
Gunakan kertas tisu untuk menekap bibir setelah memakai gincu. Cara ini menjadikan sapuan lebih asli dan tahan lebih lama. Untuk warna lebih terang, sapukan selapis lagi dan ketap bibir atas dan bawah di antara sehelai tisu.
Rahsia jurusolek
Kebanyakan jurusolek mempunyai cara tersendiri bagi mengekalkan gincu agar tampak lebih segar dan berseri. Salah satunya ialah melukis bibir sepenuhnya menggunakan lip liner terlebih dahulu untuk melembapkan bibir agar tidak kering. Setelah itu, bedak serbuk lut
sinar disapu tipis, kemudian barulah gincu atau pengilat bibir (jika suka untuk kelihatan lebih natural) disapu.

7 Langkah Rias Mata Lesu
Tidak dinafikan bahawa keletihan akan terpancar pada wajah terutamanya
di bahagian mata. Oleh itu, bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata
dengan solekan? Ikuti tujuh langkah mudah untuk merias mata jika anda
harus menghadiri majlis-majlis tertentu bersama suami. Langkah ini hanya
mengambil masa anda selama 10 minit sahaja.
- Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.
- Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.
- Seterusnya, aplikasikan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.
- Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.
- Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan dengan menggunakan jari.
- Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.
- Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.
No comments:
Post a Comment