nuffnang

LIKE ME

Wednesday 12 November 2014

BAGAIMANA PERANGI PENYAKIT DENGAN GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan merupakan kunci utama kesejahteraan dalam kehidupan. Kesihatan dapat dicapai melalui amalan gaya hidup sihat. Ia adalah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang lebih berkualiti dan memuaskan. Amalan ini boleh mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit yang membawa kepada pembunuh utama manusia.

Ramai di antara kita mempunyai berat badan berlebihan,tidak aktif dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Penyakit serius seperti strok sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat..Jom peranginya segera dengan;

GAYA PERMAKANAN YANG SIHAT
Amalan gaya hidup sihat yang utama adalah penjagaan pemakanan yang sihat.Amalan ini membolehkan tubuh badan kekal sihat dan tidak terlalu gemuk. Kurangkan makanan bergula dan garam kerana pengambilan yang berlebihan boleh mengundang penyakit darah tinggi,kencing manis dan obesiti yang menyebabkan strok.

Pilihlah snek yang berkhasiat,elakkan mengambil snek pada waktu yang hampir dengan waktu makan utama. Makan dengan jumlah yang sedikit dan minumlah enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Makan secara berlebihan hanya membawa kepada banyak kompilasi lain.

KEBERSIHAN PERSEKITARAN
Amalan gaya hidup sihat juga dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga perseketirannya. Dengan mengutamakan kebersihan,anda dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan meletakkan diri dalam risiko mendapat penyakit lain.

PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA
Penting untuk anda menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor secara berkala agar menjamin satu kehidupan yang sihat.Pemeriksaan kesihatan ini bolehdibuat dihospital kerajaan atau swasta. Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor mampu mengesan sebarang simptom awal penyakit yang boleh mengancam nyawa.Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal dapat memsatikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci dijalankan ke atas kesihatan seseorang.

BERSENAM ATAU RIADAH
Bukan sahaja pemeriksaan doktor secara berkala itu penting,tetapi senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat.Senaman akan mengeluarkan peluh daripada badan. Keadaan ini menyebabkan semua toksik dalam badan keluar dan tekanan yang dialami dapat diubati.Senaman seperti bersukan ,aerobik,berjalan dan berlari memastikan tubuh anda menjadi cergaas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.Sekatan saluran darah adalah punca kepada penyakit strok.

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK
TABIAT MENGHISAP ROKOK BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG MENDAPAT PENYAKIT PARU-PARU DAN JANTUNG.TERDAPAT 4000 JENIS BAHAN KIMIA YANG BERBAHAYA DI DALAM ASAP ROKOK,TERMASUK KARBON MONOKSIDA,NIKOTIN DAN TAR.MEROKOK ADALAH PENYEBAB KEPADA LEBIH 40 JENIS PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA MAUT SEPERTI SERANGAN JANTUNG,STROK,KANSER DAN SEBAGAINYA.JIKA ANDA SEORANG PEROKOK,BERHENTILAH.DAPATKAN NASIHAT DOKTOR UNTUK MENGELAKAN KETAGIHAN.

REHAT YANG CUKUP
Amalan berehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan amsa tidur,proses metabolisme juga dapat dijalankan dengan lancar.Gaya hidup sihat ini dapat menjamin kestabilan kesihatan mental serta mengurangkan tekanan.



TANGANI STRES UNTUK HIDUP YANG SIHAT
Stres dialami oleh semua orang samada dirumah,sekolah ataupun tempat kerja.Ada banyak punca yang boleh menyebabkan stres antaranya masalah keluarga,masalah kewangan,kerja dipejabat,persekitaran tempat kerja dan sebagainya.Stres yang berpanjangan boleh menjurus kepada kemarahan.Kawal kemarahan dan kurangkan stres.

Cara mengurangkan marah
  • Berfikir secara positif
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga,kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatakan teman untuk meluahkan masalah
MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan arteri jantung,buah pinggang dan organ-organ lain. Malah penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk,merokok,kolesterol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan serangan strok.

PANDUAN MEMILIH PERMAKANAN YANG SIHAT

DIET SEIMBANG
Kehidupan yang sihat bertitik tolak daripada permakanan yang baik.Seimbangkan pengambilan makanan untuk memastikan tubuh badan berfungsi  dengan baik Makanan seimbang seharusnya memberikan tenaga,karbohidrat,protein,vitamin dan kandungan serat yang mencukupi.Makanan yang memberi tenaga dapat menjauhkan kita daripada mendapat penyakit.

MAKANAN ASLI BAIK UNTUK KESIHATAN
Makanan yang belum mengalami sebarang pemprosesan atau pengawetan baik untuk kesihatan.Ini kerana makanan yang diproses atau telah diawe akan kehilangan nutrien atau mengandungi hanya sedikit nutrien sahaja.Makanan diproses yang tidak elok adalah yang ditinkan di mana kandungan sodium atau lemak yang tinggi,makanan ringan yang dibungkus berkalori tinggi seperti snek ringan dan sebagainya

PILIH MAKAN BERNUTRISI TINGGI
Pilihlah makanan dari setiap kumpulan makanan yang mengandungi karbohidrat,lemak,protein dan vitamin.Ciri-ciri makanan mestilah pelbagai dan memenuhi nutrisi dalam makanan yangs eimbang.Makanan yang mengandungi nutrisis tinggi baik untuk kesihatan dan boleh melindungi diri dari sebarang jenis penyakit.

PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Amalkan pengambilan makanan dari jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.Amalan memakan buah dan sayuran mempunyai risisko yang lebih rendah mengalami penyakit jantung dan strok. Kebaikan sayuran berpunca daripada sifat makanan tersebut yang kaya dengan vitamin,misalnya A,B dan E dan kandungan serat yang tinggi.

SET SAUNA PORTABLE

BELLA,MYRA & DIVA STEAM SAUNA 

TERDAPAT DALAM 3 PILIHAN WARNA  YANG MENARIK IAITU;





GOLDEN
RED
PURPLE


Fungsinya:
1. Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membuang angin meroyan, menyegarkan badan, banyak susu badan.

2. Anda akan berpeluh-peluh dan terasa segar.

3. Memudahkan tidur.

4. Melancarkan peredaran darah.

5. Mencantikkan kulit, membuang sel-sel kulit mati dan degil.

 6. Awet Muda. Dengan bersauna selalu anda akan kembali muda remaja.

7. Menurunkan berat badan. Terutama nyer wanita lepas bersalin..

Berkesan:

✓Mengurangkan kesakitan sendi, urat saraf.
✓Mencantikkan kulit.
✓Mengurangkan selulit
✓Mengurangkan stress.
✓Mengurangkan masalah sinus, resdung dan migraine.
✓Meningkatkan sistem imunisasi badan.
✓Memulihkan selsema dan demam.
✓Meningkatkan metabolisme (600 kalori baker dalam 30 minit).
✓Bila pengaliran mikro meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisme.
✓Hal ini juga akan mengurangi beban hati dan ginjal
✓Menyeimbangkan pH dalam tubuh.
✓Bertindak sebagai antioksida..
✓Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
✓Anti penuaan.


GIFT:

BERBEZA UNTUK SETIAP SET

Thursday 6 November 2014

BAGAIMANA MENDAPATKAN TIDUR TANPA GANGGUAN?


MIMPI INDAH
Tiba masanya untuk anda menikmati masa tidur yang penuh berkualiti dan lena tanpa gangguan.

Tidur yang cukup menggalakkan penambahan tenaga dan produktiviti,memulihkan kesihatan,serta memberi mood yang lebih baik pada individu.Seperti mana yang anda tahu,kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam. Jika anda masih lagi sukar untuk tidur dengan nyenyak,dibawah terdapat beberapa tips yang boleh dicuba;

TIDUR DENGAN LEBIH LENA

***TETAPKAN MASA TIDUR DAN BANGUN***
Salah satu cara untuk tidur yang leih nyenyak dan berkualiti ialah untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari,termasuk pada hari cuti dan hujung minggu. Rutin tidur tetap memastikan jam biologi anda stabil agar mendapat rehat dengan lebih baik.

***ELAKKAN MINUMAN KAFEIN SELEPAS 6 PETANG***
 Minuman kafein termasuk kopi,teh ataupun minuman berkarbonat. Kafein adalah perangsang yang kekal dalam sistem badan anda selama 8 jam. Jadi jika anda minum secangkir kopi sebelum tidur nyenyak malah anda juga akan lebih sukar untuk tidur atau rasa mengantuk.





Wednesday 5 November 2014

BENARKAH PERMAKANAN BOLEH KENDALI STRES ANDA?

CARA KENDALI STRES DENGAN PERMAKANAN SIHAT

Apabila stres,makanan menjadi  tempat anda melepaskan semuanya. namun, tidak semua makanan itu baik untuk mengurangkan stres. Mungkin boleh jadi lebih teruk Jadi,pilihlah makanan yang mengandungi zat untuk melawan stres. Terdapat 10 makanan yang boleh anda pilih ketika anda stres.

AIR-UBAT SEMULAJADI ANTI STRESS
Kajian menunjukkan hubungan yang kuat antara dehidrasi dengan depresi. Sebanyak 85% jaringan otak terdiri daripada air. Jadi,minumlah air sekurang-kurangnya 6-8 gelas. Ini adalah perkara sederhana yang mudah dilakukan tetapi kerap kali diabaikan.

MAKANAN LAUT-KEMBALIKAN MOOD
Tiada masa untuk bercuti di pantai tetapi memadailah dengan menikmati makanan laut untuk mengurangkan keresahan. Pengambilan udang,tuna atau kerang yang mengandungi serotonin dan asid amino(tryptophan) dapat membantu anda mengurangkan keresahan atau ketakutan pada diri sendiri.

SUSU SUAM-TIDUR LENA
Buatlah segelas susu suam untuk membantu anda lebih tenang.Walaupun trytophan(membentuk serotonin) membuat anda rileks tetapi asid amino dalam segelas susu tidak cukup untuk membuatkan anda tidur lena. Mungkin ia lebih bersifat psikologi(kenangan semasa kecil yang penuh kasih sayang)

 
" CIPTA PENDAPATAN
YANG LUMAYAN
SETIAP BULAN "

kpd yg nak..boleh pm @ whtsap sy qareena ..di no 0196259604
Pd yg xnak..sila tag rakan2 anda yg berminat...
9/10 dari hasil kehidupan adalah dari berbisnez...jom majukan diri anda untuk mendapat sumber kewangan yg lumayan ..jadikan fb sbgai mesin atm anda...
Hanya klik2 di hujung jari shje..da masyukkk!!
Berminat ?? Boleh pm @ whtsap sy. 0196259604 ...sya akn guide anda smua shnga berjaya.
‪#‎Berfikir‬ positif akan mmbuatkan anda nmpk peluang2 yg ada di sekeliling anda ‪#‎Berbiznes‬ shnga bjaya ‪#‎Ilmu‬ perniagaan



 COKLAT-SNEK UNTUK KESIHATAN
Coklat mengandungi kadar tryptophan dan pengambilannya membantu badan anda membentuk serotonin untuk menbuatkan perasaan dan fikiran lebih tenang. Tidak salah untuk anda mengambil coklat dalam ukuran 6-7gm per hari

SARAPAN-PEMBERI TENAGA
Menurut Andrea Wardle dari The College of Naturopathic,sarapan itu wajib dan sekurang-kurangnya bersarapanlah dua jam selepas anada bangun dari tidur. Ini penting untuk mengisi badan dengan bahan bakar selepas 'berpuasa' semalaman. Jadi,pilih sarapan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur,kacang dan bijian.









TEH-ELAKKAN KEGELISAHAN

Teh hijau atau teh chamomile boleh menjadi pilihan untuk meregangkan otot. Dalam buku Perfomance Nutrition,Dr Phaidon L.Toruan mengatakan theanine(asid amino) yang ada dalam teh tersebut dapat memberi kesan yang menenangkan. Manakala bisabolol(bahan aktif yang terdapat dalam chamomille essential oil) mengandungi anti iritasi,anti radang dan anti microbial yang baik untuk mengatasi gangguan tidur dan rasa panik.

KULIT EPAL YANG HEBAT
Kulit epal mengandungi phytochemicals(antioksidan) untuk mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Ambillah buah secara teratur dan makanlah buah dengan kulit asalnya. Pastikan anda mencuci dan bilas epal dengan air bersih sebelum menikmatinya.


* ramai orang nak cari biz TANPA MODAL...
* ramai orang nak cari biz TANPA JUAL PRODUK...
* ramai orang nak cari biz TANPA BERBUAT APA2...
* ramai orang nak duit TANPA KELUARKAN BELANJA...
* ramai orang nak duit TANPA PERLU TANGGUNG APA2 RISIKO...
* ramai orang nak duit TANPA BERUSAHA...

RUGI...RUGI...DAN SUNGGUH RUGI...
modal, produk dan usaha, ITULAH NAMANYA BISNES.
Jika anda rajin, berniat memang untuk mengubah taraf hidup dan menambah pendapatan HARIAN
Nak???
Whatsapp 019-6259604


BROKOLI-SUMBER TENAGA
Apabila badan penat,sudah tentu anda tidak ghairah untuk melakukan sebarang aktiviti.Ini kerana,stres membuatkan sistem pernafasan dan peredaran darah akan 'bekerja lebih untuk memastikan bahan bakar(glukosa) dalam aliran darah terus berfungsi. Kesannya juga boleh menyebabkan tenaga dalam badan terganggu.begitu juga kekurangan kalium atau potassium boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan stamina menurun. Kembalikan tenaga anda dengan pengambilan sayuran seperti brokoli yang tinggi potassium.

YOGURT UNTUK KETAHANAN BADAN
Untuk menambahkan imunisasi dalam badan,ambilah yogurt. Ini kerana ia mengandungi bakteria baik untuk menjaga saluran penghadaman dan ketahanan badan. Ambillah sekurang-kurangnya 2 cawan yogurt setiap hari.

SEDIKIT TAPI KERAP
Perlu tahu,hormon stres boleh mendorong pengeluaran kolesterol dalam badan dan jika jumlahnya berlebihan,ia boleh menyekat pembuluh darah yang mengakibatkan serangan jantung dan strok.Menurut Dr. Susan Smith Jones,pakar kesihatan Amerika Syarikat,dengan jumlah yang sedikit setiap 3-4 jam sekali boleh membakar metabolisme,menstabilkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan Kolesterol.