janin 8 bulan |
Kehamilan tentunya lebih menyeronokkan apabila bakal ibu dapat mempraktikkan aktiviti baru bersama janin di dalam kandungan. Hal ini kerana, janin yang berada di dalam kandungan sebenarnya mampu untuk memberi tindak balas terhadap rangsangan yang diberikan oleh persekitarannya.
Belajar Makan
Jika diperhatikan menerusi penelitian foto-foto yang dirakam menerusi USG, kita akan melihat bagaimana janin kelihatan sedang menghisap ibu jari atau sekadar menyuakan ibu jarinya ke arah mulut. Gerakan sebegini pastinya dapat dilihat pada usia kandungan 14 ke 16 minggu. Gambar yang terakam dengan gerakan sebegitulah menjadi bukti bahawa janin juga belajar makan sebagai persiapan mereka apabila dilahirkan kelak.

Sebaik sahaja mereka dilahirkan mereka akan menguasai cara untuk menghisap puting susu ibu mereka ketika penyusuan. Melalui gambar itu juga, bakal ibu boleh melihat tangan janin yang dominan semasa menyuakan tangannya ke mulut. Dari situlah, janin boleh dikenal pasti sama ada mereka kidal atau sebaliknya. .
Berolahraga
Janin mula membuat gerakan yang aktif, memusing ke atas dan ke bawah di dalam rahim sewaktu usia mereka 20 minggu. Janin aktif berpusing memandangkan ruang rahim masih luas untuknya melakukan aktiviti sebegitu. Tetapi gerakan janin mulai menjadi terhad apabila mereka mulai membesar. Biasanya memasuki usia 30 ke 32 minggu janin akan melakukan senaman yang berbeza. Misalnya janin akan bergerak setempat dan menendang.

Gerakan janin boleh dialami oleh ibu dengan melihat tonjolan-tonjolan kaki mahupun tangan pada permukaan perut. Malah janin juga akan bermain dengan tali pusat saat bersenam.
Janin Pandai Merasa
Pada usia kehamilan mencapai 7 ke 8 minggu, deria rasa janin mulai terbentuk. Pembentukan ini akan terjadi dengan lengkap pada usia kehamilan minggu ke 14. Pada masa itulah, janin boleh membezakan antara rasa pahit, manis dan masam pada air ketuban. Terdapat juga beberapa keping gambar dari USG yang merakam gerakan janin sedang menjulur lidahnya untuk menjilat uri dan dinding rahim. Ini bukti bahawa janin sedang mengeksplorasi dengan pancainderanya.

Bergembira
Sebaik sahaja janin telah bergerak, ia akan dapat melihat benda-benda di persekitaranyang dapat dipegang, digenggam dan digunakan untuk bermain dan bergembira di dalam rahim. Sebaik sahaja jari-jari tangan lengkap terbentuk dan dapat digerakkan untuk menggenggam dan memegang, janin akan mencuba untuk meraih dan memegang. Jika dilihat dari gambar yang diambil jelas kelihatan janin sedang memegang tali pusat dan seakan bermain tali.

Apabila anda memutarkan lagu-lagu tertentu secara berulangan, setelah janin lahir dia akan mengenali lagu tersebut.
Bermimpi
Menerusi USG empat dimensi, dapat dilihat janin di dalam rahim ada ketikanya mempunyai aktiviti gelombang otak yang sama dengan gelombang otak seseorang sedang bermimpi. Pada usia kehamilan 24 ke 30 minggu, janin mulai bermimpi. Bukti ini dapat diperoleh menerusi hasil imbasan pada gerakan bola matanya yang dikenal dengan istilah Rapid Eye Movement (REM). Gerakan ini sebagai satu proses persediaan janin untuk berhadapan dengan kehidupan selepas dilahirkan.

No comments:
Post a Comment