nuffnang

LIKE ME

Wednesday 23 January 2013

CARA CEGAH OBESITI

Seorang wanita akan sentiasa mengalami perubahan hormon dalam badan mereka. Dua hormon yang penting bagi wanita ialah hormon estrogen dan progesteron. Fungsi hormon estrogen ialah mengekalkan sifat kewanitaan seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan keanjalan kulit.Fungsi hormon progesteron pula ialah mengekalkan ciri kewanitaan, kesuburan, ketenangan emosi, kesihatan tulang, antikanser dan menstabilkan air dalam badan. Perubahan hormon berlaku setiap kali berlakunya kitaran haid,  mengandung, selepas bersalin serta menopaus. Kaedah perancangan keluarga yang berasaskan hormon juga menyebabkan hormon tidak stabil di dalam badan.  Perubahan hormon ini menyebabkan seorang wanita itu kerap mengalami masalah mengawal berat badan.

OBESITI

Menurut Pakar Perubatan, Dr. Nurhalina Azly Minhat, obesiti ialah keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula Kiraan: BMI = berat (kg)/tinggi(m) x tinggi(m). Jika seorang ibu mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik akanmeningkat. Antara penyakit-penyakit kroniknya ialah serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi, penyakit gout, kolesterol tinggi, kerosakan hati serta penyakit metabolik seperti kencing manis.Apabila berat bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral. Lemak visceral menyebabkan risiko serangan jantung. Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat menampung berat dan mula mengalami sakit lutut.

Obesiti yang berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula  seterusnya meningkatkan paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetes atau penyakit kencing manis. makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi.


Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah. Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran.  Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.  Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis. Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit. Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika. Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti. Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan
. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini memerlukan pemantauan  doktor.

Rawatan HCG bukan sahaja dapat mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari. 

Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut.

Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.

Menawan Dengan Pembayang Mata

Pernahkah kamu diajukan perkataan seperti ini oleh teman-temanmu? Ada benarnya juga, ada kalanya penggunaan pembayang mata yang keterlaluan boleh menyebabkan kamu kelihatan pelik. Silap-silap hari bulan ada pula yang mengejek kamu seperti badut! Jadi, sebelum kamu menjadi bahan ejekan mereka, jom pelajari beberapa tip untuk memilih dan memakai pembayang mata!

1.    Pemilihan warna yang betulMencuba pembayang mata sebelum membeli adalah satu teknik yang terbaik untuk kamu memastikan sama ada pembayang mata itu sesuai dengan warna kulit kamu atau tidak. Minta bantuan daripada petugas kosmetik untuk memberi pandangannya tentang warna yang sesuai dengan matamu. Sekurang-kurangnya kamu tidaklah membazir kerana tersalah memilih warna.

2.    Berani bermain dengan warnaJika zaman dahulu penggunaan warna pembayang mata harus sama dengan warna baju atau tudung, tetapi kini semuanya sudah berbeza. Kamu harus bijak menggunakan ton dan berani bermain dengan warna. Jadi, elakkan daripada memakai satu lapisan warna sahaja kerana teknik itu sudah lapuk dek zaman.

 3.    Teknik yang betulTeknik aplikasi yang betul juga penting buat kamu yang suka memakai pembayang mata. Ini bagi mengelakkan kamu daripada kelihatan seperti badut atau mungkin juga Opera Cina. Jadi, pastikan kamu menggunakan teknik sapuan yang betul!

4.    Gunakan beberapa trik yang adaUntuk memberi kesan yang lebih menawan, apa kata kamu gunakan beberapa trik seperti mengoleskan pembayang mata yang berwarna cerah di bahagian tulang kening kamu atau mengoleskannya di bawah mata agar kamu kelihatan lebih segar. Trik seperti ini pasti akan membuatkan kamu kelihatan lebih berbeza berbanding biasa.

Periksa label makanan boleh kurus

RAMAI pengguna memilih untuk terus mengambil produk dari rak makanan tanpa memeriksa labelnya terlebih dahulu. Namun, bagi yang prihatin dengan kandungan nutrisi makanan, golongan ini bertuah kerana amalan memeriksa label pada bekas makanan berupaya membantu menurunkan berat badan sehingga empat kilogram.Menurut penyelidikan skala besar yang dijalankan ke atas lebih 25,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pemantauan kesihatan yang diketuai pensyarah Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, Maria Loureiro mendapati pengguna yang memeriksa label makanan lebih prihatin terhadap berat badannya.Menerusi kajian yang dimuatkan di Jurnal Ekonomi Pertanian itu juga, tabiat memeriksa label makanan mampu memberi kesan kepada pengamalnya.“Golongan wanita didapati lebih peka terhadap kandungan garam, lemak, gula, protein, serat, vitamin, dan mineral yang diambil. Sebanyak 74 peratus pengguna wanita lebih kerap memeriksa label nutrisi makanan berbanding 58 peratus pengguna lelaki.“Keadaan ini menjadikan kebanyakan bacaan indeks jisim tubuh (BMI) pengguna wanita 1.48 mata lebih rendah daripada lelaki yang jarang memeriksa label nutrisi makanan,” ujarnya.

Tuesday 22 January 2013

KEBENARAN SAUNA



Terdapat banyak cara untuk memastikan badan sihat dan bertenaga sepanjang hari. Anda boleh membuat perbandingan sendiri:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
 5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Keistimewaan Sampingan:
1.Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin
2. Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar
3. Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
4. Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll
5. Meningkatkan sistem kardiovascular
6. Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
 7. Melancarkan peredaran darah
 8. Meningkatkan sistem immunisasi badan
9. Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
10.Meningkatkan tahap metabolisma Saya yakin, ramai di antara kita yang tidak mampu membahagikan masa untuk melakukan senaman 3 kali seminggu disebabkan oleh kekangan masa bekerja dan menguruskan keluarga. Sauna ini sememangnya direka khas untuk wanita yang berkerjaya dan ingin tampil cantik dan sihat sepanjang hari. Lupakan semua pil pelangsing yang boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari. Hanya luangkan masa selama 15 hingga 20 minit sehari, anda mampu mengubahnya.

FAQ (Frequently Asked Question atau Soalan Lazim)

Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
 Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan.

 Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?
 Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori..Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi. Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan. Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.


Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu? Adakah perlu hari-hari?
 Tidak perlu hari-hari. 3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air segelas selepas bersauna.

Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
 Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

 Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang? Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
Tolong jangan makan nasi 3 pinggan selepas sauna. Cuba kurangkan kepada 1 pinggan. Anda lihat hasilnya. Banyakkan makan buah-buahan seperti pisang dan tembikai. Ia tidak akan rasa lapar dan tiada lemak. Kurangkan makanan junk food.

 Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak? Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara Menjaga sauna?
Set sauna kami Free Maintenance iaitu tak perlu dibasuh.. Untuk menjaga kebersihan sauna, sila lapik kain di bawah kerusi dan sekitar leher. Ini untuk pastikan peluh anda tidak kena pada sauna. Selepas sauna, buka sedikit zip kiri dan kanan dan letak di bawah kipas & spray sedikit Febreeze (anti bakteria) yang terdapat di Gedung Membeli-Belah. Sauna anda bukan sahaja bersih tapi wangi. Kalau terkena kotoran, tak perlu basuh semua sauna, just gosok dengan sabun kawasan kotor dan lapkan sahaja.

 Ada sauna yang harga lebih rendah?
Set sauna kami tidak perlu dipasang..Tiada berbelas-belas rangka kecil macam LEGO untuk anda susun untuk jadikan sauna..kecuali anda memang suka main LEGO..Anda hanya perlu buka terus dah boleh sauna. Set sauna kami adalah yang termudah untuk bersauna. Harga kami tawarkan adalah sangat berpatutan. Tidaklah terlalu murah dan mahal. Memang berbaloi..Tapi semua keputusan atas anda untuk buat pilihan sauna mana yang terbaik dan praktikal untuk anda.

 Sekiranya saya ada penyakit serius boleh kah bersauna?
Jangan! baik anda minta nasihat doktor anda terlebih dahulu..Sauna ikut kemampuan.
 Apa kebaikan Sauna Pants?
Untuk kempiskan bahagian perut,paha dan punggung..fitkan semula bentuk badan anda....bakar lemak,bakar kalori,cantikkan kulit,sihat tubuh badan
  




Untuk tempahan pm inbox mya qareena amir...MM,BELLA,LULU,MYRA,DIVA DAN EZY FIR. Penghantaran percuma disemenanjung Malaysia..

Sunday 13 January 2013

HILANG 3kg SEHARI

PELAN SEMULAJADI UNTUK TUBUH IDAMAN...


Tidak dinafikan.air putih adalah minuman yang murah dan senang untuk anda perolehi.Namun,ada juga yang tidak menggemari minuman ini.Kenapa? Air putih bukan sahaja menghilangkan rasa dahaga bahkan ia adalah minuman yang paling efektif untuk anda menurunkan berat badan kerana ia mempunyai zat tanpa KALORI yang baik untuk badan.


SARANAN PAKAR GIZI:

* Lakukan diet air putih selama 10 hari terutamanya bagi anda yang mempunyai ketahanan fizikal yang baik.Dalam tempoh ini,ia akan membantu meningkatkan proses detoksifikasi.

* Dalam diet ini,anda perlu minum air sebanyak 7-10 gelas air putih/suling setiap hari dan dikatakan dapat menurunkan berat badan sebanyak 2-3 kg sehari.

* Selain air putih,anda boleh melakukan diet air dengan mengambil makanan berbentuk cair seperti sup,jus buah,teh atau kopi tanpa gula dan krim.Pastikan buah juga mengandungi banyak air.

MANFAAT LAIN DIET AIR PUTIH

Menurut ilmuan ,Brenda Day,seseorang yang diet dengan minum air putih selama 12 minggu sebelum makan sebanyak 3 kali sehari,mereka dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2-3 kg.Oleh itu,banyakkan minum air putih kerana ia adalah cara yang mudah,menyihatkan tanpa ada kesan sampingan,selain membuang toksin dalam badan dan melancarkan penghadaman.
Beberapa sebab air putih membuatkan tubuh anda sihat:


LEBIH KENYANG

* Sebelum anda mengambil hidangan utama,minumlah segelas air putih.Hasilnya,ia akan membuatkan anda tidak terlalu lapar sehingga jumlah makanan berkurangan.

* Selain itu,minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah.Tidak dinafikan keinginan untuk makan timbul akibat rasa haus.

TINGKATKAN METABOLISME BADAN

* Ia membantu anda kerana apabila badan kekurangan cairan,metabolisme berjalan dengan lebih lambat dan proses pembakaran lemak pada badan berada pada tahap maksimum.

* Ahli kesihatan turut mengatakan dengan minum segelas air suam setiap pagi,ia dapat meningkatkan fokus pada fikiran.

REHIDRASIKAN BADAN

* Jika seseorang mengalami dehidrasi,tindak balas pada badan akan menjadi lambat dan boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh sakit.Oleh sebab itu,badan memerlukan cairan agar dapat berfungsi dengan lebih baik.Tambahan lagi,ia akan membuatkan kulit anda menjadi halus,lembab dan rambut lebih sihat.

MENGELUARKAN TOKSIN

* Apabila anda minum air dalam jumlah yang cukup,badan anda akan mengeluarkan toksin dalam badan terutamanya ketika aktiviti membakar kalori.Kekurangan cairan juga boleh menyebabkan pembengkakan pada pergelangan kaki.

OTOT-OTOT TETAP SIHAT

* Air membantu dalam pembentukan otot-otot dalam badan.Apabila badan terhidrasi dengan baik,anda pun dapat bersenam dengan maksimum.Selain itu,air dapat membuatkan anda lebih segar selepas melakukan senaman berat.

MENJAGA KESIHATAN SELURUH BADAN

* Seseorang yang minum air yang cukup setiap hari mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah,kesihatan lebih baik dan memperbaiki fungsi hati dengan maksimum.

* Sistem imunisasi anda lebih baik,tidak mudah sakit dan lebih bertenaga ketika bersenam.

SYARAT_SYARAT MELAKUKAN DIET INI

* Seseorang yang melakukan diet air putih mestilah mengatur sebarang aktiviti yang dilakukan.Jangan sesekali melakukan aktiviti yang banyak tenaga dan boleh mengeluarkan peluh yang banyak.

* Sebelum anda ingin melakukan diet air putih,pastikan anda mendapat nasihat dari pakar,lebih-lebih lagi anda yang mempunyai masalah kesihatan jantung dan diabetes.

* Jika anda melakukan diet air putih lebih dari seminggu tetapi tidak boleh meninggalkan rutin lain yang biasa dilakukan,anda boleh memasukkan jus buah.

* Tidak dibenarkan sama sekali diet menggunakan air mineral.Anda harus menggunakan air suling yang mempunyai sifat magnetik untuk meningkatkan proses detoksifikasi.

* 8-10 hari sebelum anda melakukan diet air putih,anda perlu makan lebih banyak buah dan sayuran,minuman jus sayuran dan jus buah. Ini untuk membantu mempersiapkan badan untuk detoksifikasi.

* Dalam tempoh anda melakukan diet ini,kemungkinan anda mengalami masalah pening dan pusing secara tiba-tiba.Jadi di ingatkan supaya anda berhati-hati ketika berdiri,menarik dan hembus nafas untuk meningkatkan pengaliran darah.

* Jauhi makanan berat yang berlemak ,berminyak dan makanan pedas. Elakkan daripada makan secara berlebihan. Jika anda tidak mengubah kebiasaan makan,kemungkinan berat badan anda akan bertambah dengan cepat..

INFO: Sila merujuk kepada doktor,pakar permakanan atau pakar diet terlebih dahulu sebelum anda memilih untuk mengamalkan diet ini..




Wednesday 9 January 2013

FANTASTIC PANTIES

Fantastic Panties Bila umur meningkat dan selepas bersalin beberapa kali, bentuk badan wanita, terutamanya payudara dan punggung lah yang akan 'jatuh' dahulu..atau kendur..banyak cara boleh dilakukan seperti pembedahan, bersenam dan sebagainya.. Kini berada dalam pasaran...BERITA BAIK..kepada kaum wanita yang inginkan bentuk badan yang sempurna dengan kos yang rendah..tanpa bedah silikon anda boleh dapatkan bentuk punggung idaman anda hanya sekelip mata dan begitu mudah.. Fantastic panties nazcon diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi daripada sponge hingga bentuk seluar dalamnya sama seperti pembedahan silikon..dan apabila anda pakai ia akan terletak kemas di punggung..kualiti kain bukan seperti seluar dalam biasa..ia begitu kemas dan melekat di punggung apabila anda memakainya..menjadikan punggung anda lebih montok dan menarik..GETAH KHAS DIGUNAKAN SEKELILING PEHA DAN PINGGANG SUPAYA IA TAK TERLONDEH.. Terdapat 2 saiz iaitu M - pinggang 26-28 inci / dan saiz L - pinggang 29 
tempahan hubungi saya di talian 0196259604 @pm inbox mya qareena amir @laman blog qareenaamirsaunahome

HOT CHILI CREAM

CAMPAIGN STARTING AT JANUARY 2013.. PRODUK PELANGSINGAN BADAN TERKINI BERASASKAN SISTEM SAUNA YANG PALING LARIS DIPASARAN...DENGAN FUNGSI MEMBAKAR KALORI,lemak,melancarkan peredaran darah dll...dapatkan untuk kegunaan PRIVASI anda diRUMAH...
HOT CHILLI KRIM nazconsauna telah terbukti berkesan!!..Ramai pengguna telah berpuashati dengan hasil nya..Dengan 100% ekstrak herba seaweed extract, Cili, Halia bara ia membantu membakar lemak yang berlebihan di lapisan2 kulit anda dan bahagian2 yang banyak selulit..ia mencantikkan kulit, mencantikkan bentuk badan anda di samping menjaga kecantikan kulit..mengurangkan selulit di belakang peha..bawah lengan, perut dan punggung. Gunakan selepas mandi..sapukan ikut arah jam secara putaran hingga betul2 meresap..ia akan mula panas setelah 2-3 minit sapu..Anda akan rasa hangat membara dan akan bertahan hingga 1-2 jam ikut banyak mana anda sapu..Jangan sapu terlalu banyak untuk pertama kali pakai..sapu sikit2 dulu..kalau sapu banyak ia akan terlalu panas.. Ramai pelanggan2 yang sakit2 badan juga gunakan Hot Chilli Krim dan ia memang mujarab. Gunakan Setiap hari selepas mandi..sapu kawasan badan yang dikehendaki saja..lebih baik sapukan slim krim dan pakai baju atau seluar pelangsing nazcon..untuk kesan maksimum pembentukan badan.

....tempahan hubungi saya di talian 0196259604 @pm inbox mya qareena amir @laman blog qareenaamirsaunahome

EZY FIR SAUNA

CAMPAIGN STARTING AT JANUARY 2013.. PRODUK PELANGSINGAN BADAN TERKINI BERASASKAN SISTEM SAUNA YANG PALING LARIS DIPASARAN...DENGAN FUNGSI MEMBAKAR KALORI,lemak,melancarkan peredaran darah dll...dapatkan untuk kegunaan PRIVASI anda diRUMAH... 
Set Ezy FIR sauna ialah kaedah rawatan FIR atau (sinar Infra Merah) yang terbukti berkesan untuk memberi kebaikan terhadap badan manusia. Sinar Infra merah akan menyerap jauh kedalam badan dan caj-caj ion negatif akan merangsang perkembangan antibodi dan meningkatkan metabolisme sekali gus membakar lemak, kalori dan kolesterol berlebihan dalam badan.Set Ezy FIR sauna Jenama Nazconsauna telah diperakui keberkesanan nya sejak 2008..Ia membantu melancarkan peredaran darah, membantu mencantikkan bentuk badan, membakar kalori, meningkatkan metabolisme (tingkatkan kecergasan), anda akan berpeluh2 seperti berjogging 2 km utk sauna 40 minit..Sekira nya anda tiada masa bersenam, berjogging atau menjaga kesihatan anda..Anda WAJIB melabur untuk Set Ezy Fir sauna kami..Berikut kelebihan Set Ezy FIR nazconsauna:-1) Jaminan 3 tahun (kami akan menjaga set sauna anda jangka masa yang lama)..2) Automatik OFF..Suhu set sauna kami selamat di gunakan oleh golongan lelaki dan wanita..Terdapat pelbagai suhu untuk di pilih..Dan masa antara 5-40 minit..Anda boleh sauna dengan selesa.3) Syarikat kami berpengalaman sejak 2003..Hampir sedekad membekal set sauna di rumah dan syarikat yang stabil..So kami akan membantu anda memberikan servis selepas pembelian dan mudah untuk anda hubungi kami.4) Rangka daripada Fiber keras untuk tahan lama.5) Kain daripada 3 lapisan tebal untuk memrangkap lebih banyak haba.6)Percuma penghantaran seluruh Semenanjung Malaysia..Kebaikan Set sauna nazconsauna:-1. Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membuang angin meroyan, menyegarkan badan, banyak susu badan.2. Anda akan berpeluh-peluh dan terasa segar.3. Memudahkan tidur.4. Melancarkan peredaran darah.5. Mencantikkan kulit, membuang sel-sel kulit mati dan degil.6. Awet Muda. Dengan bersauna selalu anda akan kembali muda remaja.7. Menurunkan berat badan. Terutama nyer wanita lepas bersalin..  Model – Ezy FIR SaunaPower – 650WSaiz – 80cm x 70cm x 95cmBerat – 6kgKawalan Masa – 5-30minitKawalan Suhu – 40 C- 65 CPasang Siap.Warna – Putih.Kelebihan Infrared SaunaKajian biologi mendapati bahawa gelombang infrared antara 5.6um-15 um boleh memberi faedah terapi yang terbaik kepada badan manusia.Manfaat sinar inframerah jauh :Inframerah menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh darah membesar, meningkatkan suhu kulit, memperbaiki peredaran darah dan mengurangi tekanan jantung.Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infra merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.Mengurangkan kesakitan sendi, urat saraf.Mencantikkan kulit.Mengurangkan selulitMengurangkan stress.Mengurangkan masalah sinus, resdung dan migraine.Meningkatkan sistem imunisasi badan. Memulihkan selsema dan demam.Meningkatkan metabolisme (600 kalori baker dalam 30 minit). Bila pengaliran mikro meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisme. Hal ini juga akan mengurangi beban hati dan ginjal.Menyeimbangkan pH dalam tubuh.Bertindak sebagai antioksida..Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.Anti penuaan.



tempahan hubungi saya di talian 0196259604 @pm inbox mya qareena amir @laman blog qareenaamirsaunahome

DIVA STEAM SAUNA

CAMPAIGN STARTING AT JANUARY 2013.. PRODUK PELANGSINGAN BADAN TERKINI BERASASKAN SISTEM SAUNA YANG PALING LARIS DIPASARAN...DENGAN FUNGSI MEMBAKAR KALORI,lemak,melancarkan peredaran darah dll...dapatkan untuk kegunaan PRIVASI anda diRUMAH...
Dengan Pembelian Set Sauna Nazconsauna anda bukan saja akan bawak balik Set sauna Malahan banyak Free gift seperti barangan kecantikan dan kesihatan yang lain..Set Diva sauna wap merupakan Gabungan Kaedah Tradisional-Moden untuk memudahkan anda bersauna dengan privasi hanya dari rumah..Kelebihan Set Sauna Diva sauna wap ialah:-1) Kain yang tebal (3 lapisan) dan kain yang baru bukan terpakai..2) Warna kain yang tidak pudar..3) Periuk Sauna wap yang besar dilengkapi dengan alat kawalan jauh.4) Jaminan 3 tahun (kami menjaga servis selepas pembelian barangan anda dalam jangkamasa yang lama).5) Pelbagai hadiah2 menarik akan dibawa pulang.6) Terdapat 3 warna menarik iaitu Rose Red (MERAH), Luv Purple (UNGU), Ocean Blue(BIRU)..7) Semua set sauna kami menggunakan rangka keluli tahan karat, tidak patah dan mudah di lentur, BUKAN RANGKA PLASTIK..8) Kami telah bekerjasama dengan Pembekal Sauna untuk memastikan suhu periuk sauna kami adalah bersesuaian digunakan oleh golongan lelaki dan wanita..Terdapat 6 tahap suhu berbeza dan tidak sama dengan mana2 sauna pengeluar lain..Suhu dari tahap 1(perlahan) hingga tahap 6(suhu panas)..Pelanggan boleh pilih suhu kesukaan anda dan masa kesukaan anda..Kebaikan Set sauna nazconsauna:-1. Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membuang angin meroyan, menyegarkan badan, banyak susu badan.2. Anda akan berpeluh-peluh dan terasa segar.3. Memudahkan tidur.4. Melancarkan peredaran darah.5. Mencantikkan kulit, membuang sel-sel kulit mati dan degil.6. Awet Muda. Dengan bersauna selalu anda akan kembali muda remaja.7. Menurunkan berat badan. Terutama nyer wanita lepas bersalin.

... tempahan hubungi saya di talian 0196259604 @pm inbox mya qareena amir @laman blog qareenaamirsaunahome

Monday 7 January 2013

Pemakanan cegah kanser

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan 1. Daging merahSel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.2. GulaGula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.3. GaramGaram yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.4. Makanan laut cengkerangKebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.5. Kopi, teh, coklatKetiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.6. Makanan cuka tinggiElakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.7. Makanan berminyakElakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.8. Hindari alkoholMinuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.9. Makanan kandungan lemak tinggiKanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah.Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.Ini kerana bila seseorang menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.Nabi Muhammad bersabda "Berubatlah kamu dengan dua perkara - madu dan al-Quran" (Hadis Riwayat Ibnu Majah).Madu adalah ubat segala penyakit tetapi dengan syarat tidak menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan menyebabkan kita sembuh, itu adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk menyembuhkan kita.Jadi di sini wajar pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.Kajian saintis barat menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat mengganti gula.Disebutkan dalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang air zamzam "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan".Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya "Dan penyembuh penyakit". (Hadis Riwayat Muslim).Di dalam proses penyembuhan penyakit kanser digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin.Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ada menganjurkan pakej umrah untuk pesakit dan orang ramai.Selalunya pesakit yang menyertai pakei umrah ini, selain melakukan perubatan di Tanah Suci, disyorkan meminum air zamzam sebanyak mungkin bagi membantu proses rawatan di samping mengamalkan bacaan ayat al-Quran yang telah diberikan.Nabi Muhammad SAW bersabda "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit" (Hadis Riwayat Muslim).Jadi di sini memang wajar umat Islam mengambil berat tentang jenis makanan dan diet yang diambil setiap hari agar tubuh kita sihat dan dapat menikmati kualiti hidup.Nabi SAW bersabda "Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah...." (Hadis Riwayat Muslim).Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.Untuk makluman pembaca, rencana ini adalah sebahagian daripada coretan dalam buku saya berjudul "Quranic Medicine in Healing Cancer" atau "Perubatan Al-Quran dalam Rawatan Kanser" yang akan diedarkan di pasaran insya-Allah pada Februari 2013.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_05/Pemakanan-cegah-kanser#ixzz2HItDyIfj © Utusan Melayu (M) Bhd 

Bersenam untuk sihat

DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak.Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua orang. Justeru, melakukan aktiviti fizikal secara kerap sangat penting untuk gaya hidup sihat.“Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menjadi aktif, mula dengan perlahan. Meningkatkan tahap aktiviti secara beransur-ansur penting supaya anda tidak terdedah kepada risiko kecederaan pada otot, ligamen dan sendi ataupun serangan jantung, apabila anda menjadi lebih aktif daripada biasa secara tiba-tiba”, nasihat Dr. Mahenderan Appukutty, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).“Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah kesihatan kronik seperti artritis, diabetes, penyakit jantung, asma, atau gout, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada keadaan anda akan mengehadkan keupayaan anda untuk aktif. Kemudian, bincang dengan doktor atau pelatih fizikal yang diiktiraf tentang rancangan aktiviti fizikal yang sesuai. Apa yang penting jangan menjadi tidak aktif langsung. Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu”, tambah Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).Manfaat Aktiviti Fizikal“Dr Tee berkongsi beberapa lagi manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu.- Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit.- Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus.*Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya." Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif.Berikut merupakan panduan untuk membantu anda dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang aktif.- Pilih menaiki tangga berbanding lif atau eskalator di pejabat, pusat membeli-belah dan sebagainya.- Pilih berjalan ke kedai, surau atau tempat sembahyang yang berdekatan, daripada memandu kereta.- Lakukan kerja-kerja rumah, seperti menyapu dan mengelap lantai.- Jika boleh, berjalan kaki ke tempat destinasi anda.- Melakukan aktiviti berkebun, seperti menyusun pasu bunga atau menjaga dan menyiram tanaman anda.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2HIrq30m5 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 5 January 2013

RAHSIA SIHAT SEMULAJADI

Tahukah anda,tanpa mengeluarkan wang yang banyak atau melancong ke luar negara untuk mencari bahagia,anda cuma perlu meluangkan 20 minit untuk melakukan aktiviti sihat iaitu menarik nafas secara perlahan-lahan,bayangkan  seorang anak yang gembira,penuhi fikiran dan hati dengan cinta dan kasih sayang untuk membuatkan mood positif.

Jom mulakan aktiviti yang membahagiakan..

9.00 pagi: Minum Teh Hijau

Mulakan hari anda dengan minum teh hijau.Kebiasaan dengan minum teh hijau sekurang-kurangnya empat gelas setiap hari  dapat mengurangkan depresi sehingga 4% .Ini kerana kandungan theanine dalam teh hijau mampu mengeluarkan serotonin dan membuatkan anda lebih tenang.

12.00 Tengahari: Lakukan Detoksifikasi

Berbanding dengan membeli hidangan tengahari yang pelbagai,lebih baik anda membawa bekal dari rumah yang boleh membantu mengeluarkan racun dalam badan. Antara hidangan pilihan dari rumah ialah buah,sayuran segar,ikan,roti penuh mill dan sebagainya.

4.00 Petang: Mengambil angin

Daripada anda menghabiskan masa dengan mengunyah snek sambil bergosip ria,apa kata luangkan masa selama 20 minit untuk berjalan-jalan santai setiap hari.Seseorang yang aktif bergerak mempunyai hormon endorphin yang boleh meningkatkan mood yang lebih banyak.

7.00 Malam: Zat Besi Dalam Hidangan Makan Malam

Kekurangan zat besi boleh membuatkan anda sukar tidur dan berfikiran  dengan baik,seterusnya mempengaruhi mood sehari-hari.Penuhi pengambilan zat besi melalui permakanan(daging tanpa lemak atau kacang hitam) atau supplement.Untuk pengambilan maksimum,ambillah supplement zat besi pada makan malam atau supplement yang mengandungi  18mg zat besi.(untuk anda yang mengalami par monopaus)

10.00 Malam: Masa Untuk Berehat

Masa untuk berehat tetapi sebelum anda tidur,luangkan masa dengan membiasakan menulis 3 perkara yang menggembirakan untuk anda hari ini di dalam diari atau blog pribadi.


CIPTA KEBAHAGIAAN

50% faktor kebahagiaan dipengaruhi oleh konsep apa yang anda miliki

10% faktor kebahagiaan dipengaruhi oleh keadaan

40% bergantung kepada diri sendiri dalam menghadapi tekanan,rutin harian atau menghargai masa.







TIP BERFESYEN DENGAN GAYA 'PEPLUM'

Dunia peredaran fesyen terkini hebat memperkatakan gaya yang makin digemari oleh kaum hawa iaitu Peplum..gaya era 60-an yang kini diberikan nafas baru bagi peminat-peminat fesyen..boleh digayakan oleh semua citarasa bebas,mahupun muslimah moden mengikut citarasa sendiri..Peplum @Tunic dalam bahasa Greek ini bermaksud Short overskirt that is ussually attached to a fitted jacket,blouse or dress.Jika dahulu peplum hanya dipadankan dengan skirt ketat dengan potongan duyung,kini dengan pelbagai gaya yang lebih meluas.Rekaan blazer,jaket,blouse,top,malah baju kurung yang sangat popular dengan gaya peplum.



Disini terdapat beberapa tips sebelum anda membeli :

  • Gaya peplum lebih kepada smart kasual tetapi jika anda seorang yang kreatif dan bijak menyesuai padankan pakaian,anda juga boleh melakukannya mengikut situasi dan keadaan yang bakal tempuhi.Contohnya,ia boleh dipakai bersama legging,skirt atau skinny jeans.
  • Kenalpasti bentuk tubuh anda berada di dalam kategori apa supaya anda tidak kelihatan pelik
  • Seperti yang anda sedia maklum,peplum boleh dikategorikan sebagai pakaian yang mempunyai bentuk kembang atau seperti kelopak bunga di pinggang bertujuan untuk memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh lebih terbentuk..
SOALAN

Adakah anda bosan dengan gaya baju kurung moden,kebaya atau baju kurung pesak?

JAWAPAN

Kini kurung Peplum sedang hangat diperkatakan.Ia sesuai digayakan ke majlis-majlis rasmi dan keramaian.Namun ramai yang beranggapan,ia hanya sesuai digayakan oleh mereka yang mempunyai perut yang leper dan langsing sahaja. Tetapi tidak sebenarnya,jika anda pandai dengan memberi sedikit perhatian pada bahagian ropol supaya tidak terlalu kembang dan warna material yang digunakan tidak terlalu terang.

Kebiasaannya material untuk baju kurung peplum menggunakan kain licin seperti kain crepe yang lembut,sejuk dan tidak jarang.Di bahagian kolar baju akan disediakan zip dan cangkuk baju pada bahagian belakang.Kainnya pula sudah tentu direka dengan potongan duyung dan beralun.Si pemakai pasti akan kelihatan lebih tinggi dan langsing.

Turut menjadi pilihan di majlis pertunangan dan perkahwinan..


TIP MEMILIH

Tubuh ramping  :
 
Bagi yang memiliki tubuh yang ramping dan menarik,gayakan peplum sesempurna citarasa anda.
 
Tubuh gempal   :
 
 Bagi yang bertubuh gempal, pilihan peplum berwarna gelap bagi menimbulkan ilusi ramping
 
Tubuh berisi      :
 
Bagi yang agak 'berisi' pilihlah "kelopak bunga" yang tidak terlalu kembang bagi  mengelakkan anda kelihatan sarat
 
Tubuh kurus      :
 
Bagi yang bertubuh kurus ,gaya peplum ini merupakan gaya penyelamat bagi  anda kerana memberi visual lebih berisi dan berbentuk.Pilihan warna yang terang seperti oren,merah atau biru terang dan dihiasi aksesori seperti rantai dan beg besar. Pasti terserlah aura dalaman dan keyakinan anda.
 
Berhijab:  
          
 Bagi yang berhijab,usah bimbang kerana terdapat juga peplum yang direka sedikit labuh dan menutupi punggung.Jika bukan skirt potongan duyung,anda juga boleh memadankannya dengan skirt kembang atau seluar berpotongan lurus.Pasti anda tampak lebih moden..

Friday 4 January 2013

20 TIP KURUS SEBENAR



Permakanan diet rutin anda sering menjadi rungutan para wanita khususnya wanita yang mementingkan kecantikkan dalaman dan luaran terutama dalam soal berat badan. Di sini terdapat beberapa tips kurus yang amat mudah dan berkesan..




  1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi.Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari
  2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandngi sayuran dan buah-buahan
  3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam.Ambillah telur rebus,epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut.Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis tersebut.
  4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran pada menu anda.Jika anda sudah lakukan,anda boleh tambahkan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
  5. Untuk setiap hidangan jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar.Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.
  6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak.sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang
  7. Bawalah bekal ke pejabat.Ini untuk membantu menggelakkan anda makan tengahhari secara berlebihan
  8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama 2 minggu.Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda.Namun,jika anda bertahan,pasti akan menjadi kebiasaan.
  9. Jangan 'jadikan' diri anda gemuk dengan 'memenuhi' permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
  10. Jika anda suka mengunyah ketika stress,inilah masanya untuk berubah.Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat.carilah jalan untuk mengatasi stress tanpa melibatkan makanan.
  11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain.Mulakan dengan salad,sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama,sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori.
  12. Ambillah sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam.Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam.ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang
  13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ' hidup sihat'. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan kita.
  14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah,cubalah kurangkan sedikit demi sedikit.Lama-kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.
  15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan.Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
  16. Tulis di atas sekeping kertas 'tutup selepas makan malam'.Tampalkan di pintu peti ais.
  17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini mengingatkan anda bahawa waktu makan malam sudah habis.
  18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
  19. Makanlah ketika tiba waktu makan.Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca,menonton televisyen atau melayari internet.
  20. Sebelum anda membeli belah,berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli-belah tersebut.

Tuesday 1 January 2013

Hijau-hijau si Epal hijau

Adakah anda peminat setia Epal hijau? Tentu kerana warnanya yang kehijau-hijauan dan rasanya yang masam-masam manis..tetapi anda tidak tahu akan khasiatnya. Jom ketahui apakah khasiat sebenar yang terkandung di dalam sebiji Epal hijau ini....


Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol tidak baik.Namun ,masih ramai yang tidak tahu tentang khasiat epal hijau kerana kebiasaannya epal merah lebih digemari disebabkan rasanya yang lebih manis berbanding epal hijau yang masam.

Epal hijau mengandungi zat besi,magnesium,potasium,kalsium,soldium,vitamin C,vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulit buah...

Soalan:

Adakah dengan memakan Epal hijau dapat mencegah pelbagai kemungkinan sistem badan manusia?

Jawapan: 
Ya,ia mampu kerana mempunyai antioksidan yang boleh mencegah tulang rapuh & penyakit, masalah pencernaan,baik untuk gigi,menurunkan paras kolesterol,mengimbangkan zat dan melambatkan proses penuaan.
Antioksidan 
 * Zat fitokimia di dalam epal berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan kolesterol yang berpotensi menyumbat pembuluh darah. 
* Pada masa yang sama,antioksidan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada badan 
* Pada tahun 1996,kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%. Mencegah Tulang Rapuh dan penyakit 
*Epal hijau dikatakan mampu mempertahankan kadar estrogen ketika menopaus. 
* Rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh menyebabkan tulang rapuh dan penyakit jantung. Ia boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam sebiji epal hijau. Masalah Pencernaan 
* Serat di dalam epal membantu mengurangkan masalah pencernaan. 
* Membantu mengurangkan berat badan 
* Masalah sembelit dan cirit-birit juga dikatakan boleh diatasi dengan diet epal dalam kehidupan seharian anda. Baik Untuk Gigi 
* Sebiji epal sehari mengandungi satu pertiga keperluan vitamin C yang baik untuk gigi 
* Mengunyah epal dikatakan cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi kerana ia merangsang pengeluaran amylase(air liur) walaupun ia mengandungi gula buah asli seterusnya membantu mengelakkan kerosakkan gigi. Menurunkan Kadar Kolesterol 
*Epal juga mengandungi pectin iaitu sejenis serat larut yang mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. 
*Kajian menunjukkan,didalam epal terdapat D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35% Mengimbangkan Zat 
*Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal dikatakan mampu mengimbangkan kandungan zat dalam tubuh badan mereka. 
*Membantu mencegah pembentukan lemak dalam badan Melambatkan Penuaan 
*Ia mempunyai kandungan agen antioksida yang boleh menentang radikal bebas serta membantu melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. 
*Membaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yang kering. 

Info~info 

 Antioksidan ialah bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas terhadap sel normal,protein dan lemak. Beberapa jenis antioksidan seperti vitamin,mineral dan fitokimia. Untuk yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman,kisarkan epal hijau dengan seleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan.Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem percernaan. Zat masam epal hijau sememangnya pembersih tubuh yang sangat baik...