nuffnang

LIKE ME

Saturday 10 November 2012

GEBUKAN KULITMU DENGAN SAUNA

Amalan mandi sauna atau wap banyak memberikan kebaikan bukan sahaja dari sudut kecantikan tetapi juga kesihatan.Mandi sauna dapat membuka liang roma dan mengeluarkan segala kekotoran dalam kulit.

Mengamalkan mandian sauna mampu menggantikan sel-sel kulit yang telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit.

ASAL USUL MANDI SAUNA

Asal usul mandi sauna atau mandi wap boleh diimbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu.Di zaman Empayar Greek,mandi sauna sudah lama diamalkan oleh masyarakat Rom dan ianya dikenali sebagai SUDATORIUM.Di zaman masyarakat empayar Turki(PERSIA),tempat mandi sauna awam dikenali sebagai 'BANJA'.Dalam erti kata lain,mandi sauna sudah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lama untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.Pada masa dahulu,mandi sauna diamalkan untuk membantu mengeluarkan racun atau toksik dari dalam tubuh. Namun sedikit ia mula terkenal.Sehingga kini ia telah menjadi asas bagi orang ramai untuk melakukan mandi sauna.

MANDI SAUNA Tradisional melayu

Pada zaman dahulu,malah masih diamalkan di setengah tempat,amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk.Pesakit duduk berhampiran dengan periuk dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap.Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidap demam,biasanya demamnya akan sembuh.Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah,akar-akar kayu dan lain-lain lagi.Keberkesanannya telah terbukti sejak turun-temurun kerana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit .Kini sistem merebus dan penyaluran wap herba herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkhidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

bersambung........

Friday 9 November 2012

SAAT NYAWA DI HUJUNG TANDUK

Hari Raya AidilAdha 2012 aku,suami dan adik bertolak pulang ke kampung untuk meraikan aidil adha dengan perasaan gembira...gembira sekali...

Tiba di kampung,pelbagai aktiviti n of courselah 'memasak' agend utama..seronok sekali..
selama dua hari dikampung terasa dua jam jer,tapi atas rasa tanggungjawab kami bertiga pulang ke kuala lumpur semula..dalam perjalanan pulang itu aku terasa sesuatu yang tidak enak,rasa tidak sihat. tp aku mendiamkan diri sahaja dan mengatakan tiada apa2..

Setelah menghantar adik ke rumah sewanya.aku dan suamiku pulang menuju ke kediaman kami di Taman Pelangi Semenyih dan dalam perjalanan itu diriku makin tidak selesa..darah period makin banyak yang keluar. Setiba dirumah,darah makin banyak keluar seperti orang tumpah darah...
badan makin lemah dan pening yang amat kuat..tidak pernah aku merasai semua ini...aku berehat dan keesokkan harinya atas nasihat mak yang menelefon dari kg,aku dan suamiku bergegas ke klinik Pakar Sakit Puan di kajang sentral dan doktor mengesahkan sesuatu yang aku tidak tersangka-sangka iaitu aku menghidap cyst ovari di kedua-dua ovari..bukan setakat itu sahaja,doktor mengesahkan juga kedua-dua cyst berkenaan makin membesar melebihi 10cm...Masyaallah....ingin rasanya aku menangis tp ketahan juga..doktor berkenaan juga menyarankan aku membuat pembedahan secepat-cepat yang mungkin kerana diriku berada dalam keadaan kritikal..lambat sikit nyawa aku dalam bahaya...Lemah longlai rasanya dan aku ke hospital Kajang untuk menjalani pembedahan itu on the spot. Aku hampir pitam ketika disorong dengan kerusi roda dan di masukkan ke wad 4 Pakar Sakit Puan..doktor2 pakar,staff2 nurse dan semua bertungkus-lumus memastikan aku berada dalam keadaan baik..

keluar dari dewan bedah,kulihat suami,mak dan adik menunggu aku diluar dewan bedah..dalam keadaan lemah aku senyum di dalam hati melihat kesetiaan mereka menunggu aku. dan aku terlena sekali lagi...

hari keempat aku dibenarkan keluar dan gembira aku dapat balik kerumah...yahooooo
terima kasih semua: doktor2,nurse2,suami,mak,adik dan saudara mara yang datang memberi semangat...terima kasih sekali lagi..


Catitan demi catitan:

25 oktober 2012: balik kg sambut hari Raya Aidil Adha

26 oktober 2012: sambut raya

27 oktober 2012: period dan sakit belakang kembali dan kali ini sakit ya amat-amat sakit

28 oktober 2012: dah dua hari di kg,tiba masanya pulang ke bandar...perasaan sedih bercampur baur
                            sakit dan errrrr....
                           sampai rumah darah tumpah yang besar-besar banyak..pening dan bawa tidur.
29 oktober 2012: pukul 11 pagi aku dan suami terpaksa pergi klinik pakar sakit puan dan menerima
                            berita yang amat menyedihkan} aku sakit rupanya....sakit kronik
                            pukul 1.00 ptg aku ke hospital kajang untuk menentukan masa depan aku yang  kian
                            'x nampak'

                            pukul 2.30 ptg aku di tahan di wad..
30 oktober 2012: pagi-tengahhari: suhu demam makin tinggi dan doktor segera membuat persiapan
                                                        untuk pembedahan .
                            tepat jam 5 ptg aku disorong ke bilik bedah dan setelah segala 'temuduga' tepat jam
                            6.30 ptg perjalanan hidup aku 'ditentukan'
                            tepat jam 9.30 mlm aku sedar seketika diatas troli dewan bedah. aku yang
                            kehilangan darah sebanyak 2 pain...aku tertidur kembali.
                            tepat jam 12.00 mlm,baru aku keluar dari dewan bedah dan dimasukkan kembali ke
                            wad.
31 oktober 2012: aku masih memakai tiub..pelbagai tiub dan bernafas semula..rupanya aku masih
                            hidup...alhamdulillah

1 november 2012: aku masih di wad dan doktor datang dan membenarkan aku pulang
                               Pulang??? balik rumah???? yahoooooo n kena berpantang pulak...adoiiiiiiii
                            tepat jam 7.30 mlm sampai kat rumah....yessss.








                                                                                                        huhuhu:
                                                                                                        Qareena amir Sauna Home
                                                                                                        10 november 2012