nuffnang

LIKE ME

Wednesday 12 September 2012

McDonald papar maklumat kalori pada setiap menu



WASHINGTON: Pertama mereka mula menawarkan salad, kemudian menambah buah-buahan dalam hidangan. Hari ini pula, McDonald mengumumkan akan menambah satu benda yang baru pada menunya bagi membantu pelanggan mendapatkan maklumat mengenai jumlah kalori hidangan. 

Penyedia makan segera terbesar dunia itu menyatakan bahawa bermula minggu depan, mereka akan menyenaraikan maklumat mengenai jumlah kalori hidangan pada lebih 14,000 restoran dan perkhidmatan pandu lalu di seluruh Amerika Syarikat (AS). 
“Di restoran McDonald, kami menyedari bahawa pelanggan ingin mengetahui tentang kandungan nutrisi daripada makanan dan minuman yang dipesan mereka,” kata Presiden McDonald AS, Jan Fields. 

“Sebagai syarikat yang sudah memberi maklumat mengenai nutrisi makanan sejak lebih 30 tahun, kami mahu menambah baik cara penyampaian maklumat nutrisi sedia ada kepada pelanggan dan pekerja kami,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment