nuffnang

LIKE ME

Saturday 15 December 2012

Makanan pencegah KANSER

Bak kata pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubati. Bagaimanapun hakikatnya,tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan.Sebaliknya,jika terkena atau disahkan menghidap penyakit,barulah tindakan segera diambil sama ada melakukan rawatan ataupun mula mengamalkan aspek pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser,haruslah dilihat terlebih dahulu mengenai puncanya. Yang pasti,permakanan sihat memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan akan datang. Antara permakanan tersebut ialah:

1: Kacang atau mentega kacang

Terdapat kajian yang mengatakan,memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut,kolon,paru-paru, dan lain2. Mengamalkan permakanan yang kaya dengan vitamin E seperti mentega kacang,kacang dan biji kuaci dalam diet seharian dan membantu menguatkan sel badan.

2: Oren

Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C merupakan antioksidan yang didapati didalam kebanyakan buah dan sayuan. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut,kolon,payudara dan serviks.

3: Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi beta-keroten yang merupakan antioksidan sangat hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-keroten dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru,perut dan kolon.

4: Ikan Salmon

Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D  mungkin dapat menghalang salur darah pada tumor yang membesar.

5: Bawang Putih

Dalam masyarakat moden,bawang putih dipercayai dapat mencegah serangan jantung,pengumpalan darah,menurunkan kadar kolesterol,tekanan darah,kadar gula dalam darah,penawar racun,pembunuh bakteria/kulat/parasit,pengikat radikal bebas dan banyak lagi. Zat-zat aktif yang terdapat di dalam bawang putih ialah vitamin A,B,C,kalsium,potasium,besi,keroten dan selenium.

6: Teh Hijau

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam  Journal of Cellular,kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol iaitu sejenis antioksidan kuat kerana mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu,sejak 20 tahun lalu,satu kajian telah dilakukan terhadap teh hijau ini dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan.

7: Buah beri merupakan buah terbaik untuk mecegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberry,blueberry dan cranberry. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.

No comments:

Post a Comment