DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak.Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua orang. Justeru, melakukan aktiviti fizikal secara kerap sangat penting untuk gaya hidup sihat.“Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menjadi aktif, mula dengan perlahan. Meningkatkan tahap aktiviti secara beransur-ansur penting supaya anda tidak terdedah kepada risiko kecederaan pada otot, ligamen dan sendi ataupun serangan jantung, apabila anda menjadi lebih aktif daripada biasa secara tiba-tiba”, nasihat Dr. Mahenderan Appukutty, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).“Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah kesihatan kronik seperti artritis, diabetes, penyakit jantung, asma, atau gout, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada keadaan anda akan mengehadkan keupayaan anda untuk aktif. Kemudian, bincang dengan doktor atau pelatih fizikal yang diiktiraf tentang rancangan aktiviti fizikal yang sesuai. Apa yang penting jangan menjadi tidak aktif langsung. Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu”, tambah Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).Manfaat Aktiviti Fizikal“Dr Tee berkongsi beberapa lagi manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu.- Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit.- Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus.*Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya." Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif.Berikut merupakan panduan untuk membantu anda dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang aktif.- Pilih menaiki tangga berbanding lif atau eskalator di pejabat, pusat membeli-belah dan sebagainya.- Pilih berjalan ke kedai, surau atau tempat sembahyang yang berdekatan, daripada memandu kereta.- Lakukan kerja-kerja rumah, seperti menyapu dan mengelap lantai.- Jika boleh, berjalan kaki ke tempat destinasi anda.- Melakukan aktiviti berkebun, seperti menyusun pasu bunga atau menjaga dan menyiram tanaman anda.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2HIrq30m5 © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment