nuffnang

LIKE ME

Friday, 14 December 2012

Pilihan musim hujan

Pilihan Makanan Sihat Ketika Musim HujanMusim hujan dan sejuk membuatkan tubuh memerlukan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk membuat tubuh kekal segar meski pada suhu yang sejuk. Jenis makanan berikut boleh dijadikan pilihan.EpalMemang rugi bagi yang tidak gemar menikmati buah ini. Buah yang sering dijadikan sebagai isi pai ini kaya dengan antioksidan dan juga vitamin C yang bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.Ubi keledekSatu lagi makanan yang seharusnya ada di dalam stok simpanan barangan dapur anda. Ubi keledek mengandungi vitamin A yang akan memberikan manfaat untuk kulit sihat dan mulus. Selain itu, ubi keledek juga mampu menjadi penambah sistem kekebalan tubuh ketika suhu semakin menurun.Labu kuningSayuran yang satu ini mengandungi banyak vitamin A. Sup labu hangat akan menjadikan musim-musim sejuk ini menyenangkan anda.TomatoSup tomato yang hangat boleh menjadi pilihan yang sesuai. Selain dijadikan masker untuk kekalkan kulit wajah yang cantik, buah tomato ini membantu mengurangi risiko penyakit jantung kerana kandungan antioksidan seperti likopen yang banyak di dalamnya.Brussels sproutSayuran ini dapat membantu me ningkat kan kekebalan tubuh dengan baik. Selain itu, jenis sayuran ini mengandungi zat besi, kalium dan juga vitamin K yang baik untuk tulang.Buah beranganJenis kekacang berwarna coklat ini akan membantu memelihara kulit agar kelihatan muda dan berseri. Kacang yang kaya dengan serat ini membantu tubuh mengekalkan tenaga.Buah delimaIa membantu kulit agar kelihatan tetap sihat dan juga bermaya melalui kandungan nutrisi yang baik di dalamnya terutamanya antioksidan.Lobak hijauLobak hijau mengandungi vitamin K, A dan juga vitamin C. Selain kaya dengan vitamin, lobak hijau juga kaya dengan serat.PirBuah pir mengandungi banyak vitamin C yang bermanfaat dalam mengekalkan imunisasi tubuh.

No comments:

Post a Comment