nuffnang

LIKE ME

Thursday, 21 June 2012

Rawatanbuangtatudigalakkan_

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rawatanbuangtatudigalakkan_MajlisFatwa/Article

 BOLEH kata satu dunia dah haramkan iklan rokok dan tembakau, tapi bilangan serta peratusan yang merokok makin bertambah.

Masa Kunta Kinte budak-budak dulu, iklan rokok ada dalam surat khabar, layar perak, papan iklan dan dinding kedai kopi.
Masa itu, rokok yang paling laris di tempat Kunta Kinte ialah Rough Rider. Nak sebut Rough Rider susah jadi orang kampung panggil rokok tembak sebab koboi yang tunggang kuda dalam logo jenama itu pegang senapang. Satu lagi ialah rokok cap kucing atau rokok merah yang nama sebenarnya Caravan A sebab dalam logo ada gambar kucing dan warnanya merah.
Lepas itu, bila negara kita tambah maju dan orang ada duit, barulah masuk rokok jenama antarabangsa macam Matterhorn, Camel, Malboro, Winston, Lucky Strike dan banyak lagi.

Di utara, rokok berjenama disebut rokok skrit, iaitu padanan perkataan ‘cigarette’ yang orang Melayu tak pandai sebut. Kemudian ada cerut, paip dan rokok daun.

Masa itu, boleh kata orang lelaki saja yang hisap rokok. Orang perempuan kampung hisap corot atau rokok daun. Di kalangan perempuan Jawa, mereka kunyah tembakau. Orang perempuan yang hisap rokok selalunya dikaitkan dengan kelab malam, rumah joget dan tempat hiburan lain.

Di Alor Setar pada masa itu ada sebuah kedai makan dan arak di Jalan Langgar yang upah orang perempuan Melayu jadi pelayan. Mereka adalah wanita separuh usia yang pakai kebaya ketat, hisap rokok macam kepala kereta api arang dan sangat intim dengan pelanggan lelaki.
Apabila balik sekolah, kita remaja lelaki lepas gian dengan mundar-mandir di depan kedai itu sampailah disergah oleh perempuan itu dengan bahasa mereka yang kasar. Tetapi ada seorang dua yang guna bahasa sensual dengan suara menggoda. Sapaan mereka itulah yang jadi bahan khayalan dan angan-angan sensual kita. Maklumlah zaman muda.

Imej itu terpahat di benak Kunta Kinte sampai ke hari ini. Apabila nampak wanita hisap rokok, ingatan Kunta Kinte balik ke kedai makan itu dengan pelayan perempuan yang merokok sambil meletakkan sebelah kaki di atas kerusi untuk pamerkan betis dan sebahagian paha mereka.

Hari ini, iklan rokok tak ada lagi. Ia diharamkan di radio, TV dan panggung wayang mulai 1970 lagi. Merokok pun tak dibenarkan lagi dalam kenderaan awam dan di tempat awam yang tertutup.

Jualan rokok dikawal dan di kotak rokok ada amaran kesihatan serta gambar ngeri akibat merokok, tapi bilangan dan peratusan orang yang merokok, tak kira lelaki atau perempuan, makin naik. Begitu jugalah dengan kejadian penyakit akibat merokok. Syarikat rokok terus untung besar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) anggar ada 1.3 bilion perokok di dunia dan seorang perokok atau bekas perokok mati akibat rokok setiap 6.5 saat atau kira-kira enam juta setahun. Angka kematian kerana rokok dijangka akan naik kepada 6.5 juta setahun pada 2015 dan 8.3 juta pada 2030.

Di China, 1.2 juta mati setiap tahun kerana rokok atau 2,000 sehari. Kalau aliran penagihan tembakau yang ada hari ini berterusan, satu bilion manusia dijangka mati akibatnya pada abad ke-21 ini. Kajian kesihatan dan perubatan dapati antara 22 peratus hingga 50 peratus perokok mati akibat tabiat mereka.
Purata, perokok pula hidup 15 tahun lebih pendek daripada bukan perokok.

Ada ulama yang buat fatwa kata rokok haram. Ada negara yang cuba haramkan rokok. Tapi nampaknya lagi haram, lagi orang suka.

Jadi, Kunta Kinte cadangkan bukan saja kita benarkan balik iklan rokok, malah kita wajibkan syarikat rokok buat iklan. Kalau mereka tak iklan, mereka kena denda berat. Dalam iklan itu mereka wajib bagi tahu dengan jelas bahaya merokok.

Kunta Kinte rasa setakat naikkan cukai rokok tak jadi. Kerajaan dapat banyak duit, tapi si pemadat akan belanja lebih banyak duit untuk beli rokok sampai tak cukup nak bagi makan anak bini.

Kita suruh syarikat rokok iklan banyak-banyak dan taja macam-macam kegiatan yang positif. Tapi dalam iklan, mereka kena gambarkan rokok macam hantu yang paling ngeri, sebab ramai orang kita takut hantu. Moga-moga dengan cara itu, kuranglah bilangan yang hisap rokok. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment