tidak tahu apa nak dikata mengenai penyakit masyarakat yang semakin hari semakin bersifat di luar tabii manusia yang waras. Mengapa nilai-nilai asas
seorang manusia nampaknya makin mundur? Penyakit ini bukan hanya terhad
di kalangan yang muda sahaja tetapi kalangan yang lebih tua pun tidak
kurang hebatnya.
Seolah-olah manusia di Zaman Batu lebih bertamaddun berbanding kita
yang hebat kemajuan teknologinya. Hebat sekali pencapaian ilmu kita
hinggakan baru-baru ini saya terbaca bahawa kumpulan maklumat yang telah
kita kumpul semenjak 30 tahun yang lepas melebihi ilmu yang dikumpul
oleh nenek moyang kita 5 ribu tahun sebelum jangkamasa 30 tahun ini!
Saya melihat masyarakat sekarang amat perlu kembali kepada soal-soal asas kehidupan bagi menangani bermacam-macam fenomena yang begitu mengancam kesejahteraan manusia. Tetapi dimana kita harus bermula?
Jika dilihat dari binaan asas seorang manusia itu, tanpa pengecualian setiap manusia mempunyai kerohanian, intelek, emosi dan fizikal. Tuhan juga telah menganugerah kepada setiap manusia kehebatan yang cukup besar
dalam diri manusia itu sebagai bekal dalam menjalani hidup di muka bumi
ini. Jadi soal samada semua manusia itu tidak mampu itu tidak timbul.
Semua manusia itu pandai!
Dari apa yang saya renung, apa yang amat diperlukan ialah manusia
perlu sangat jajarkan kehidupan kepada dua sumber rujukan iaitu Perintah Tuhan dan Kaedah yang ditunjukkan oleh PesuruhNya.
Jika tidak parah kita. Walau bagaimana sihat, bahagia atau kaya kita,
namun jika hidup ini tidak dijajarkan berdasarkan kepada dua sumber
rujukan ini, tunggukan saja saatnya diri kita dimamah oleh kecuaian diri
kita sendiri.
Bagi memudahkan kita menjajar kehidupan kepada dua sumber rujukan ini pula, amat perlu kita mempunyai matlamat dalam setiap cabang hidup kita. Matlamat ini sebenarnya bertindak sebagai alat untuk memastikan kita terus duduk di atas landasan dua sumber rujukan ini. Fikirkan ...
Bagi memastikan diri kita ini pula mempunyai matlamat yang
benar-benar mampu melaksanakan tugas di atas, kita perlu tahu bagaimana
membina matlamat. Banyak orang bercakap mengenai peri penting
bina matlamat. Tetapi yang dilihat, tiada satu sistem khusus dan
terperinci bagi melaksanakan hasrat ini.
Resepi pembinaan matlamat ini sebenarnya mampu kita lakukan jika kita berupaya menjawab 4 soalan asas kehidupan ini;
Siapa Saya?
Dimana Saya dalam hidup ini?
Kemanakah arah Tujuan Saya?
Bagaimanakah mencapai Tujuan Saya?
Moga Tuhan rahmati dan berkati hidup kita semua manusia ...
No comments:
Post a Comment