untuk dikejar. Perubahan
yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan
ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar.
Kata Mr. X,
"Dunia is like a shadow, if you try to grab it,
you won't be able to do so, but if you turn your back towards it, it
has no choice but to follow you."
Namun harus diingat, bukanlah tidak mengejar dunia bermaksud kita
mengasingkan diri dari masyarakat. Pergi beruzlah di dalam gua nun jauh
di hutan sana. Tidak mahu bercampur dengan masyarakat dek kerana
banyaknya maksiat. Ingat pesan ulama, orang yang bahagia di akhirat
adalah orang yang paling sibuk di dunia!
Masih kita berbicara tentang 'pantas' ataupun 'segera'. Kita semua
ingin sesuatu dengan segera. Sukar untuk ditunggu. Semuanya ingin cepat
sahaja. Mee maggi cepat dimasak enak dimakan - demikian lagu iklan
suatu ketika dahulu.
Sekadar peringatan, kehidupan kita tidak 'sesegera' itu. Untuk kita
menjadi diri kita hari ini, ia memerlukan masa bertahun-tahun. Untuk
sesorang itu berjaya dalam SPM, kebiasaannya ia memerlukan masa 17 tahun
lamanya.
Pendek kata, kehidupan ini adalah satu proses. Proses memerlukan masa
dan komitmen. Lebih menarik lagi, jika sesuatu itu adalah 'proses',
maka semua orang boleh melakukannya. Contoh mudah; masak nasi adalah
satu proses. Siapa pun kita, andai kita belajar proses memasak nasi,
insyaAllah, hasilnya nasi bukan maggi.
Mari kita tutup dengan sambungan bicara Mr. X,
"Kita ada proses untuk ke neraka dan proses untuk ke syurga.
Prosesnya tidak sama. Ramai orang kata saya hendak masuk syurga tapi
prosesnya menuju ke neraka. Pelik tapi benar. Semacam orang hendak minum
kopi tapi dibuatnya nescafe. Maka tepuk dada, tanya jiwa, anda melalui
proses yang mana?"
No comments:
Post a Comment