Apabila stres,makanan menjadi tempat anda melepaskan semuanya. namun, tidak semua makanan itu baik untuk mengurangkan stres. Mungkin boleh jadi lebih teruk Jadi,pilihlah makanan yang mengandungi zat untuk melawan stres. Terdapat 10 makanan yang boleh anda pilih ketika anda stres.
AIR-UBAT SEMULAJADI ANTI STRESS
Kajian menunjukkan hubungan yang kuat antara dehidrasi dengan depresi. Sebanyak 85% jaringan otak terdiri daripada air. Jadi,minumlah air sekurang-kurangnya 6-8 gelas. Ini adalah perkara sederhana yang mudah dilakukan tetapi kerap kali diabaikan.
MAKANAN LAUT-KEMBALIKAN MOOD
Tiada masa untuk bercuti di pantai tetapi memadailah dengan menikmati makanan laut untuk mengurangkan keresahan. Pengambilan udang,tuna atau kerang yang mengandungi serotonin dan asid amino(tryptophan) dapat membantu anda mengurangkan keresahan atau ketakutan pada diri sendiri.
SUSU SUAM-TIDUR LENA
Buatlah segelas susu suam untuk membantu anda lebih tenang.Walaupun trytophan(membentuk serotonin) membuat anda rileks tetapi asid amino dalam segelas susu tidak cukup untuk membuatkan anda tidur lena. Mungkin ia lebih bersifat psikologi(kenangan semasa kecil yang penuh kasih sayang)
" CIPTA PENDAPATAN YANG LUMAYAN SETIAP BULAN " kpd yg nak..boleh pm @ whtsap sy qareena ..di no 0196259604
Pd yg xnak..sila tag rakan2 anda yg berminat...
9/10 dari hasil kehidupan adalah dari berbisnez...jom majukan diri anda untuk mendapat sumber kewangan yg lumayan ..jadikan fb sbgai mesin atm anda... Hanya klik2 di hujung jari shje..da masyukkk!! Berminat ?? Boleh pm @ whtsap sy. 0196259604 ...sya akn guide anda smua shnga berjaya. #Berfikir positif akan mmbuatkan anda nmpk peluang2 yg ada di sekeliling anda #Berbiznes shnga bjaya #Ilmu perniagaan |
COKLAT-SNEK UNTUK KESIHATAN
Coklat mengandungi kadar tryptophan dan pengambilannya membantu badan anda membentuk serotonin untuk menbuatkan perasaan dan fikiran lebih tenang. Tidak salah untuk anda mengambil coklat dalam ukuran 6-7gm per hari
SARAPAN-PEMBERI TENAGA
Menurut Andrea Wardle dari The College of Naturopathic,sarapan itu wajib dan sekurang-kurangnya bersarapanlah dua jam selepas anada bangun dari tidur. Ini penting untuk mengisi badan dengan bahan bakar selepas 'berpuasa' semalaman. Jadi,pilih sarapan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur,kacang dan bijian.
TEH-ELAKKAN KEGELISAHAN
Teh hijau atau teh chamomile boleh menjadi pilihan untuk meregangkan otot. Dalam buku Perfomance Nutrition,Dr Phaidon L.Toruan mengatakan theanine(asid amino) yang ada dalam teh tersebut dapat memberi kesan yang menenangkan. Manakala bisabolol(bahan aktif yang terdapat dalam chamomille essential oil) mengandungi anti iritasi,anti radang dan anti microbial yang baik untuk mengatasi gangguan tidur dan rasa panik.
KULIT EPAL YANG HEBAT
Kulit epal mengandungi phytochemicals(antioksidan) untuk mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Ambillah buah secara teratur dan makanlah buah dengan kulit asalnya. Pastikan anda mencuci dan bilas epal dengan air bersih sebelum menikmatinya.
BROKOLI-SUMBER TENAGA
Apabila badan penat,sudah tentu anda tidak ghairah untuk melakukan sebarang aktiviti.Ini kerana,stres membuatkan sistem pernafasan dan peredaran darah akan 'bekerja lebih untuk memastikan bahan bakar(glukosa) dalam aliran darah terus berfungsi. Kesannya juga boleh menyebabkan tenaga dalam badan terganggu.begitu juga kekurangan kalium atau potassium boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan stamina menurun. Kembalikan tenaga anda dengan pengambilan sayuran seperti brokoli yang tinggi potassium.
YOGURT UNTUK KETAHANAN BADAN
Untuk menambahkan imunisasi dalam badan,ambilah yogurt. Ini kerana ia mengandungi bakteria baik untuk menjaga saluran penghadaman dan ketahanan badan. Ambillah sekurang-kurangnya 2 cawan yogurt setiap hari.
SEDIKIT TAPI KERAP
Perlu tahu,hormon stres boleh mendorong pengeluaran kolesterol dalam badan dan jika jumlahnya berlebihan,ia boleh menyekat pembuluh darah yang mengakibatkan serangan jantung dan strok.Menurut Dr. Susan Smith Jones,pakar kesihatan Amerika Syarikat,dengan jumlah yang sedikit setiap 3-4 jam sekali boleh membakar metabolisme,menstabilkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan Kolesterol.
No comments:
Post a Comment