1 KURANGKAN LEMAK YANG TIDAK BAIK DAN
KOLESTEROL
Cara yang paling baik untuk mengurangkan makanan berlemak dalam
diet adalah dengan mengehadkan jumlah lemak seperti mentega, marjerin dan
shortening yang digunakan dalam makanan. Anda juga boleh mengurangkan jumlah
lemak dalam diet dengan memilih jumlah pengambilan daging kurang daripada 10
peratus lemak.
2 PILIH SUMBER PROTEIN RENDAH-LEMAK
Daging, ayam dan ikan, produk tenusu rendah lemak dan telur
merupakan sumber protein yang penting untuk tubuh. Ikan merupakan alternatif
yang baik menggantikan daging. Semua jenis ikan baik untuk kesihatan jantung
kerana kaya dengan lemak omega-3 yang boleh membantu merendahkan lemak dalam
darah yang dipanggil triglycerides. Jumlah lemak omega-3 paling banyak ditemui
pada ikan salmon, kembung dan herring. Sumber lain boleh ditemui pada fl axseed,
walnut, kacang soya dan minyak kanola.
3 MAKAN LEBIH BANYAK SAYUR-SAYURAN DAN
BUAH-BUAHAN
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber penting untuk
vitamin dan mineral. Sumber ini rendah kalori tetapi kaya dengan fi ber. Sayuran
dan buah-buahan juga mengandungi bahan yang boleh menghindarkan penyakit
kardiovaskular. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk
menggantikan makanan berlemak seperti daging, keju dan makanan ringan.
4 PILIH MAKANAN BIJIRIN
Makanan bijirin adalah kaya dengan fi ber juga memainkan
peranan mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung. Anda boleh menambahkan
jumlah bijirin dalam diet dengan mengambil makanan seperti fl axseed. Ia adalah
bijirin yang berwarna coklat yang kaya dengan fi ber dan lemak omega-3 yang
boleh mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah. Anda boleh menambah bijirin
dalam minuman dan juga makanan. Oat juga dikatakan boleh membantu
penghadaman.
|
No comments:
Post a Comment