nuffnang

LIKE ME

Wednesday, 3 October 2012

Solekan Minimalis Selebriti

Solekan Minimalis selebriti adalah makeup natural yang sering digayakan oleh para selebriti tanah air..ia seakan-akan tidak bersolek tetapi cantik..Berikut adalah tip-tip makeup Minimalis selebriti:

BEDAK ASAS

**Tip memilih bedak asas ialah anda perlu dapatkan bedak asas yang mempunyai satu tona gelap dari kulit wajah anda yang sebenar.Jika anda memilih bedak asas yang lebih cerah,ia akan membuatkan solekn anda kelihatan bercapuk selepas memakai bedak padat.Walaupun begitu ,seandainya anda berjumpa bedak asas yang seakan-akan tona kulit wajah anda,ia adalah lebih baik.

Sapuan yang cantik adalah apabila menggunakan berus.sekiranya anda jarang bersolek,usah membazir untuk membeli bedak padat.cukup sekadar menggunakan span bedak yang lebih murah.untuk solekan minimalis,bedak asas jenis cecair adalah lebih sesuai kerana teksturnya yang halus berbanding jenis matte atau stick.Kini semuanya leih mudah dengan penggunaan cream sahaja.

^^jangan sesekali mengoleskan terlalu banyak bedak asas jika anda tidak mahu wajah anda kelihatan seperti patung plastik.


BEDAK PADAT

**jika anda menggunakan span untuk menyapukan bedak padat pada wajah anda,basahkan ia sedikit. Span basah dapat memberi impak seperti bedak asas juga. Ingin diingatkan ,span lembap hanya sesekali menyapu bedak menggunakan span basah bagi mengelakkan sapuan yang comot.Apabila dikenakan pada wajah,ia akan tampak natural dan leih cantik.Penggunaan berus juga tidak menjadi masalah,tetapi pastikan setiap kawasan pada wajah mengenai sapuan bedak.

Kening

**usah berlebihan dengan lukisan kening.Bentukkan hujung kening agar lebih kemas dengan lukisan pensil.
Bahagian kening hadapan hanya perlu diberus supaya tampak asli.Elakkan penggunaan pensil kening yang gelap.lukisan kening tidak perlu terlalu pekat.Bagi menutup bulu kening yang berlebihan (jika tidak dicukur)gunakan highlighter.Sebaiknya sapuan highlighter adalah sebelum anda melukis kening.Gunakan pensil kening rona coklat.Warna hitam akan membuatkan kening anda kelihatan tebal(tetapi tidak cantik) sekiranya anda tidak mahir menggunakannya.

Pembayang Mata

**pembayang mata yang paling sesuai untuk solekan minimalis adalah rona coklat.Sapuan tipis dengan sedikit palitan penggaris mata. Ia akan membuatkan solekan mata tampak berseri walaupunhanya dengan penggunaan satu rona pembayang mata.Lebih cantik dengan sapuan maskara pada bulu mata.Leih cantik dengan sapuan maskara pada bulu mata.Anda boleh menggariskan bahagian bawah mata atau sekadar meletakkan pembayang mata pada garis bawah mata.Elakkan lukisan garis yang terlalu tebal jika menggunakan penggaris mata.Meletakkan pembayang mata perlulah dengan menggunakan berus bermata halus supaya lebih kemas.


Pemerah pipi

**Jika anda mempunyai kulit cerah,sapuan pemerah pipi rona merah jambu digalakkan.Ia akan membuatkan pipi anda kelihatan kemerah-merahan dan menarik.Solekan tipis bagi anda yang berkulit hitam manis pula lebih sesuai dengan layangan pemerah pipi rona coklat mahupun pic.Letakkan sedikit serbuk pengilat atau highlighter pada tulang pipi untuk solekan yang lebih menarik.Jika bersolek disiang hari,usah sapukan terlalu banyak serbuk pengilat kerana ian membuatkan kulit wajah tampak berminyak..
%Usah sapu pemerah pipi secara berlebihan.


Gincu

**Anda hanya perlu menggunakan pelembap bibir berwarna untuk solekan minimalis.

No comments:

Post a Comment