Kita tentu pernah tahu bahawa ada salah satu hadis yang menganjurkan kita untuk makan dengan tidak tergesa-gesa, secara perlahan, sebagaimana sabdanya,'' Saya mengunyah setiap suap makanan 30-50 kali, sehingga menjadi lembek dan melalui kerongkong tanpa kesulitan. Bahkan, pada makanan yang sukar dicerna dengan baik, saya kunyah sampai 70-75 kali.'' Dan tafsiran dari hadis ini pun beraneka ragam ada yang bilang dengan mengunyah sebanyak 32 kali, 33 kali, 40 kali.Ternyata apa yang dilakukan oleh Nabi SAW memang luar biasa hebatnya pelbagai saintis meneliti pengaruh mengunyah dengan baik ini dan mencari kebaikan ajaran ini.
MANFAAT MENGUNYAH DENGAN BAIK
Memperingan Kerja Lambung dan Usus; Makanan yang lembut akan memperingan kerja lambung dan memudahkan kerja usus dalam menyerap makanan. Kegiatan mengunyah akan merangsang kelenjar saliva mengeluarkan air liur. Semakin banyak kita mengunyah semakian banyak pula air liur yang dikeluarkan. Nah, air liur kita mengandungi enzime milase, iaitu suatu enzime yang mengubah pati menjadi amilum. Semakin banyak air liur yang dikeluarkan semakin banyak pula enzime yang terdapat pada air liur.Dinding usus manusia hanya boleh menyerap zat maksimum sebanyak 15 mikron (0,015 milimeter). Bahan-bahan yang lebih dari itu akan dikeluarkan dari tubuh. Semakian lembut kita mengunyah semakin banyak pula usus dapat menyerap makanan.
Sangat baik bagi yang ingin mempunyai Berat Badan Ideal; Nafsu makan sangat bergantung pada kadar gula dalam darah. Kita akan merasa lapar ketika kadar gula darah menurun, sebaliknya akan merasa kenanyang ketika kadar gula darah meningkat. Maka kita tidak usah dengan keras menahan diri untuk menahan makan. Menekan nafsu makan secara semulajadi . Sebuah penelitian apabila kita makan sebenarnya perut kita udah kenyang, tapi kerana otak belum menerima isyarat daripada perut untuk berhenti maka otak akan berfikir kalau kita masih memerlukan pengambilan makanan, maka diharapkan dengan mengunyah lebih lama ini akan memberikan kesempatan bagi perut untuk menyampaikan isyarat ke otak dengan tepat. Jadi kita boleh berhenti makan sebelum kenyang, mengikut anjuran Rasulullah.
Menambah Daya Tahan Tubuh; Sepertinya tidak ada hubungannya, tetapi sebenarnya sangat berkaitan. Mengunyah dengan baik bererti membuat makanan diserap dengan baik oleh usus. Kerja usus diperingan dan yang lebih penting lagi tidak banyak sisa makanan yang diekskresikan sehingga kemungkinan terjadinya pembusukan makanan dalam usus semakin kecil. Makanan yang membusuk di dalam usus akan difermentasi melebihi batas normal. Hasil daripada proses pereputan dan fermentasi adalah racun yang boleh merosakkan sistem kekebalan tubuh. Maka dengan mengunyah dengan baik maka akan menambah daya tahan tubuh anda.
Membantu Menjaga Kesihatan Gigi; Mengunyah dengan baik bererti banyak air liur yang dikeluarkan. Selain mengandungi enzime amilase, air liur juga mengandungi kalsium. Kalsium inilah yang melindungi email gigi sehingga tidak mengalami kerosakan. Para pakar di Amerika sudah mengumumkan sejak lama mengenai hal ini. Berdasarkan kajian yang mereka lakukan bahawa anak-anak yang terbiasa mengunyah makanan dengan baik cenderung memiliki gigi yang bersih dan kuat. Selain itu kemungkinan diserang penyakit gigi sangat kecil.
Menjimatkan Ezim dan Kerja Enzim jadi maksimum ; kalau kita tidak mengunyah dengan baik, sebahagian besar makanan yang kita makan akan terbuang tanpa diserap. Akibatnya akan berlaku pembusukan dan fermentasi abnormal dalam usus. ini sama halnya dengan pengambilan berlebihan.pembusukan juga akan menghasilkan berbagai macam racun yang menguras enzim kita. bermakna, kalau kita kunyah makanan kita dengan baik, itu sama aja dengan kita menjimatkan enzim.
Membunuh Parasit; jika kita hobi makan raw food atau makanan seperti sushi. walaupun dicuci sebelumnya, tapi boleh aja kan masih terdapat parasit berukuran sangat kecil yang tidak kasat mata? diketahui bahawa mengunyah 50-70 kali akan membuat parasit itu mati dalam mulut.
BEBERAPA PENELITIAN BERKAITAN MENGUNYAH MAKANAN
Sebuah penelitia (lagi) di Universiti Rhode Island, Kingston, Amerika yang dilakukan oleh Ana M. Andrade.Menguji kebenaran teori tersebut terhadap 30 wanita yang diminta untuk makan pasta dalam masa yang berbeza. Hari pertama, ke-30 wanita ini diminta untuk makan secepat mungkin tanpa ada rehat di antara suapan. Lalu pada hari kedua mereka diminta untuk makan dengan sepelan mungkin, dengan jeda di antara suapan. Mereka juga perlu mengunyah makanannya 20 hingga 30 kali.Hasilnya, mereka yang makan dengan perlahan dan mengunyah makanannya dengan tekun dapat mengurangkan jumlah kalori yang mereka santap hingga sekitar 70 kalori.
Ada juga kajian yang dilakukan oleh Prof.Hiromi di Jepun, menurut beliau, makanan itu, katanya, perlu dikunyah minimum 30 kali. Bahkan, untuk makanan yang agak keras harus sampai 70 kali. Bukan saja boleh lebih lembut, yang lebih penting untuk di mulut makanan boleh bercampur dengan enzim secara sempurna, dan enzim boleh bekerja secara maksimum.
para penyelidik di Universiti St Lawrence memilih pelajar yang mengunyah gula-gula getah sebelum memintanya mengikuti beberapa siri ujian. Mereka mendapati, para pelajar yang mengunyah gula-gula getah boleh menjawab beberapa siri ujian lebih cepat daripada para pelajar yang tidak lebih dahulu mengunyah gula-gula getah sebelum ujian. Ternyata menurut kajian, mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan kekuatan otak.
Setelah tahu manfaat mengunyah dengan baik sama ada akan kita lewatkan?
No comments:
Post a Comment