nuffnang

LIKE ME

Thursday, 4 October 2012

Kuasa Sang Buah

SUMBER TERBAIK


Makan untuk proses PENYEMBUHAN

**Bergantung kepada individu,lazimnya ia mengambil lebih kurang dua
 minggu selepas pembedahan mastektomi di mana seseorang pesakit
 boleh kembali kepada corak permakanan biasa.Jika anda makan secara 
sihat ,maka secara rasionalnya permakanan yang sihat dan kaya dengan 
zat makanan akan meningkatkan proses penyembuhan  selepas mastektomi.
Amalkan diet yang seimbang dan baik yang dapat menyegerakan 
penyembuhan dan membantupesakit kanser payu dara kembali sihat dengan 
cepat.Terdapat beberapa panduan permakanan tentang bagaimana untuk
 makan bagi mengalakkan penyembuhan selepas pembedahan..


BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN BAGI MENAMBAH NUTRIEN

Kaya dengan vitamin-vitamin,mineral,phytonutrien dan antioksidan,buah-buahan
 dan sayur-sayuran membantu dalam melancarkan proses penyembuhan badan.
Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran bersih sepenuhnya daripada racun 
perosak atau anda boleh mencuba prosuk buah-buahan atau sayur-sayuran organik.

GENTIAN SERAT DAN KARBOHIDRAT KOMPLEKS SELEPAS KECERGASAN

Karbohidrat memberikan tenaga untuk tubuh kita.Pilihan karbohidrat yang betul 
adalah penting  untuk meringankan keletihan selepas pembedahan dan juga 
kelesuan.Mi daripada bijian penuh,roti,beras perang dan ubi keledek ialah 
contoh utama karbohidrat kompleks yang menyediakan tenaga untuk 
daya tahan yang lama dan menyediakan pelawas yang diperlukan untuk 
menggalakkan pergerakan usus selepas pembedahan.

PROTEIN TANPA LEMAK UNTUK MEMBINA SEMULA BADAN

Protein tanpa lemak pada dasarnya membantu otot-otot untuk berkembang 
dan menggalakkan proses pemuliharaan dalam badan.Protein juga menyediakan 
asas utama yang diperlukan untuk hormon -hormon bagi membantu fungsi-fungsi 
didalam badan.Protein tanpa lemak daripada produk ternakan,ikan,keju,telur,
produk-produk tenusu rendah lemak seperti kacang dan kekacang mampu 
membantu badan menyusun semula segala fungsi yang telah hilang semasa 
pembedahan.

KEKALKAN HIDRAT SECEPAT MUNGKIN

Walaupun anda biasanya dihalang untuk minum sebaik selesai pembedahan,
adalah baik untuk segera mengekalkan keadaan hidrasi di atas saranan dan 
nasihat para doktor.Ambil lapan ke sepuluh gelas air atau minuman lain yang 
tidak mengandungi kafein setiap hari selepas pembedahan mastektomi untuk
 memastikan bahawa badan betul-betul dihidratkan.Mulakan dengan minuman 
kosong tanpa menambah gula kerana ia membantu mengekalkan imbangan 
cecair badan.Selain itu,minum jus prun untuk menggalakkan pergerakan 
aktiviti dalaman usus.




No comments:

Post a Comment