nuffnang

LIKE ME

Wednesday, 3 October 2012

Lagi Info Cantik

Info

Mata lebih cerah

Kelopak mata yang tidak terpejam cukup lama akan membuatkan mata kering.
Oleh kerana itulah mata nampak merah jika kurang tidur.Pakar mata mengatakan
bahawa lingkaran gelap dibawah mata muncul kerana fatigue atau kelelahan
memperlambatkan circulation dan darah tergenang di dalam kulit yang senipis
kertas disekitar mata..



Punca kulit BERMINYAK

Kulit berminyak seringkali menjadi masalah ramai orang walaupun pelbagai
rawatandapat dilakukan. Masalah kulit berminyak boleh dikenalpasti dengan
kulit wajah berkilat dan kuam berpunca daripada perubahan hormon,keadaan
cuaca dan permakanan.Jadi pastikan anda meenjaga permakanan dan
mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya..

Kuku juga penting

Ramai mengaku yang mereka tidak mengambil berat terhadap bahagian kuku
kerana menganggap ia tidak penting.Sebenarnya,kuku juga memainkan peranan
penting dalam soal penampilan.Jangan lupa setiap kali berbicara ,tangan kita
 turut bergerak dan pastinya kuku antara anggota yang mudah dilihat.

Rambut sihat berkilau

Kurang tidur atau tidur larut malam menjadikan tubuh berada dalam keadaan
krisis sehingga tenaga yang terhasil sangat terbatas.Bahan bakar ini biasanya
membekalkan banyak nutrien  ke akar rambut.oleh kerana jumlah nutrien terbatas,
nutrien yang ada akan hanya diberikan pada organ tubuh yang memerlukan .
kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan rambut kurang berkilau dan mudah putus..

Gigi cantik senyum menawan

Gigi yang cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada diri.penjagaan gigi
dilihat penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai.disebabkan itu
,ada yang sanggup melakukan apa saja  untuk mencantikkan gigi supaya
kelihatan teratur dan bersih..

                                                                               by Qareena Amir Sauna Home
                                                                                3 okt 2012

No comments:

Post a Comment