nuffnang

LIKE ME

Wednesday, 17 October 2012

Janin songsang Bolehkah lahir normal?

Janin songsang

Sesuatu yang menakutkan ibu hamil bila diberitahu tentang kedudukan bayi yang songsang. Kedudukan sebegini jika berterusan hingga akhir kehamilan sememangnya mengundang komplikasi. Jika janin tidak berada di kedudukan yang betul maka besar kemungkinan ibu bakal menjalani pembedahan ketika melahirkan.
Bagaimanakah kedudukan janin yang songsang? Seharus nya kedudukan kepala janin semasa lahir berada di bawah tetapi apabila kaki atau punggung janin berada di bawah keadaan ini dinamakan janin dalam keadaan songsang atau melintang. Sebenarnya, hampir semua janin dalam kedudukan songsang di usia kehamilan dua minggu dengan kepalanya berada di bawah tulang rusuk wanita hamil.
Pada usia kehamilan minggu ke 28 ini janin masih berupaya untuk bergerak bebas. Hal ini kerana, berat badan janin lebih ringan berbanding dengan berat rahim. Namun, biasanya pada usia kehamilan 34 ke 36 minggu janin akan berada dalam kedudukan normal dengan kepala masuk ke bahagian pinggul dengan kaki di atas.
Terdapat tiga jenis kedudukan janin songsang. Biasanya situasi sebegini boleh diketahui semasa wanita hamil membuat pemeriksaan kehamilan. Pada minggu ke 34, doktor akan mengambil darah ibu untuk mengetahui apakah kedudukan janin sudah berada dalam keadaan normal atau sebaliknya sebagai persediaannya menuju jalan lahir. Sekiranya doktor merasa kan kedudukan janin songsang, pemeriksaan ultra sono grafi (USG) akan dilaku kan untuk men dapat kan kepastian mengenainya.
Jenis-jenis posisi janin songsang
Frank breech Kedudukan punggung janin berada di bawah, kedua kaki berada di atas hampir menyentuh telinga, posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kira-kira 65 hingga 70 peratus janin songsang adalah dari posisi Frank breech.
Complete breech atau songsang sempurna Punggung janin berada di atas pintu rahim sementara kedua kaki terlipat sempurna, menghadap ke atas sejajar dengan telinga. Sekali pandang, posisi janin kelihatan seperti membongkok.
Incomplete breech atau songsang tidak sempurna Keadaan sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.
3 gerakan ubah kedudukan
Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan ter - hadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melaku kan gerakan-gerakan tertentu. Antara nya: 1Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.
2 Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.
3 Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin mema -
suki usia ke 34, kedudukan - nya adalah normal. Tetapi sekira nya dalam tempoh ini kedudu kan janin masih tidak normal doktor akan melaku - kan tindakan memusing kan janin. Keadaan ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.
Tindakan ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada ibu. Namun bukan semua janin boleh melalui terapi ECV terutama janin yang mengalami keadaan seperti:
• Pendarahan dari vagina
• Plasenta berada atau dekat dengan pintu rahim.
• Jumlah air ketuban sedikit.
• Degupan jantung janin tidak normal.
• Janin tidak berkembang dengan sempurna iaitu ukuran lebih kecil daripada berat badan yang ideal.
• Kehamilan kembar Sekiranya proses ini menemui kegagalan, janin akan dilahirkan melalui proses pembedahan atau ceaserean. Walau bagaimanapun, bakal ibu tidak perlu berasa bimbang, kerana walaupun janin songsang kelahiran normal masih boleh dilakukan asalkan bayi lahir cukup bulan dan dalam posisi songsang jenis Frank breech, besar janin dan ukuran pinggul ibu memadai, ukuran janin di bawah 3.8 kilogram, pintu rahim terbuka luas dan janin dalam posisi meluncur keluar, kepala janin tidak terlilit tali pusat, posisi kepala janin.
Mengapa songsang?
Keadaan songsang ini masih belum diketahui penyebabnya. Namun, banyak kes janin songsang telah ditemui dalam mana-mana kehamilan yang melibatkan:
• Kehamilan kembar.
• Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.
• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.
• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.
• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.
• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy

No comments:

Post a Comment