nuffnang

LIKE ME

Sunday, 2 September 2012

FESYEN BERTANDANG RUMAH TERBUKA


Gaya Kurung Moden
MEMIKAT HATI





Kurung moden menjanjikan impak menarik pada penampilan jika hebat rekaannya. Sesuai sekali digayakan untuk mengunjungi rumah terbuka teman-teman di Aidilfitri ini. Apa yang penting keselesaan dan gaya sopan tatkala berkunjung dari rumah ke rumah. Apa yang penting niat untuk merapatkan silaturahim antara satu sama lain.

Ringkas & Santai Ke Majlis Rumah Terbuka

Syawal menjelma lagi dan pastinya menerima pelbagai undangan menghadiri rumah terbuka. Bukan sahaja mengambil peluang bermaaf-maafan tetapi juga untuk merapatkan silaturahim. Sebagai memenuhi undangan, memilih untuk menggayakan busana ringkas tetapi masih lagi mampu memikat hati.

Hijab warna-warni stail terkini


Fesyen hijab terkini cukup kreatif tanpa menyukarkan penggayaannya. Hanya dengan beberapa lilitan mudah, satu stail hijab sudah dapat dicipta. Setiap hari ada sahaja stail hijab terbaharu digayakan sekali gus menjadi ikutan. Seiring itu, rekaan hijab juga kian berkembang hari ke hari demi memenuhi tuntutan penggemar fesyen hijab.

No comments:

Post a Comment