Salad Roket atau turut dikenali dengan nama Arugula merupakan sayuran hijau yang berasal dari Mediterranean. Ia termasuk dalam keluarga brassicaceae dan nama saintifiknya ialah Eruca vesicaria sativa. Salad Roket sedap dimakan mentah mahupun di campur dengan sayuran dalam keluarga salad lain.
Orang British telah menanam Salad Roket berkurun lamanya, dan ia terdapat di dalam taman terawal di New England. Pada masa sekarang, Salad Roket amat popular di kalangan orang Itali, Perancis, Sepanyol, Greek, Mesir dan juga Amerika Syarikat.
Pada mulanya, Salad Roket telah ditanam untuk mendapatkan daun dan biji. Bijinya telah dijadikan sebagai minyak berperasa. Biji Salad Roket digunakan sebagai bahan dalam campuran afrodisiak pada kurun pertama. Malah orang Roman dan Mesir pada zaman dahulu menganggap herba ini sebagai afrodisiak.
Daun Salad Roket berbentuk panjang dan gelung. Daun yang muda rasanya manis, ada sedikit rasa kekacang, serta kurang rasa pahit jika dibandingkan dengan daun yang matang. Pokok Salad Roket memiliki bunga berwarna krim dengan vena daun berwarna ungu. Daun dan bunga pokok Salad Roket boleh dimakan mentah begitu sahaja, dikukus, atau dijadikan puri yang kemudiannya dicampurkan dalam sup. Di India, Salad Roket ditanam untuk mendapatkan minyak yang di ekstrak daripada biji.
Sebagaimana sayuran hijau lain, Salad Roket antara salah satu daripada sayuran yang amat rendah kalorinya. 100 gram daun segar menyediakan hanya 25 kalori. Bagaimanapun Salad Roket mengandungi banyak fitokimia penting, antioksidan, vitamin, dan mineral yang amat memberi kebaikan kepada kesihatan.
Salad Roket kaya dengan sumber fitokimia tertentu seperti indoles, thiocyanates, sulforaphane dan iso-thiocyanates. Kesemua sumber fitokimia ini dikatakan mampu melawan kesan karsinogenik estrogen dan sekaligus membantu memberi kebaikan menentang kanser prostat, payudara, serviks, kolon, dan ovari melalui manfaat daripada penyekatan pertumbuhan sel kanser.
Salad Roket juga merupakan sumber baik folat. 100 gram daunnya mengandungi 97 mcg ataupun 24 peratus asid folik. Apabila diberikan semasa tempoh kehamilan ia mampu membantu mencegah kecacatan saluran saraf bayi baru dilahirkan.
Lindungi Dari KanserHerba ini juga kaya dengan sumber terbaik vitamin A. 100 gram daun segar mengandungi 1424 mcg beta karotena dan 2373 IU vitamin A. Beta karotena bertukar kepada vitamin A dalam tubuh. Kajian mendapati vitamin A dan sebatian flavonoid dalam sayuran hijau mampu membantu melindungi diri daripada kanser kulit, paru-paru dan rongga mulut.
Dikatakan juga Salad Roket kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti thiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, dan asid pantothenic yang amat perlu fungsi metabolik. Daun segar juga turut mengandungi tahap vitamin C yang baik.
Salad Roket juga salah satu daripada sumber sayuran terbaik untuk vitamin K. 100 gram daunnya menyediakan kira-kira 90 peratus keperluan pengambilan vitamin K setiap hari. Vitamin K mampu merangsang aktiviti kesihatan tulang. Pengambilan tahap vitamin K yang secukupnya dalam diet mampu membantu mengehadkan kerosakan saraf dalam otak, sekaligus memainkan penting dalam rawatan pesakit yang menderita penyakit Alzheimer.
Selain itu, Salad Roket juga memiliki mineral yang cukup terutamanya kuprum dan besi. Ia juga memiliki sejumlah kecil mineral perlu dan elektrolit seperti kalsium, kalium, mangan dan fosforus. Daun Salad Roket juga turut tinggi klorofil, bahan yang mampu membantu memberi perlindungan terhadap kerosakan hati DNA yang berkaitan dengan pendedahan aflatoksin (bahan beracun yang dihasilkan dalam spora-spora fungus yang menjangkiti kacang tanah).
Walaupun terdapat banyak khasiat dan kebaikan Salad Roket, namun begitu pengambilannya untuk tujuan perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelak kemudaratan di kemudian hari kelak.
No comments:
Post a Comment