nuffnang

LIKE ME

Wednesday, 12 September 2012

Muda Dengan Kopi!

kopi 

Kopi bukan sahaja terkenal dengan aromanya, tetapi juga terkenal dengan kelebihannya dalam kecantikan. Kopi banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan kerana khasiatnya yang mengandungi bahan anti oksida yang dapat memberikan kebaikan pada kulit. Antaranya ialah, ia dapat membantu kulit yang kendur menjadi tegang. Jom cuba masker buatan sendiri dengan menggunakan kopi ini!

Bahan-bahan :
3 Sudu kecil serbuk kopi
1 sudu kecil susu segar
1 biji putih telur

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Kemudian, ratakan pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan ia 2 minggu sekali. Kesannya, kamu akan merasakan wajahmu lebih segar, lembut dan dapat mengurangkan kedutan yang terdapat pada wajah.

No comments:

Post a Comment