nuffnang

LIKE ME

Monday 3 September 2012

Menu "OPEN HOUSE"

1
2


3
4


   
5
6


7
8
    
9
10
   


1) NASI UDANG REGENCY

 BAHAN NASI :

• 500 gram beras (bersihkan dan tos)
• 1 biji telur (dipukul)
• 1 sudu besar yogurt biasa
• ½ sudu teh kunyit
BAHAN KEBAB UDANG :
• 500 gram udang sederhana besar
• 200 gram mentega (dicairkan)
• 200 gram minyak
• 4 sudu besar tepung gandum
• 1 biji telur
• 1 sudu besar jus lemon
• ½ sudu teh kunyit
• Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMBUAT NASI :
1. Cuci beras dan rendam hingga semalaman. Tos airnya.
2. Kemudian, masak beras dengan air sehingga nasi kering.
3. Setelah nasi kering, bahagikan nasi kepada tiga bahagian.
4. Bahagian pertama digaulkan dengan yogurt.
5. Bahagian kedua digaulkan dengan kunyit dan bahagian ketiga 
digaulkan dengan telur.
6. Kemudian, masak semula nasi-nasi tersebut dan gaul sebati.
7. Sedia dihidangkan.
CARA MEMBUAT KEBAB UDANG :
1. Bersihkan udang dan perap dengan garam, lada sulah, jus lemon 
dan kunyit. Biarkan seketika.
2. Pukul telur dan campurkan dengan tepung. Kacau sebati.
3. Celup udang yang diperap tadi ke dalam bancuhan tepung dan 
telur dan goreng di dalam minyak banyak. Goreng sehingga kekuning-
kuningan dan tos.
4. Akhir sekali, hidangkan bersama nasi.

2)NASI MINYAK HIJAU KUNING

BAHAN NASI :
• 1 kg beras basmathi
• 1 liter air
• 100ml susu cair
• 3 biji tomato buah (dicincang)
• 1 batang serai (diketuk)
• 3 ulas bawang merah
• Garam secukup rasa
• Pewarna hijau dan kuning
• 60 gram minyak sapi
• 60 gram marjerin
BAHAN TUMIS :
• 3 kuntum bunga cengkih
• 3 biji buah pelaga
• 2 kuntum bunga lawang
• 2 cm kulit kayu manis
• 2 cm halia
• 3 ulas bawang merah (tumbuk)
• 1 ulas bawang putih
• 2 helai daun pandan (disimpul)
BAHAN HIASAN :
• Bawang goreng
• Daun bawang (dimayang)
• 100 gram kismis
CARA MEMBUAT :
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.
2. Masukkan pula bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng
 sehingga wangi.
3. Kemudian, masukkan air bersama sedikit garam. Biarkan sehingga
 air mendidih.
4. Masukkan pula susu cair, kiub ayam, buah tomato dan beras. Kac
au rata dan biarkan nasi masak seperti biasa.
5. Bila nasi hampir kering, letakkan satu warna pada tempat yang
 berlainan.
6. Biarkan nasi masak dan kering. Kemudian, gembur-gemburkan
 nasi supaya warna tadi rata dan bercampur di keseluruhan nasi.
7. Sedia dihidangkan dengan hiasan taburan bawang goreng, kismis 
dan daun bawang.

3)RENDANG AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN :
• 1 ekor ayam kampung } dibelah empat
• 3 sudu besar minyak masak
• 1 biji kelapa } parut dan ambil santannya
• 2 helai daun kunyit
• 3 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 2 keping asam keping
• 1 batang kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 2 biji buah pelaga
• 3 kuntum bunga cengkih
• 2 sudu besar cili kisar
• 3 sudu besar kerisik
• 2 sudu besar rempah kari daging
• 1 sudu besar gula Melaka
• Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR HALUS :
• 4 batang serai
• 7 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 11/2 inci halia
• ¼ inci lengkuas
• ½ inci kunyit hidup
CARA MEMBUAT :
1. Panaskan minyak di dalam kuali lalu masukkan bahan-bahan rempah,
 hirisan dan tumis sehingga naik bau.
2. Setelah itu, masukkan cili kisar dan bahan-bahan untuk dikisar dengan 
rempah kari sehingga garing.
3. Kemudian, masukkan ayam dan gaul sebati dengan rempah. Masukkan 
santan cair dan biarkan rendang di atas api perlahan.
4. Setelah ayam separuh masak masukkan santan pekat, kerisik dan 
asam keping. Masukkan gula Melaka dan daun kunyit yang telah dihiris halus.
5. Gaul rata dan masak sehingga rendang garing. Bubuh perasa dan 
garam secukupnya. Setelah cukup masak angkat dan hidang.

4)SUP DAGING

BAHAN-BAHAN :
• 300 gram daging - dihiris
• 50 gram minyak masak
• 60 gram bawang kecil
• 50 gram bawang putih
• 50 gram halia
• 5 gram kulit kayu manis
• 5 gram bunga lawang
• 5 gram buah pelaga
• 5 gram bunga cengkih
• 5 helai daun pandan
• 120 gram rempah sup
• 2 liter air
• 80 gram daun sup
• 60 gram bawang goreng
• 80 gram lobak merah
• 80 gram ubi kentang
• 60 gram serbuk stok ayam
• 70 gram garam
CARA MEMBUAT :
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan rempah dan hirisan sehingga
 garing.
2. Kemudian masukkan rempah sup dan kacau sehingga masak. Lalu
 masukkan air, daging dan biarkan sehingga mendidih.
3. Setelah itu masukkan serbuk stok ayam dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan lobak merah, ubi kentang dan biarkan 
sampai masak lalu taburkan daun sup dan bawang goreng.

5)PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN :
• 500 gram pucuk ubi
• 2 batang serai - dititik
• 3 biji bawang besar - dikisar
• 5 ulas bawang putih - diketuk
• 100 gram ikan bilis - dibelah dan dibersihkan
• 2 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 sudu besar tempoyak
• 500 gram santan
CARA MEMBUAT :
1. Rebus pucuk ubi hingga lembut lalu angkat dan ketepikan.
2. Kemudian masukkan santan.
3. Setelah mendidih, masukkan pula serbuk kunyit dan bawang
 yang dikisar.
4. Selepas itu masukkan pula pucuk ubi, bawang putih, serai,
 ikan bilis dan tempoyak.
5. Akhir sekali masukkan perasa dan garam. Selepas mendidih,
 angkat dan sedia dihidangkan.

KETUPAT NASI & SAMBAL IKAN

BAHAN KETUPAT NASI :
• 2 cawan beras
• Daun kelapa – anyam, jadikan kelongsong ketupat
• 1 helai daun pandan
BAHAN SERUNDING KELAPA IKAN :
• 1 biji kelapa parut
• 1 sudu lada hitam
• 3 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Sehiris lengkuas
• 1 batang serai
• 10 gram halia
• 15 gram serbuk ketumbar
• 20 gram isi ikan kembung/selar
• (Ikan direbus dan diambil isi nya)
• 1 sudu kecil air asam jawa
• Garam & gula
CARA MEMBUAT KETUPAT NASI :
1. Beras dibasuh dan tos. Isi kelongsong ketupat dengan beras dalam
 sukatan suku daripada kelongsong.
2. Rebus ketupat lebih kurang tiga jam. Angkat dan sejukkan.
3. Hidangkan dengan serunding ikan
CARA MEMBUAT SERUNDING KELAPA IKAN :
1. Mesin lada hitam, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan 
halia. Kemudian tumis.
2. Campurkan isi ikan, serbuk ketumbar dan air asam jawa.
3. Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Masukkan garam dan gula
 secukup rasa. Angkat bila kelapa agak garing.

6)PUDING DIRAJA
BAHAN-BAHAN :
• 10 biji pisang lemak manis
• Jala emas secukupnya
• Buah prun, ceri hijau & merah
• Buah gajus panggang masin
• Kismis hitam
BAHAN UNTUK JALA EMAS :
• 5 biji kuning telur
• 300 gram gula
• 250 ml air
• 2 helai daun pandan
BAHAN KUAH :
• 1 ½ tin air
• 1 tin susu cair
• 1 biji kuning telur
• 4 sudu makan gula
• 1 sudu makan tepung kastard
• 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT :
1. Pisang dibuang kulit dan digoreng sebiji-sebiji hingga perang.
2. Untuk membuat kuah; satukan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. 
Didihkan hingga likat dan tutup api.
3. Susun pisang goreng tadi di dalam mangkuk kegemaran, diikuti dengan jala
 emas di atasnya. Susunkan pula buah prun dan ceri hijau dan merah secara
 berselang-seli. Hiaskan dengan gajus dan kismis hitam mengikut cita rasa.
4. Tuangkan kuah kastard tadi ke atas puding dan sedia dihidangkan panas atau sejuk.
CARA MEMBUAT JALA EMAS :
1. Didihkan hingga pekat gula, air dan daun pandan. Buang daun pandan.
2. Pukul telur di dalam mangkuk. Menggunakan acuan roti jala, tuangkan bancuhan
 telur ke dalam acuan, lalu kirai di dalam periuk air gula yang sedang di atas api hingga telur masak.

7)BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPURAN

BAHAN-BAHAN : 
• 200 gram tepung serbuk penaik } diayak
• 25 gram tepung jagung
• 50 gram gula kastor
• 80 gram mentega
• 100 gram buah-buahan campuran
• 1 biji kuning telur
CARA MEMBUATNYA : 
1. Masukkan tepung, gula, mentega dan buah-buahan campuran dan gaul sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan kuning telur. Uli sehingga menjadi doh.
3. Kepal-kepalkan sehingga doh menjadi bentuk bulat dan tekankan dengan garpu untuk membentuk garisan memanjang.
4. Susun di atas dulang pembakar yang telah ditabur dengan sedikit tepung ubi.
5. Bakar pada suhu 180° C selama 15 minit.
BISKUT COKLAT CIP SEDAP
BAHAN-BAHAN A :
• 250 gram mentega
• 160 gram gula halus
• 1 biji kuning telur
• 1 sudu kecil esen vanila
BAHAN-BAHAN B : 
• 230 gram tepung gandum
• 20 gram serbuk koko - diayak
• 100 gram coklat cip
• 50 gram coklat cip putih (boleh digantikan dengan coklat urai)
• 50 gram badam cincang - dipanggang
• 50 gram Nestum

CARA MEMBUAT : 

1. Gaulkan mentega dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila lalu dikacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk.
4. Sudu adunan kecil-kecil (sebesar guli) ke dalam loyang.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan suhu 180° C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

8)BISKUT COKLAT BADAM

BAHAN-BAHAN :
• 250 gram tepung serba guna
• 180 gram marjerin
• 100 gram gula aising
• 60 gram hirisan badam
• 20 gram serbuk koko
• 2 biji putih telur
CARA MEMBUAT :
1. Pukul marjerin dengan gula hingga sebati.
2. Kemudian masukkan putih telur dan pukul sehingga kembang.
3. Masukkan tepung dan hirisan badam. Pukul hingga menjadi doh yang lembut.
4. Gulung doh yang telah siap dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Apabila doh beku, potong nipis dan susun di atas loyang pembakar.
6. Bakar pada suhu 180° C selama 15 hingga 20 minit. Biarkan sejuk.

No comments:

Post a Comment