nuffnang

LIKE ME

Sunday, 9 June 2013

SAUNA ATAU BERTANGAS

SAUNA ATAU BERTANGAS

 Bertangas atau mandi wap

Mungkin ramai tak pasti untuk apa keperluan bertangas ni. Namun dengan masa yang terhad terutama selepas mempunyai anak-anak lain, saya juga abaikan. Sejak bergaul dengan mereka yang arif dengan amalan tradisional ini, pengetahuan saya mula meluas. Baru saya sedari banyak kebaikannya yang dapat menghindari pelbagai masalah terutama kepada wanita.                                                     



Bertangas


Bertangas ni sebenarnya adalah mandi wap atau sauna. Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. Bertangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas berpantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid. Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps.

Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Biasanya terdapat dalam 2 jenis iaitu bertangas kering dan basah. Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke 30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid boleh dilakukan selepas hari ke 6, selama 3 ke 7 hari.


Bertangas basah pula menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Untuk mereka yang berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan.



Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim. Bertangas dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.


Info lanjut http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/2013/06/kempen-terkini-sauna-home-1-june-2013.html

No comments:

Post a Comment