nuffnang

LIKE ME

Monday, 3 June 2013

Cantik Tertarik, Kita Terus Dabom!

Suami mana yang tidak bangga apabila isteri yang menjadi ibu kepada anak-anaknya masih kelihatan cantik seperti anak dara. Buat para isteri di luar, jangan jadikan anak ramai dan sudah besar sebagai alasan kecantikan tidak perlu lagi dalam perhubungan suami isteri. Mari sama-sama kongsi rahsia menjadi isteri yang disayangi suami selamanya. 


DALAMAN

♥♥♥Ramai isteri beranggapan kecantikan luaran adalah kunci utama memikat suami. Walhal, kesihatan dalaman juga perkara penting yang membangkitkan rasa cinta suami buat isteri. Bagaimana untuk bermula? Mudah saja.

 Pastikan kita wangi. Ya, wangi. Wangi tidak semestinya perlu memakai minyak wangi atau deodoran setiap masa. Cukuplah memberus gigi, menjaga kebersihan alat sulit, mengambil pil-pil tambahan untuk kecergasan tenaga dan mengamalkan beberapa petua yang boleh dipercayai. Tidak salah mengikut petua-petua seperti yang diamalkan oleh orang lama. Misalnya, amalkan pengambilan manjakani dan kacip fatimah. Jelas banyak khasiatnya. 


FIZIKAL

♥♥♥Setel bab dalaman, isteri hampir perfect untuk kembali menarik seperti anak dara tetapi jangan abaikan bentuk tubuh badan. Jika tidak mampu membeli korset yang beribu ringgit, gunakan saja bengkung ketika di dalam pantang dahulu. Jimat dan berkesan. Bagi isteri yang mempunyai masalah dagu berlapis, teknik mendongak kepala ke atas sambil memuncungkan mulut boleh membantu. Sesekali, turunlah ke padang untuk berjoging bagi mengecilkan paha. Lakukan sit upsetiap pagi selepas bangun tidur pula boleh membantu mengempiskan perut. Curi-curilah masa sikit untuk lakukan ini. 

SOLEKAN

♥♥♥Usah malu keluarkan segala alat solekan yang pernah kita ada. Tapi pastikan alat solek tidak tamat tempoh ya! Sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak yang ramai, tolak persepsi bahawa isteri tidak perlu lagi bersolek. Calitan gincu ringkas di bibir yang pernah mengungkap janji setia kepada suami ketika awal-awal perkahwinan dulu boleh mengembalikan persona. Jika anda seorang yang memakai tudung, pastikan padanan tudung dan pakaian yang sempurna dan bukannya secara carca marba! Oh ya, sila simpan kain basahan atau kain batik anda kerana kain itu bukan kain untuk menyambut suami. 

ROHANI


♥♥♥Cantik dan bergaya lebih sempurna jika isteri pandai melatih diri dengan bercakap bernada lembut. Suami akan bertambah sayang apabila isteri pandai menjaga kehormatan diri sewaktu keluar rumah. Isteri perlu menjaga pergaulan agar tidak disalah anggap oleh orang yang berlainan jantina. Menghormati dan menjaga nama baik suami juga tanda keharmonian sebuah keluarga. Isteri yang beriman juga boleh menjadi contoh kepada anak-anak sekali gus membantu suami masuk syurga kerana meringankan tanggungjawab suami untuk menjadi suami mithali.


Nak lebih tips??? 


Singgah di >>>>

http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/search/label/TIPS

No comments:

Post a Comment