nuffnang

LIKE ME

Monday, 17 June 2013

BAJU? TEMA? NAK RAYA?




♥♥♥♥♥Panduan tema baju raya paling sesuai tahun ini

Sudahkah anda memilih tema baju raya untuk tahun ini? Jangan kata masih terlalu awal. Sebenarnya sekaranglah masa yang paling sesuai untuk merancang warna tema baju raya anda sekeluarga. Silap hari bulan, tukang jahit sudah tidak mahu menerima tempahan menjahit kerana sudah penuh pula nanti. Jadi ini dia, sedikit panduan warna supaya lebaran tahun ini lebih bermakna. 


MERAH 


♥♥♥♥Warna yang sering dianggap bertuah oleh kaum cina ini sering diadaptasi di dalam bidang fesyen. Warnanya yang terang, bernyawa dan jelas mampu menarik perhatian orang yang melihat. Si pemakai pula secara semulajadi menggambarkan dia bertenaga, berkeyakinan dan berani. 


Tip: Baju kebaya merah dan baju kurung berbunga kecil merah seolah-olah anda berada di zaman retro. 


KUNING

♥♥♥♥Biasanya warna ini sering dikaitkan dengan fesyen kasual. Sama seperti merah, warna kuning mampu menarik perhatian orang ramai. Sambutan raya tahun ini juga akan lebih ceria dan bertenaga lebih-lebih lagi ketika berkujung ke rumah saudara seharian. 


Tip: Padankan baju kurung moden kuning dengan kain bercorak kecil warna hitam untuk kelihatan lebih muda. 


BIRU

♥♥♥♥Warna yang sering menjadi pilihan kebanyakan keluarga adalah biru. Berbeza dengan emosi warna merah dan kuning, warna ini mendatangkan keselesaan, ketenangan dan sedap mata memandang. Memandangkan warna biru senantiasa segar buat si pemakai, ia pilihan tepat untuk dipakai setiap hari. 

Tip: Baju t berkolar V biru sangat sesuai dipadankan dengan seluar jeans biru gelap dan seluar slake coklat muda. Baju melayu biru lembut pula memang sangat sesuai dipadankan dengan kain pelikat berbelang biru. 

MERAH JAMBU

♥♥♥♥Warna feminin ini bukan sahaja sesuai untuk anak-anak tetapi suami juga tidak boleh ketinggalan. Warna tenang dan lembut ini sangat serasi dengan pandangan mata. Tidak ada salahnya apabila raya tahun ini anda memilih warna merah jambu sebagai warna sedondon satu keluarga. 

Tip: Kain berfabrik satin atau kain berfabrik kapas kelihatan sangat comel buat si isteri, anak kecil dan suami ketika berkumpul bersama keluarga.


 ♥♥♥♥Tidak kiralah warna dan fesyen apa yang ingin digayakan untuk sambutan raya tahun ini asalkan anda tidak terlebih berbelanja. Jika sebelum ini anda banyak berhabis ketika beraya, apa kata tahun ini lebih bersederhana kerana yang penting tradisi maaf-memaafkan dan ziarah-menziarahi masih dikekalkan. Cuti begini bolehlah pilih warna kain apa yang sesuai untuk anda sekeluarga nanti.

No comments:

Post a Comment