| ||||
|
nuffnang
SAUNAHOME_DIVA STEAM 2016
LIKE ME
Sunday, 30 September 2012
TIP CANTIK
FESYEN OH FESYEN MUSLIMAH ELEGANT 2012
GAYA LUJA&IVY SERLAH AURA MU | ||||||||
|
SAUNA MAMPU TANGANI STRESS & PENYAKIT BERBAHAYA
Seperti yang kita sedia maklum,dalam zaman teknologi dan sains canggih kini,masyarakat kita terlalu banyak menghabiskan masa mengejar matlamat dan mengiringi arus kemodenan negara..Rata-rata kini kaum wanita dan lelaki boleh dikatakan sama taraf dan malah ada yang lebih berjaya menduduki tahta pangkat dan darjat. Kerja semakin bertambah dan kesibukan menjadi tidak terurus. Apakan tidak kerja semakin banyak,rumahtangga perlu diuruskan dan menjadikan jiwa dan raga 'menderita' kerana mengalami tekanan atau stress yang agak membimbangkan..
stress mendalam Mahukah anda??
Untuk mereka yang amat-amat perlukan khidmat merelaxkan diri dan mental,ayuh sihatkan segala
kekusutan dengan kaedah sauna terapi dirumah iaitu SAUNA HOME..SAUNA HOME terbaik
khusus bagi mereka yang inginkan kegunaannya dalam pelbagai guna dan menyihatkan..Tiada
makanan atau minuman yang boleh membantu anda merapikan dan kegunaan lain dalam satu-satu
masa...apalagi,ayuh jom SAUNA...
Untuk
tempahan boleh hubungi saya di no 019-6259604 @https://www.facebook.com/myaqareena.amir sekarang.
Penghantaran percuma di semenanjung msia......
by QAREENA AMIR SAUNA HOME
30 sept 2012...
|
Sunday, 16 September 2012
Sumber Laman Petua Nenek
Petua -Petua Merawat Penyakit
Tambah kapsyen |
Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun
jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian
yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.
Melegakan Cirit Birit
1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan
cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.
2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat.
Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain
3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih
muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada
bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu
atau kering, berbeza dari warna asalnya.
Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan
sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari
Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada
tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.
Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke
dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.
Menajamkan Penglihatan
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan
yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita
sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan
memakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.
Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi
yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.
Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan.
Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung
kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas
ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan
sembuh.
Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah
dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.
Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk
mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah
dikupas kulitnya.
Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.
Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air
beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.
Menghidap Barah Rahim
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh
yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga
bulan.
Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan
sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.
Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia
dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap
hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.
Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan
menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan
garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan.
Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga
hilang.
Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun.
Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian
yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan
beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan
simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.
Mengubati Senggugut
1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah
padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis
hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis.
Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan
garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan
embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan
selama tiga malam.
4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu
didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan
menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian
apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.
Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan
sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais
lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.
Menyegarkan Badan
Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga
mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya
:
* Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.
* Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah
diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi.
* Lalu digosokkan di dinding kemaluan.
Merawat Luka
1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat.
Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan
keluar lagi.
2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar,
dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan
dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.
3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil
sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu
lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.
4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada
bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.
5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami
pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan
terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.
Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian
salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus.
Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda
akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali
seperti sediakala.
Sakit Kuning
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga
mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.
Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan.
Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada
bayi.
Kanak -kanak Sesak Nafas
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang
kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.
Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu
kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi
dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.
Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan
menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.
Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung
mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.
Selesema
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih).
Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering
pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih
di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati
dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan
mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali
Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan
kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.
Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam
kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya.
Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan
secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian
wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
Suami Ketagih Rokok
Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan
tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi
gantinya.
Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan
seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika
kemudian bilas dengan air bersih.
Gastrik
1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya.
Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan
meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan
kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian
minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih
ulu hati.
3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau
susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.
Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit
ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur
ayam kampung kemudian di minum.
Bengkak-bengkak di Badan
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan
air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang
bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.
Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama
semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi
dua hingga tiga kali dalam sehari.
2. Segera beri minum air kelapa yang muda.
Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam
air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.
Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum
setiap hari
Kurang Darah Akibat Kemalangan
Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit
hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.
Telinga Dimasuki Serangga
1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut.
Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.
Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak
berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.
Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian
berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.
Melawas Kencing
1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas
air. Tapis dan minum dua kali sehari.
2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi
dua gelas air. Minumlah sekali sehari.
Mengubati Gelgata
1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian
yang ditumbuhi gelgata.
2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan
pada bahagian yang terkena gelgata.
Segarkan Saraf
Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan
airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Lelah
1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga
lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.
2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil.
Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat
yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.
Berkhatan Cepat Sembuh
Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil.
Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan
air itu.
Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum
sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.
Penawar Kencing Manis
1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong
kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu
gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus
sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Petua Mengelakkan Barah
1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi
bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser
daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang
boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang
soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana
sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai
zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia
juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh
sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser.
Mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia
mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan
oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh
menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam
minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh
mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN
BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN
Tambah kapsyen |
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.
2.3 Pisang Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
2.4 Mangga Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.
2.5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.
2.7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.
2.9 Pinang dengan Pelbagai khasiat
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.
2.10 Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi
vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi
perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat
pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan
meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi
bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang
berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.
. Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga
manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk
paru-paru dan jantung.
2.11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu
saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada
cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional,
sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik.
Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema
dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan
karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia
digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih
yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.
2.12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
2.13 Pelbagai Khasiat Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
2.14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.
Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.
2.15 Betik Selesaikan Sembelit
Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah .
PRINSIP-PRINSIP PEMAKANAN SIHAT
Assalammaualaikum...selamat kita berjumpa lagi...kali ini saya meneydiakan PRINSIP-PRINSIP PEMAKANAN SIHAT...
Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga
dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan
prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :
SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI
Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :
Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.
UTAMAKAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MENJAMU KESEJAHTERAAN KELUARGA
Kuman hidup di merata-rata tempat dan boleh mencemari makanan jika tidak disediakan secara bersih. Persekitaran yang kotor, terutamanya di dapur mengundang makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut yang juga boleh mencemar makanan dan menyebabkan keracunan.
Panduan berikut boleh digunakan untuk menyedia dan menghidangkan makanan secara bersih.
|
|
|
|
|
|
|
SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI
Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :
SARAPAN PAGI
|
MAKAN TENGAHARI
|
|
MAKAN MALAM
|
SNEK
|
Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.
|
UTAMAKAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MENJAMU KESEJAHTERAAN KELUARGA
Kuman hidup di merata-rata tempat dan boleh mencemari makanan jika tidak disediakan secara bersih. Persekitaran yang kotor, terutamanya di dapur mengundang makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut yang juga boleh mencemar makanan dan menyebabkan keracunan.
Panduan berikut boleh digunakan untuk menyedia dan menghidangkan makanan secara bersih.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)