SATAY AYAM Saiz Hidangan 150gram(10 cucuk) Kalori(kcals) 365 karbohidrat(g) 19.1 Protien(g)28.4 Lemak(g)19.4 |
KOPI HITAM Saiz hidangan 1 cawan Kalori(kcals) 3.5 Karbohidrat(g) 0.7 Protien(g) 0.2 Lemak(g)0 |
ROTI CANAI Saiz hidangan 95g(sekeping) Kalori(kcals)301 Karbohidrat(g)45.5 Protien(g)6.7 Lemak(g)10.3 |
Awasi Permakanan anda
Permakanan yang mempunyai perlbagai nutrien sangat penting untuk kesihatan yang berkualiti.Tetapi ,tiada sejenis pun makanan mempunyai semua nutrien yang kita perlukan.Terdapat tiga jenis nutrien paling penting daripada 40 nutrien yang dikumpulkan dalam 6 jenis nutrien utama,iaitu karbohidrat,lemak,protien,vitamin,garam galian dan air }
Karbohidrat
Merupakan polimer semulajadi iaitu sejenis kelas makanan yang sangat penting kepada manusia.Ia adalah sumber tenaga yang utama dan dikelaskan kepada 3 bahagian iaitu monosakarida,oligosakarida dan polisakarida }
Protien
Merupakan nutrien penting untuk pertumbuhan pembaikan dan mengawal sel.Hampir separuh protien yang diambil akan ditukar menjaddi enzim yang bertindak mengawal kelajuan tindak balas biologi dalam badan,melaancarkan fungsi pencerna makanan,mengumpul dan membahagikan molekul untuk membuat sel baru dan bahan kimia.Bagi fungsi-fungsi ini,enzim memerlukan vitamin dan sumber tertentu.
Lemak
Sangat penting untuk tubuh kerana ia membantu membekalkan tenaga,pembinaan sel,pengangkutan oksigen,pembekuan darah dan penghasilan hormon yang dikenali sebagai prostaglandin.Lemak boleh jadi tepu,politaktepu,monotaktepu dan lemak tepu.Lemak politaktepu atau asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendirinya dan puncanya hanyalah daripada diet anda.
Keperluan kalori
Kalori merupakan sejenis unit tenaga.Seorang lelaki dewasa yang berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat minimum 55kg,memerlukan jumlah kalori sebanyak 2530 kcals sehari.Bagi yang berumur 40 hingga 49 tahun dengan kadar berat yang sama pula memerlukan 2400 kcals sehari.Usia 50 hingga 59 tahun,sebanyak 2280 kcals diperlukan manakala bagi yang berusia 60 tahun ke atas,jumlah kalori yang diperlukan sehari ialah 2020 kcals.Jadi amat penting untuk anda mengetahui apa yang anda makan setiap hari dan ketahuilah berapakah jumlah kalori yang layak untuk anda.
No comments:
Post a Comment