Jangan Teruskan Amalan Yang Salah
Amalan penjagaan wajah yang salah pastinya akan menghalang anda memiliki kulit yang cantik dan sihat. Ramai yang mengamalkan penjagaan kulit yang salah namun tidak menyedarinya gara-gara kurang pengetahuan. Berikut adalah antaranya.
1. Memakai Sabun Sabun hanya akan membuat kulit dehidrasi, sebaiknya gunakan pembersih muka yang lembut. Sabun akan menghilangkan minyak semula jadi pada kulit yang diperlukan. Sabun itu adalah bahan pencuci seeloknya jangan menggunakan sabun untuk membersihkan muka.
2. Tidak Membersihkan Wajah Sepatutnya Jangan tunggu sampai waktunya tidur untuk membersihkan wajah. Selepas keluar dari rumah, bersihkan wajah dan sapukan produk perawatan kulit. Selain itu, tetap cuci muka meski anda tidak mengenakan mekap. Anda perlu membersihkan wajah dari pencemaran dan debu. Ramai yang membersihkan wajah di pagi hari tapi lupa untuk melakukannya sekali lagi di malam hari. Malam lebih penting, kerana kulit perlu berehat dalam keadaan bersih.
3. Tak Memakai Krim Mata Jangan teragak-agak membeli krim mata mahal, gunakan pagi dan malam. Mata merupakan bahagian pertama di wajah yang menunjukkan penuaan. Produk yang diformulasi untuk bahagian mata mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh mata berbanding pelembap biasa. Jangan abaikan bahagian mata, jika tidak anda mungkin mengalami masalah kantung mata yang membuat penampilan tidak segar.
4. Kurang Minum Air Putih Air putih adalah pelarut semula jadi. Air putih membantu memecahkan masalah kulit dari dalam. Air mengenyalkan kulit dan membantu perjalanan darah. Sebaiknya anda minum air sebelum benar-benar merasa haus.
5. Tidak Memakai Krim Pelindung Gunakan krim pelindung UV yang mengandungi SPF setiap hari. Tiada istilah terlambat untuk melindungi kulit anda dari sinar matahari. Biarpun lambat mengenakan krim tersebut di waktu matahari sudah meninggi, ia tetap ada perbezaan. Menggunakan krim ini setiap hari akan melindungi kulit daripada kedutan yang datang lebih awal serta jeragat yang mencacatkan penampilan wajah.
Jerawat Di Wajah Paling Merisaukan
Terdapat pelbagai jenis masalah kulit, tapi jerawat merupakan yang paling popular. Jerawat bukan saja boleh muncul di muka tapi juga punggung dan dada namun kemunculan di wajah adalah paling merisaukan.
Mereka yang kerap mengalami masalah jerawat selalunya adalah mereka yang memiliki jenis kulit berminyak. Namun begitu mereka yang memiliki kulit kering dan normal juga boleh mengalami masalah ini.
Minyak semula jadi pada kulit wajah dihasilkan oleh kelenjar minyak. Fungsi utama kelenjar minyak sebenarnya adalah untuk menjaga kelembapan kulit. Namun bila penghasilannya berlebihan ia akan menutup pori- pori sehingga menimbulkan masalah kulit, seperti jerawat. Jerawat wajah selalunya timbul di sekitar bahagian T – iaitu kening, hidung dan dagu kerana minyak lebih banyak dihasilkan di bahagian tersebut.
Bahana Jerawat Jerawat yang muncul bukan sekadar benjolan merah, kerana ia boleh menyebabkan kesan lain. Jerawat yang sukar diubati, sakit, gatal, panas, menampakkan pembuluh darah dan membengkak perlu ditangani melalui rawatan doktor. Ada sesetengah kes jerawat sebegini menyebabkan masalah kesihatan seperti demam. Sebelum jerawat menyerang, ada baiknya anda melakukan rawatan rutin seperti :
• Komedo atau ‘blackheads’ termasuk jenis jerawat ringan dan tidak meradang. Ia boleh ditangani oleh produk perawatan khusus, misalnya pengecil pori. Namun ia perlu digunakan secara rutin, karena bila anda berhenti memakainya, komedo akan muncul kembali.
• Bersihkan wajah secara teratur agar jerawat tidak menghampiri kulit. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.
• Hindari memicit jerawat yang sudah timbul kerana kotoran di tangan anda boleh menyebabkan peradangan serta memburukkan lagi keadaan jerawat.