nuffnang
SAUNAHOME_DIVA STEAM 2016
LIKE ME
Sunday, 30 December 2012
Sunday, 23 December 2012
LATEST Y.E.S PROMOTION 2012-2013
Wednesday, 19 December 2012
Karbohidrat Kompleks dan Kebaikannya
Karbohidrat Kompleks dan Kebaikannya
Apabila bangun daripada tidur setiap pagi, kita bertuah kerana masih dapat merasakan jantung berdegup dan otak berfungsi dengan baik dan kita masih berkemampuan untuk mencapai apa jua yang diingini pada bila-bila masa. Namun adakah kita sedar bahawa semua perkara kecil yang kelihatan ringkas dan mudah ini memerlukan tenaga untuk melakukannya?Seorang penulis buku pemakanan pernah berkata (dan saya sangat bersetuju dengan pendapatnya ini): “Kebanyakan orang mahu merasa gembira sepanjang masa. Biar apa pun yang dilalui setiap hari, potensi keseronokan adalah sangat mengujakan apabila tubuh dan minda seseorang itu peka dan bersedia untuknya. Kesejahteraan yang dirasai daripada tenaga, kepekaan, kelapangan fikiran dan keyakinan adalah sangat bernilai. Kalaulah kita tahu bagaimana hendak menghasilkannya … Sebahagian daripada rahsia perasaan gembira ialah menjana bekalan tenaga yang mencukupi melalui pemakanan.” Oleh CataldoAntara tiga makronutrien penting iaitu karbohidrat, protein dan lemak; KARBOHIDRAT ialah sumber tenaga pilihan, diikuti oleh lemak manakala protein pula disimpan untuk penghasilan dan pemuliharaan sel tubuh. Anda mungkin terkejut jika mengetahui betapa fungsi tubuh sangat bergantung kepada karbohidrat; selagi mana karbohidrat boleh didapati, sel otak kita bergantung sepenuhnya kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga. Lemak pula tidak digunakan oleh otak ataupun sistem saraf dan pemakanan berlemak tinggi juga sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Karbohidrat kompleks Vs Karbohidrat ringkas
Terdapat pelbagai jenis karbohidrat dalam pemakanan kita dan jenis-jenis ini diklasifikasikan mengikut struktur molekul karbohidrat yang dikenali sebagai monosakarida.Karbohidrat ringkas terdiri daripada rantaian molekul monosakarida yang lebih pendek, lazimnya dalam jumlah satu atau dua molekul monosakarida. Anda mungkin mengenali contoh sebenar karbohidrat ringkas yang boleh didapati sehari-hari. Berikut adalah antara contoh monosakarida:- Monosakarida (terdiri daripada satu molekul) :glukosa, fruktosa (gula buah-buahan) and galaktosa- Disakarida (terdiri daripada rantaian dua molekul): sukrosa (gula makan, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (lazimnya digunakan untuk membuat pastri).Karbohidrat kompleks dalam makanan adalah terdiri daripada rantaian melebihi dua monosakarida dan saintis lazimnya menggelar jenis ini sebagai Polisakarida (secara langsungnya bermaksud terdiri daripada sejumlah monosakarida). Sesetengah daripada contoh berikut mungkin biasa anda temui seperti:- Kanji: terdapat dalam nasi, roti, mi, sayuran ubi seperti ubi kentang, kacang atau lentil. Kebanyakan masyarakat mempunyai bijian ruji yang menjadi sumber utama tenaga mereka: nasi di Asia, gandum di negara-negara Barat selain barli dan jagung di Amerika Selatan.- Serat pemakanan yang terdapat dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan nasi perang.
Kesan jenis karbohidrat yang berbeza kepada tubuh
Dengan mengenali jenis-jenis karbohidrat yang berbeza, kita boleh memahami bagaimana ia memberi kesan yang berlainan kepada tubuh. Sepertimana perbezaan namanya yang berdasarkan struktur molekul, anda pasti boleh meneka bahawa karbohidrat ringkas kurang memerlukan tenaga daripada sistem pencernaan untuk diproses dan diserap sepenuhnya oleh tubuh disebabkan oleh rantaian molekulnya yang pendek; oleh itu, jika kita memerlukan tenaga segera terutamanya semasa melakukan senaman ketahanan dan apabila tahap gula darah kita menjadi terlalu rendah, maka karbohidrat ringkas akan dapat membekalkan tenaga yang diperlukan itu. Walau bagaimanapun, jika kita mengambil karbohidrat ringkas dengan berlebihan dalam satu-satu masa, tahap gula darah kita akan meningkat tinggi secara mendadak. Sekiranya karbohidrat ringkas sentiasa menguasai sebahagian besar peratusan pemakanan harian kita, fenomena gula darah yang tinggi ini akan berkekalan. Keadaan ini banyak dilihat dalam dunia sekarang di mana penyakit kronik seperti kencing manis semakin kerap ditemui dan kadarnya semakin meningkat. Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini.
Kelebihan karbohidrat kompleks
Walaupun hampir semua sel tubuh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tubuh kita tidak dapat mengenal pasti molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun begitu, tubuh kita merupakan sebuah sistem yang pintar dan berupaya untuk mengubah karbohidrat kompleks ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh tubuh dan seterusnya digunakan oleh sel. Proses ini lazimnya mengambil masa yang lama kerana tubuh terpaksa memisahkan rantaian karbohidrat yang panjang menjadi lebih pendek sebelum penyerapan dapat dilakukan.Kelebihan tambahan karbohidrat kompleksBukan sahaja karbohidrat kompleks membekalkan tenaga kepada kita pada kadar yang sesuai, tetapi ia juga merupakan sumber kepada pelbagai nutrien lain. Kebanyakan karbohidrat kompleks juga adalah sumber Vitamin B yang baik dan Vitamin B diperlukan semasa pelepasan tenaga ke dalam sel-sel tubuh. Tambahan lagi, makanan karbohidrat semula jadi dan yang diproses secara minimum adalah lazimnya rendah lemak dan mempunyai kandungan serat yang tinggi.Permata Karbohidrat Kompleks Serat, juga dikenali sebagai “pelawas”, sering menjadi tumpuan awam dan juga para saintis kerana kebaikannya kepada kesihatan manusia. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah dalam pemakanan dikaitkan dengan pengurangan risiko terhadap penyakit kronik. Serat dapat diperolehi daripada makanan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Serat tidak boleh dicerna oleh enzim pencernaan manusia. Walaupun sesetengah serat boleh dicerna oleh bakteria dalam saluran pencernaan, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh serat ini adalah sangat minimum.Serat boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori berdasarkan ciri-cirinya dalam tubuh kita;Serat Tak Boleh Larut :Serat jenis ini tidak boleh larut dalam air dan lazimnya diperolehi daripada bahagian luaran buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian. Serat tak boleh larut membantu pergerakan dalam usus dan sangat berguna untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit.Serat boleh larut :Serat jenis ini mudah larut dalam air dan lazimnya menjadikan makanan kenyal atau anjal. Satu contoh serat boleh larut ialah oat. Sekiranya kita menyediakan semangkuk oat untuk sarapan, ia akan bertukar menjadi pekat apabila dibiarkan seketika.Serat boleh larut sememangnya memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan. Disebabkan oleh pembentukan “seakan gel” dalam perut, serat boleh larut membantu memperlahankan kadar pengosongan makanan dalam perut dan seterusnya meningkatkan rasa kenyang serta melambatkan rasa lapar. Tambahan lagi, disebabkan oleh sifatnya yang memperlahankan pergerakan makanan ke dalam saluran usus daripada perut, ia membantu mengawal gula darah daripada meningkat terlalu cepat dan terlalu tinggi selepas makan.Tubuh kita memerlukan kedua-dua jenis serat untuk memelihara kesihatan saluran usus dan mencapai tahap kesihatan optimum. Kita disyorkan untuk mengambil 25g serat pemakanan setiap hari. Untuk mencapai jumlah ini, kita seharusnya memilih makanan kaya serat dalam pemakanan harian. Contohnya: selain daripada biskut biasa, bertukarlah kepada biskut yang tinggi kandungan seratnya.
Amalan yang disyorkan
Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia masih mengesyorkan bahawa karbohidrat menjadi komponen utama pemakanan; ia seharusnya menyumbangkan 50% daripada jumlah tenaga terutamanya daripada sumber karbohidrat kompleks dan makanan kaya serat. Ramai yang tersalah anggap bahawa karbohidrat adalah “menggemukkan”. Berdasarkan kiraan gram-untuk-gram, karbohidrat menyumbangkan jumlah kalori yang setara dengan protein (4kcal/gram), tetapi mengandungi jumlah kalori yang lebih kecil daripada lemak pemakanan (9kcal.gram). Walaupun protein menyumbangkan jumlah kalori yang setara sepertimana karbohidrat, makanan kaya protein lazimnya juga mengandungi sejumlah besar lemak: contohnya, daging. Untuk hidangan anda seterusnya, anda mungkin boleh memenuhi separuh daripada karbohidrat kompleks yang anda inginkan dengan serat tinggi (nasi perang, sayur-sayuran) diikuti dengan makanan kaya protein seperti daging yang jikalau boleh, dikurangkan jumlahnya. Pilihlah makanan protein kaya serat seperti kekacang dan seboleh mungkin, ambil makanan kurang berminyak atau berlemak.
Saturday, 15 December 2012
Makanan pencegah KANSER
Bak kata pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubati. Bagaimanapun hakikatnya,tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan.Sebaliknya,jika terkena atau disahkan menghidap penyakit,barulah tindakan segera diambil sama ada melakukan rawatan ataupun mula mengamalkan aspek pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser,haruslah dilihat terlebih dahulu mengenai puncanya. Yang pasti,permakanan sihat memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan akan datang. Antara permakanan tersebut ialah:
1: Kacang atau mentega kacang
Terdapat kajian yang mengatakan,memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut,kolon,paru-paru, dan lain2. Mengamalkan permakanan yang kaya dengan vitamin E seperti mentega kacang,kacang dan biji kuaci dalam diet seharian dan membantu menguatkan sel badan.
2: Oren
Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C merupakan antioksidan yang didapati didalam kebanyakan buah dan sayuan. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut,kolon,payudara dan serviks.
3: Ubi Keledek
Ubi keledek mengandungi beta-keroten yang merupakan antioksidan sangat hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-keroten dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru,perut dan kolon.
4: Ikan Salmon
Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D mungkin dapat menghalang salur darah pada tumor yang membesar.
5: Bawang Putih
Dalam masyarakat moden,bawang putih dipercayai dapat mencegah serangan jantung,pengumpalan darah,menurunkan kadar kolesterol,tekanan darah,kadar gula dalam darah,penawar racun,pembunuh bakteria/kulat/parasit,pengikat radikal bebas dan banyak lagi. Zat-zat aktif yang terdapat di dalam bawang putih ialah vitamin A,B,C,kalsium,potasium,besi,keroten dan selenium.
6: Teh Hijau
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular,kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol iaitu sejenis antioksidan kuat kerana mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu,sejak 20 tahun lalu,satu kajian telah dilakukan terhadap teh hijau ini dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan.
7: Buah beri merupakan buah terbaik untuk mecegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberry,blueberry dan cranberry. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.
Friday, 14 December 2012
Pilihan musim hujan
Pilihan Makanan Sihat Ketika Musim HujanMusim hujan dan sejuk membuatkan tubuh memerlukan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk membuat tubuh kekal segar meski pada suhu yang sejuk. Jenis makanan berikut boleh dijadikan pilihan.EpalMemang rugi bagi yang tidak gemar menikmati buah ini. Buah yang sering dijadikan sebagai isi pai ini kaya dengan antioksidan dan juga vitamin C yang bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.Ubi keledekSatu lagi makanan yang seharusnya ada di dalam stok simpanan barangan dapur anda. Ubi keledek mengandungi vitamin A yang akan memberikan manfaat untuk kulit sihat dan mulus. Selain itu, ubi keledek juga mampu menjadi penambah sistem kekebalan tubuh ketika suhu semakin menurun.Labu kuningSayuran yang satu ini mengandungi banyak vitamin A. Sup labu hangat akan menjadikan musim-musim sejuk ini menyenangkan anda.TomatoSup tomato yang hangat boleh menjadi pilihan yang sesuai. Selain dijadikan masker untuk kekalkan kulit wajah yang cantik, buah tomato ini membantu mengurangi risiko penyakit jantung kerana kandungan antioksidan seperti likopen yang banyak di dalamnya.Brussels sproutSayuran ini dapat membantu me ningkat kan kekebalan tubuh dengan baik. Selain itu, jenis sayuran ini mengandungi zat besi, kalium dan juga vitamin K yang baik untuk tulang.Buah beranganJenis kekacang berwarna coklat ini akan membantu memelihara kulit agar kelihatan muda dan berseri. Kacang yang kaya dengan serat ini membantu tubuh mengekalkan tenaga.Buah delimaIa membantu kulit agar kelihatan tetap sihat dan juga bermaya melalui kandungan nutrisi yang baik di dalamnya terutamanya antioksidan.Lobak hijauLobak hijau mengandungi vitamin K, A dan juga vitamin C. Selain kaya dengan vitamin, lobak hijau juga kaya dengan serat.PirBuah pir mengandungi banyak vitamin C yang bermanfaat dalam mengekalkan imunisasi tubuh.
Monday, 10 December 2012
SAUNA DEC 2012
Mandi sauna ini juga disebut sebagai mandi peluh kerana ia meremajakan tubuh dengan curahan keluar toksin dengan peluh. Manfaat kesihatan sauna mandi diketahui walaupun nenek moyang kita, dan terdapat bukti-mandian yang digunakan walaupun pada usia batu . Thermae orang-orang Rom kuno atau Onsen tradisional Jepun, terdapat budaya lain yang mempunyai versi mereka sendiri "sauna baths".Walau bagaimanapun, ia adalah sauna Finland yang menjadi popular di seluruh dunia selepas Revolusi Perindustrian.Sauna tradisional yang berasaskan kepada model Finland mempunyai batu-batu di tempat perapian yang dipanaskan kepada suhu tinggi. Air dicurahkan ke atas batu-batu ini dari masa ke masa itu menyejat menjadi wap yang memanaskan udara di dalam sauna. Sesetengah sauna moden telah pemanas elektrik untuk menjana haba. Terkini selaras sauna inframerah yang menggunakan sinar inframerah jauh yang menembusi ke dalam tubuh dan haba.Kesihatan Kebaikan Sauna satuHaba yang dihasilkan dalam sauna mempunyai kesan terapeutik pada badan. Bukan sahaja haba mengaktifkan kelenjar peluh yang membantu badan untuk menghapuskan toksin, ia juga meningkatkan kadar jantung dan peredaran darah. Antara manfaat sauna: Menyahtoksikan Badan Jadi ia mengambil radiasi inframerah atau duduk dalam persekitaran yang hangat sauna tradisional, semua sauna baths bekerja pada prinsip bahawa berpeluh adalah cara terbaik menyingkirkan toksin di dalam badan kita. Bersama-sama dengan paru-paru, buah pinggang, usus dan sistem limfa, kulit menjalankan peranan yang penting dalam menyahtoksikkan badan kita. Kulit kita mempunyai kelenjar peluh di seluruh. Haba mandi sauna mengaktifkan kelenjar peluh dan mereka mengeluarkan toksin dari badan dalam bentuk peluh. Daripada semua organ-organ, kulit kita mempunyai kawasan permukaan yang terbesar. Oleh itu, sejumlah besar toksin membilas keluar badan oleh kulit disebabkan meningkat berpeluh teraruh dalam sauna.Meningkatkan kadar denyutan jantung Mandi sauna adalah pilihan yang sangat baik untuk orang-orang yang tidak mampu untuk menanggung tekanan yang ketat menjalankan. Mandi sauna meningkatkan dan menguatkan peredaran darah tanpa menyebabkan tekanan ke atas mana-mana sistem badan yang lain. 10 - mandi 20 minit sauna panjang meningkatkan denyutan jantung sebanyak 50 - 75%. Ini membawa kesan yang sama sebagai latihan fizikal yang sederhana ketat. Peningkatan output jantung memastikan bahawa terdapat bekalan darah yang bertambah baik kepada semua bahagian-bahagian badan.Meningkatkan Peredaran Darah Peningkatan kadar jantung seterusnya meningkatkan peredaran darah. Haba sauna mengembangkan saluran darah yang memastikan bahawa terdapat bekalan darah walaupun oleh kapilari yang nipis. Bekalan darah yang betul membawa nutrien segar kepada sel-sel dan memastikan pembasmian sepenuhnya bahan buangan daripada mereka. Memperbaiki Kulit Liang-liang kulit yang melaluinya peluh dan akan dibuang tersumbat disebabkan oleh penggunaan krim, deodoran dan sel-sel kulit mati. Liang-liang tersumbat menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, jerawat dan bintik hitam. Haba sauna membersihkan dan membuka liang roma ini, dan rasa peluh daripada mereka, dan membawa bahan-bahan beracun daripada badan. Darah juga bertambah baik peredaran darah ke kulit meninggalkannya kelihatan muda dan segar.Menguatkan Kekebalan Kira-kira 2000 tahun yang lalu, Parmenides, seorang doktor Yunani telah mendakwa bahawa dia dapat menyembuhkan penyakit apa-apa jika dia telah diberi peluang untuk mewujudkan demam. Beliau merujuk kepada mekanisme pertahanan badan kita, demam, yang membolehkan badan untuk melawan mikro-organisma dan kesan berbahaya mereka. Suhu semasa demam meningkatkan pengeluaran sel darah putih, anti-ferons dan anti-badan yang membantu kita melawan penyakit. Sauna baths mengambil tubuh menyatakan demam tiruan di mana entiti melawan jangkitan dihasilkan yang mengukuhkan sistem imun .Berat Badan Daripada beberapa manfaat sauna kesihatan, penurunan berat badan adalah salah satu yang paling dicari. Bersama-sama dengan peluh, satu kehilangan sejumlah besar air dari badan. Ini mungkin muncul sebagai penurunan berat badan yang ketara pada mesin berat. Walau bagaimanapun, berat itu hilang meraih kembali dengan penggunaan air. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa output jantung meningkat dalam sesi sauna purata membakar kira-kira 300 kalori. Ini adalah bersamaan dengan menggunakan jumlah kalori yang sama seperti ketika berjalan pantas. Tidak buruk, memandangkan hakikat bahawa apa yang telah lakukan adalah untuk berbaring dan berehat!Relaksasi otot Terikan dalam otot yang terasa selepas senaman fizikal adalah disebabkan oleh pengeluaran berlebihan asid laktik, dan haus dan lusuh bahawa otot menjalani. Bukan sahaja sauna baths membantu otot salah satu untuk berehat, mereka juga mengusir asid laktik yang berkumpul di dalamnya. Selain itu, aliran darah yang meningkat kepada otot dan membantu mereka untuk membaiki sel-sel daripada yang dipakai.Kesihatan Mental Orang yang kerap sauna sering berasa mental santai. Ini adalah kerana siaran kardiovaskular meningkat aktiviti endorfin - 'feel baik' kimia, di dalam otak.Konvensional sauna wap atau sauna inframerah , manfaat sauna baths diakui seluruh dunia. Daripada sesi interaksi sosial, sauna semakin digunakan untuk kesan penyembuhan mereka.dapatkan set MYRA,DIVA DAN EZY FIR sekarang..bakar lemak,bakar kalori,cantikkan kulit,sihat tubuh badan dll..untuk tempahan call/sms saya di no 019-6259604...@ layari laman blog http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/2012/04/betapa-pentingnya-bersauna.html..POSTED BY QAREENA AMIR AT 21:39 NO COMMENTS:EMAIL THISBLOGTHIS!SHARE TO TWITTERSHARE TO FACEBOOKLABELS: FAEDAH SAUNAOlder PostsHomeSubscribe to: Posts (Atom)
Saturday, 10 November 2012
GEBUKAN KULITMU DENGAN SAUNA
Mengamalkan mandian sauna mampu menggantikan sel-sel kulit yang telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit.
ASAL USUL MANDI SAUNA
Asal usul mandi sauna atau mandi wap boleh diimbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu.Di zaman Empayar Greek,mandi sauna sudah lama diamalkan oleh masyarakat Rom dan ianya dikenali sebagai SUDATORIUM.Di zaman masyarakat empayar Turki(PERSIA),tempat mandi sauna awam dikenali sebagai 'BANJA'.Dalam erti kata lain,mandi sauna sudah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lama untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.Pada masa dahulu,mandi sauna diamalkan untuk membantu mengeluarkan racun atau toksik dari dalam tubuh. Namun sedikit ia mula terkenal.Sehingga kini ia telah menjadi asas bagi orang ramai untuk melakukan mandi sauna.
MANDI SAUNA Tradisional melayu
Pada zaman dahulu,malah masih diamalkan di setengah tempat,amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk.Pesakit duduk berhampiran dengan periuk dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap.Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidap demam,biasanya demamnya akan sembuh.Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah,akar-akar kayu dan lain-lain lagi.Keberkesanannya telah terbukti sejak turun-temurun kerana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit .Kini sistem merebus dan penyaluran wap herba herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkhidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.
bersambung........
Friday, 9 November 2012
SAAT NYAWA DI HUJUNG TANDUK
Tiba di kampung,pelbagai aktiviti n of courselah 'memasak' agend utama..seronok sekali..
selama dua hari dikampung terasa dua jam jer,tapi atas rasa tanggungjawab kami bertiga pulang ke kuala lumpur semula..dalam perjalanan pulang itu aku terasa sesuatu yang tidak enak,rasa tidak sihat. tp aku mendiamkan diri sahaja dan mengatakan tiada apa2..
Setelah menghantar adik ke rumah sewanya.aku dan suamiku pulang menuju ke kediaman kami di Taman Pelangi Semenyih dan dalam perjalanan itu diriku makin tidak selesa..darah period makin banyak yang keluar. Setiba dirumah,darah makin banyak keluar seperti orang tumpah darah...
badan makin lemah dan pening yang amat kuat..tidak pernah aku merasai semua ini...aku berehat dan keesokkan harinya atas nasihat mak yang menelefon dari kg,aku dan suamiku bergegas ke klinik Pakar Sakit Puan di kajang sentral dan doktor mengesahkan sesuatu yang aku tidak tersangka-sangka iaitu aku menghidap cyst ovari di kedua-dua ovari..bukan setakat itu sahaja,doktor mengesahkan juga kedua-dua cyst berkenaan makin membesar melebihi 10cm...Masyaallah....ingin rasanya aku menangis tp ketahan juga..doktor berkenaan juga menyarankan aku membuat pembedahan secepat-cepat yang mungkin kerana diriku berada dalam keadaan kritikal..lambat sikit nyawa aku dalam bahaya...Lemah longlai rasanya dan aku ke hospital Kajang untuk menjalani pembedahan itu on the spot. Aku hampir pitam ketika disorong dengan kerusi roda dan di masukkan ke wad 4 Pakar Sakit Puan..doktor2 pakar,staff2 nurse dan semua bertungkus-lumus memastikan aku berada dalam keadaan baik..
keluar dari dewan bedah,kulihat suami,mak dan adik menunggu aku diluar dewan bedah..dalam keadaan lemah aku senyum di dalam hati melihat kesetiaan mereka menunggu aku. dan aku terlena sekali lagi...
hari keempat aku dibenarkan keluar dan gembira aku dapat balik kerumah...yahooooo
terima kasih semua: doktor2,nurse2,suami,mak,adik dan saudara mara yang datang memberi semangat...terima kasih sekali lagi..
Catitan demi catitan:
25 oktober 2012: balik kg sambut hari Raya Aidil Adha
26 oktober 2012: sambut raya
27 oktober 2012: period dan sakit belakang kembali dan kali ini sakit ya amat-amat sakit
28 oktober 2012: dah dua hari di kg,tiba masanya pulang ke bandar...perasaan sedih bercampur baur
sakit dan errrrr....
sampai rumah darah tumpah yang besar-besar banyak..pening dan bawa tidur.
29 oktober 2012: pukul 11 pagi aku dan suami terpaksa pergi klinik pakar sakit puan dan menerima
berita yang amat menyedihkan} aku sakit rupanya....sakit kronik
pukul 1.00 ptg aku ke hospital kajang untuk menentukan masa depan aku yang kian
'x nampak'
pukul 2.30 ptg aku di tahan di wad..
30 oktober 2012: pagi-tengahhari: suhu demam makin tinggi dan doktor segera membuat persiapan
untuk pembedahan .
tepat jam 5 ptg aku disorong ke bilik bedah dan setelah segala 'temuduga' tepat jam
6.30 ptg perjalanan hidup aku 'ditentukan'
tepat jam 9.30 mlm aku sedar seketika diatas troli dewan bedah. aku yang
kehilangan darah sebanyak 2 pain...aku tertidur kembali.
tepat jam 12.00 mlm,baru aku keluar dari dewan bedah dan dimasukkan kembali ke
wad.
31 oktober 2012: aku masih memakai tiub..pelbagai tiub dan bernafas semula..rupanya aku masih
hidup...alhamdulillah
1 november 2012: aku masih di wad dan doktor datang dan membenarkan aku pulang
Pulang??? balik rumah???? yahoooooo n kena berpantang pulak...adoiiiiiiii
tepat jam 7.30 mlm sampai kat rumah....yessss.
huhuhu:
Qareena amir Sauna Home
10 november 2012
Thursday, 25 October 2012
Thursday, 18 October 2012
The Best Fruits for Weight Loss
FRUIT |
It seems like the solution to for losing weight is always a complicated and expensive diet plan. Actually, weight loss does not have to be difficult. Simply including and excluding certain foods from your diet can work wonders on your appearance and your health. Fruit is an excellent example of such foods. If more people would include fruit in every meal, instead of basing their meals around processed foods and meat, they would not struggle with obesity nearly as much as they do..
Why Are Fruits So Good For Weight Loss?
To understand the effectiveness of fruits in weight loss, you have to stop thinking so much in terms of calories and consider the other important nutrients in your diet. Simply reducing calories will not help you shed pounds. In fact, careless exclusion of calories can make you sick because you miss out on vital nutrients in the foods missing from your diet. The calories in fruits are not detrimental to your health.
The best fruits for weight loss attack the weight problem on two fronts. First, they supply plenty of energy and vitamins that your body needs to function properly. They improve blood circulation, bolster the immune system and aid in digestion with their fiber content. Also, they help the body detoxify. Failure to detoxify can encourage the body to store up fat and gain weight. Eating fruit such as apples for weight loss assures your brain that everything is okay and that you can ramp up your metabolism. This means that your body won’t try to hang on to every last calorie.
———————————————————————–
For more details about fruits and vegetables for weight loss, check out this video on Eating for Energy
———————————————————————–
The Best Fruits for Weight Loss
Some fruits will help you accomplish weight loss better than others.
• Low carbohydrate fruits are some of the best fruits for weight loss and include peaches, watermelons, apples, guava and nectarines. The noticeably high water content of these fruits helps you to control your body temperature. Evidence suggests that they help to expel LDL (bad) cholesterol from the body. They are also great fat burners and cheap fruits for weight loss. Eating bananas is also great for weight loss.
• Citrus and berries are some of the best fruits for diet plans. They encourage bowel movements which rid your system of toxins that contribute to weight gain. It is estimated that people who eat a great deal of meat and processed foods have as much as 5-10% of their body weight in undigested matter in their bowels. You do not need a complicated cleansing program (see my post on Best Cleanse for Weight Loss) to rid your body of this material. Simply eat more fruits like strawberries.
• Watery, low calorie fruits, such as most melons or grapes, are also among the best fruits for weight loss because they ensure good hydration without adding a lot of carbohydrates to your system.
• A small quantity of certain dry fruits, combined with the fruits above, provide the missing minerals and vitamins not found in watery fruits. Examples include dates, apricots and prunes. Combined with raw nuts for weight loss, you can round out a very balanced meal.
A diet like this is not something that will change your weight significantly in a short period of time, like the Sacred Heart diet, for example, promises. Instead, this diet is really a permanent lifestyle change. However, it does not have to seem as burdensome as that sounds. Even the worst fruits for weight loss are a better alternative for you than processed, artificial foods.
GAGAL DIET EVALUASI CARA KITA MENGUNYAH MAKANAN
Atasi Hitam di Bawah Lipatan
Wednesday, 17 October 2012
4 Penyakit senyap bawa mudarat
kecil ini mengalami iritasi, ia menjejaskan saraf menyebabkan rasa kebas, lemah dan sakit di bahagian jari.
melakukan kerja-kerja yang banyak menggunakan tenaga di bahagian tangan seperti, menggunakan gergaji elektrik, kerusi, penukul dan sebagainya
Janin songsang Bolehkah lahir normal?
Janin songsang |
3 Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin mema -
suki usia ke 34, kedudukan - nya adalah normal. Tetapi sekira nya dalam tempoh ini kedudu kan janin masih tidak normal doktor akan melaku - kan tindakan memusing kan janin. Keadaan ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.
• Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.
• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.
• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.
• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.
• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy
MENU SI RAJA SEHARI
Pelamin indah si bakal PENGANTIN.. |
Masalah Selulit Tak Kira Saiz Tubuh
senam.. |
1.Etnik
2.Habit pengambilan nutrisi ketika kanak-kanak
3.Hormon
4.Baka
Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan.
Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.
Sistem penyaliran dari pembuluh darah dan sistem limfa yang tidak elok. Biasanya keadaan ini terjadi kerana masalah sembab air. Kaki dan buku lali yang bengkak terutamanya ketika panas atau selepas berdiri adalah simptom biasa sembab air. Ia terjadi kerana sistem penyaliran pembuluh darah atau limfa yang lemah atau bengkak (varicose veins), masalah pembuluh darah yang lemah yang diwarisi, sistem limfa rosak atau penyakit yang menyebabkan saluran limfa halus, kelemahan sistem limfa yang diwarisi atau tekanan.
Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.
Dua sebab selulit terjadi pada wanita
Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung
Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembap air (fluid retention)
Anda perlu tahu
Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.
Susut berat badan membuatkan pipi kelihatan cengkung, payudara mengendur dan bahagian atas tubuh seakan mengecil tetapi bahagian pinggul masih kekal begitu. ia penanda bermulanya ‘lingkaran sebab akibat’ (vicious cycle).
Lingkaran sebab akibat bermaksud, kerana merasa tiada perubahan, wanita kembali makan mengikut sesuka hati dan berat mereka bertambah berganda berbanding sebelum berdiet. Cubaan menurunkan berat badan yang bersifat ‘on-again’ dan ‘off-again’ sebenarnya meningkatkan lagi beratnya. Penambahan berat menyebabkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular terjadi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.
Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.
Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan masalah kontor tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags), lengan, pinggang tetapi ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan rawatan terbaik untuk selulit.
Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit sukar tidak boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat. Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu mencuba, tepuk dada tanyalah selera.
Cara terbaik menyingkirkan selulit, kurangkan pengambilan makanan berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik misalnya. Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Atau anda mungkin boleh mencuba krim anti selulit. Paling penting, mulakan sebelum selulit mula mengganggu penampilan diri.
Lapisan lemak
ADA dua lapisan lemak berbeza iaitu lemak luaran dan lemak simpanan dalaman. Lemak luaran adalah normal dan tidak boleh disingkirkan manakala lemak simpanan dalaman adalah lemak berlebihan.
Justeru, selulit adalah gangguan tisu lemak yang berada di bawah kulit di bahagian bawah tubuh. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di bawah kulit yang bertindak seperti kusyen melindung dari tumbukan dan pelanggaran (bumps), memberi rasa selesa dan memberi kita ‘kelembutan’ yang berkaitan dengan sifat kewanitaan.
Tetapi terlebih makan makanan berkalori adalah punca utama pembentukan selulit. Diet dan senaman boleh membuang lemak lebihan di permukaan lapisan lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam.