nuffnang

LIKE ME

Wednesday, 12 November 2014

BAGAIMANA PERANGI PENYAKIT DENGAN GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan merupakan kunci utama kesejahteraan dalam kehidupan. Kesihatan dapat dicapai melalui amalan gaya hidup sihat. Ia adalah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang lebih berkualiti dan memuaskan. Amalan ini boleh mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit yang membawa kepada pembunuh utama manusia.

Ramai di antara kita mempunyai berat badan berlebihan,tidak aktif dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Penyakit serius seperti strok sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat..Jom peranginya segera dengan;

GAYA PERMAKANAN YANG SIHAT
Amalan gaya hidup sihat yang utama adalah penjagaan pemakanan yang sihat.Amalan ini membolehkan tubuh badan kekal sihat dan tidak terlalu gemuk. Kurangkan makanan bergula dan garam kerana pengambilan yang berlebihan boleh mengundang penyakit darah tinggi,kencing manis dan obesiti yang menyebabkan strok.

Pilihlah snek yang berkhasiat,elakkan mengambil snek pada waktu yang hampir dengan waktu makan utama. Makan dengan jumlah yang sedikit dan minumlah enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Makan secara berlebihan hanya membawa kepada banyak kompilasi lain.

KEBERSIHAN PERSEKITARAN
Amalan gaya hidup sihat juga dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga perseketirannya. Dengan mengutamakan kebersihan,anda dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan meletakkan diri dalam risiko mendapat penyakit lain.

PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA
Penting untuk anda menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor secara berkala agar menjamin satu kehidupan yang sihat.Pemeriksaan kesihatan ini bolehdibuat dihospital kerajaan atau swasta. Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor mampu mengesan sebarang simptom awal penyakit yang boleh mengancam nyawa.Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal dapat memsatikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci dijalankan ke atas kesihatan seseorang.

BERSENAM ATAU RIADAH
Bukan sahaja pemeriksaan doktor secara berkala itu penting,tetapi senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat.Senaman akan mengeluarkan peluh daripada badan. Keadaan ini menyebabkan semua toksik dalam badan keluar dan tekanan yang dialami dapat diubati.Senaman seperti bersukan ,aerobik,berjalan dan berlari memastikan tubuh anda menjadi cergaas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.Sekatan saluran darah adalah punca kepada penyakit strok.

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK
TABIAT MENGHISAP ROKOK BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG MENDAPAT PENYAKIT PARU-PARU DAN JANTUNG.TERDAPAT 4000 JENIS BAHAN KIMIA YANG BERBAHAYA DI DALAM ASAP ROKOK,TERMASUK KARBON MONOKSIDA,NIKOTIN DAN TAR.MEROKOK ADALAH PENYEBAB KEPADA LEBIH 40 JENIS PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA MAUT SEPERTI SERANGAN JANTUNG,STROK,KANSER DAN SEBAGAINYA.JIKA ANDA SEORANG PEROKOK,BERHENTILAH.DAPATKAN NASIHAT DOKTOR UNTUK MENGELAKAN KETAGIHAN.

REHAT YANG CUKUP
Amalan berehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan amsa tidur,proses metabolisme juga dapat dijalankan dengan lancar.Gaya hidup sihat ini dapat menjamin kestabilan kesihatan mental serta mengurangkan tekanan.



TANGANI STRES UNTUK HIDUP YANG SIHAT
Stres dialami oleh semua orang samada dirumah,sekolah ataupun tempat kerja.Ada banyak punca yang boleh menyebabkan stres antaranya masalah keluarga,masalah kewangan,kerja dipejabat,persekitaran tempat kerja dan sebagainya.Stres yang berpanjangan boleh menjurus kepada kemarahan.Kawal kemarahan dan kurangkan stres.

Cara mengurangkan marah
  • Berfikir secara positif
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga,kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatakan teman untuk meluahkan masalah
MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan arteri jantung,buah pinggang dan organ-organ lain. Malah penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk,merokok,kolesterol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan serangan strok.

PANDUAN MEMILIH PERMAKANAN YANG SIHAT

DIET SEIMBANG
Kehidupan yang sihat bertitik tolak daripada permakanan yang baik.Seimbangkan pengambilan makanan untuk memastikan tubuh badan berfungsi  dengan baik Makanan seimbang seharusnya memberikan tenaga,karbohidrat,protein,vitamin dan kandungan serat yang mencukupi.Makanan yang memberi tenaga dapat menjauhkan kita daripada mendapat penyakit.

MAKANAN ASLI BAIK UNTUK KESIHATAN
Makanan yang belum mengalami sebarang pemprosesan atau pengawetan baik untuk kesihatan.Ini kerana makanan yang diproses atau telah diawe akan kehilangan nutrien atau mengandungi hanya sedikit nutrien sahaja.Makanan diproses yang tidak elok adalah yang ditinkan di mana kandungan sodium atau lemak yang tinggi,makanan ringan yang dibungkus berkalori tinggi seperti snek ringan dan sebagainya

PILIH MAKAN BERNUTRISI TINGGI
Pilihlah makanan dari setiap kumpulan makanan yang mengandungi karbohidrat,lemak,protein dan vitamin.Ciri-ciri makanan mestilah pelbagai dan memenuhi nutrisi dalam makanan yangs eimbang.Makanan yang mengandungi nutrisis tinggi baik untuk kesihatan dan boleh melindungi diri dari sebarang jenis penyakit.

PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Amalkan pengambilan makanan dari jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.Amalan memakan buah dan sayuran mempunyai risisko yang lebih rendah mengalami penyakit jantung dan strok. Kebaikan sayuran berpunca daripada sifat makanan tersebut yang kaya dengan vitamin,misalnya A,B dan E dan kandungan serat yang tinggi.

No comments:

Post a Comment