PELAN SEMULAJADI UNTUK TUBUH IDAMAN...
Tidak dinafikan.air putih adalah minuman yang murah dan senang untuk anda perolehi.Namun,ada juga yang tidak menggemari minuman ini.Kenapa? Air putih bukan sahaja menghilangkan rasa dahaga bahkan ia adalah minuman yang paling efektif untuk anda menurunkan berat badan kerana ia mempunyai zat tanpa KALORI yang baik untuk badan.
SARANAN PAKAR GIZI:
* Lakukan diet air putih selama 10 hari terutamanya bagi anda yang mempunyai ketahanan fizikal yang baik.Dalam tempoh ini,ia akan membantu meningkatkan proses detoksifikasi.
* Dalam diet ini,anda perlu minum air sebanyak 7-10 gelas air putih/suling setiap hari dan dikatakan dapat menurunkan berat badan sebanyak 2-3 kg sehari.
* Selain air putih,anda boleh melakukan diet air dengan mengambil makanan berbentuk cair seperti sup,jus buah,teh atau kopi tanpa gula dan krim.Pastikan buah juga mengandungi banyak air.
MANFAAT LAIN DIET AIR PUTIH
Menurut ilmuan ,Brenda Day,seseorang yang diet dengan minum air putih selama 12 minggu sebelum makan sebanyak 3 kali sehari,mereka dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2-3 kg.Oleh itu,banyakkan minum air putih kerana ia adalah cara yang mudah,menyihatkan tanpa ada kesan sampingan,selain membuang toksin dalam badan dan melancarkan penghadaman.
Beberapa sebab air putih membuatkan tubuh anda sihat:
LEBIH KENYANG
* Sebelum anda mengambil hidangan utama,minumlah segelas air putih.Hasilnya,ia akan membuatkan anda tidak terlalu lapar sehingga jumlah makanan berkurangan.
* Selain itu,minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah.Tidak dinafikan keinginan untuk makan timbul akibat rasa haus.
TINGKATKAN METABOLISME BADAN
* Ia membantu anda kerana apabila badan kekurangan cairan,metabolisme berjalan dengan lebih lambat dan proses pembakaran lemak pada badan berada pada tahap maksimum.
* Ahli kesihatan turut mengatakan dengan minum segelas air suam setiap pagi,ia dapat meningkatkan fokus pada fikiran.
REHIDRASIKAN BADAN
* Jika seseorang mengalami dehidrasi,tindak balas pada badan akan menjadi lambat dan boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh sakit.Oleh sebab itu,badan memerlukan cairan agar dapat berfungsi dengan lebih baik.Tambahan lagi,ia akan membuatkan kulit anda menjadi halus,lembab dan rambut lebih sihat.
MENGELUARKAN TOKSIN
* Apabila anda minum air dalam jumlah yang cukup,badan anda akan mengeluarkan toksin dalam badan terutamanya ketika aktiviti membakar kalori.Kekurangan cairan juga boleh menyebabkan pembengkakan pada pergelangan kaki.
OTOT-OTOT TETAP SIHAT
* Air membantu dalam pembentukan otot-otot dalam badan.Apabila badan terhidrasi dengan baik,anda pun dapat bersenam dengan maksimum.Selain itu,air dapat membuatkan anda lebih segar selepas melakukan senaman berat.
MENJAGA KESIHATAN SELURUH BADAN
* Seseorang yang minum air yang cukup setiap hari mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah,kesihatan lebih baik dan memperbaiki fungsi hati dengan maksimum.
* Sistem imunisasi anda lebih baik,tidak mudah sakit dan lebih bertenaga ketika bersenam.
SYARAT_SYARAT MELAKUKAN DIET INI
* Seseorang yang melakukan diet air putih mestilah mengatur sebarang aktiviti yang dilakukan.Jangan sesekali melakukan aktiviti yang banyak tenaga dan boleh mengeluarkan peluh yang banyak.
* Sebelum anda ingin melakukan diet air putih,pastikan anda mendapat nasihat dari pakar,lebih-lebih lagi anda yang mempunyai masalah kesihatan jantung dan diabetes.
* Jika anda melakukan diet air putih lebih dari seminggu tetapi tidak boleh meninggalkan rutin lain yang biasa dilakukan,anda boleh memasukkan jus buah.
* Tidak dibenarkan sama sekali diet menggunakan air mineral.Anda harus menggunakan air suling yang mempunyai sifat magnetik untuk meningkatkan proses detoksifikasi.
* 8-10 hari sebelum anda melakukan diet air putih,anda perlu makan lebih banyak buah dan sayuran,minuman jus sayuran dan jus buah. Ini untuk membantu mempersiapkan badan untuk detoksifikasi.
* Dalam tempoh anda melakukan diet ini,kemungkinan anda mengalami masalah pening dan pusing secara tiba-tiba.Jadi di ingatkan supaya anda berhati-hati ketika berdiri,menarik dan hembus nafas untuk meningkatkan pengaliran darah.
* Jauhi makanan berat yang berlemak ,berminyak dan makanan pedas. Elakkan daripada makan secara berlebihan. Jika anda tidak mengubah kebiasaan makan,kemungkinan berat badan anda akan bertambah dengan cepat..
INFO: Sila merujuk kepada doktor,pakar permakanan atau pakar diet terlebih dahulu sebelum anda memilih untuk mengamalkan diet ini..
No comments:
Post a Comment